Showing posts with label TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner. Show all posts
Showing posts with label TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner. Show all posts

Tuesday, January 29, 2019

TOP Perkenal TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner

Hi Korang,


Jika sebelum ini anda terpaksa membuat pilihan sukar di antara kelembutan fabrik atau wangian yang berpanjangan ketika hendak membeli pelembut fabrik, TOP kini telah menggabungkan kedua-dua kualiti terbaik itu ke dalam TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner. 

TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini mengukuhkan posisinya selaku Pakar Pencuci Pakaian apabila memperkenalkan TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner yang menawarkan kelembutan dan haruman selama 100 hari untuk sentuhan lembut dan bau harum setiap hari, dari satu cucian ke satu cucian seterusnya. Pengenalan TOP Plush telah mencipta satu kategori baru dalam kategori penjagaan fabrik iaitu perapi fabrik. 


TOP Plush diformulasi dengan teknologi cucian termaju daripada Lion Corporation, Jepun. Ia 3 kali lebih pekat berbanding pelembut fabrik yang biasa. Satu penutup penuh sudah cukup untuk anda menikmati kelembutan dan haruman bagi setiap cucian biasa serta cucian bermusim seperti langsir dan cadar sehingga 100 hari! Sebotol 750gm boleh bertahan sehingga 50 cucian. 

Manakala pek isian semula 600gm mampu bertahan sehingga 40 cucian. Formula ultra pekat membolehkan ia disimpan di dalam botol kompak yang ringan, mudah dibawa dan disimpan. Pada masa yang sama ia menawarkan kelembutan dan haruman yang mewah. 

TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner menggunakan teknologi perapi fabrik termaju FibreTech dan Scent Micropod dari Jepun yang boleh memastikan fabrik sentiasa lembut serta wangi sehingga 100 hari. 


Teknologi TOP Plush FibreTech merapi dan melembutkan semua jenis fabrik untuk memberikan kelembutan luar biasa yang membuatkan pakaian lebih gebu. Ia juga membantu mengurangkan masalah lusuh dan koyak pada gentian fabrik, sekali gus memanjangkan lagi jangka hayat dan kegunaan fabrik tersebut. Teknologi perapi fabrik ini membantu mengurangkan kedutan agar lebih mudah diseterika, membolehkan anda mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Teknologi perapi fabrik Scent Micropods di dalam TOP Plush meresap haruman segar ke dalam fabrik menerusi kapsul haruman yang diaktifkan apabila disentuh. Wangian itu mampu bertahan sehingga 100 hari di antara cucian. Ia sesuai untuk pakaian harian, majlis khas dan fabrik yang jarang dibasuh seperti cadar, alas kerusi, karpet dan langsir. 

Haruman tidak harus diambil mudah kerana ia mempunyai kuasa untuk membina keyakinan, menaikkan mood dan merapatkan hubungan di antara manusia. Kajian menunjukkan bahawa haruman segar boleh memberi impak positif kepada kehidupan seharian. Mood Media turut melaporkan bahawa 40 peratus mood menjadi lebih baik selepas didedahkan kepada haruman yang menyenangkan. TOP Plush boleh menaikkan mood anda dengan menjadikan fabrik yang dibasuh lebih selesa, memiliki tekstur mewah dan haruman menyenangkan sehingga 100 hari. 

TOP Plush juga mempunyai manfaat tambahan seperti 99.9% anti-bakteria, mengawal bau busuk, mengurangkan kedutan fabrik agar mudah diseterika, mengurangkan lekapan statik, mengekalkan bentuk fabrik dan memiliki kandungan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang lebih mesra alam sekitar. 

Ia didatangkan dalam lima haruman menarik menerusi varian warna berbeza untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Antaranya ialah Spring Blush berwarna merah jambu untuk kelembutan kewanitaan dan Morning Breeze berwarna biru yang memberikan wangian segar dan yakin. Tidak ketinggalan, Soothing Care berwarna putih yang lembut untuk kulit bayi, bauan elegan Glamourous Magnolia dalam warna kuning dan tarikan romantik Scarlet Passion berwarna merah. 

Pengurus Pemasaran (Bahagian Barangan Penjagaan Kediaman) Southern Lion Sdn. Bhd., En. Leroy Yoon menyatakan bahawa perapi fabrik pekat TOP Plush Ultra direka khas selari dengan janji jenama TOP iaitu Inovasi untuk Kehidupan yang lebih Baik (Innovation for Better Living). 

“TOP terkenal kerana menawarkan pelbagai inovasi demi memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik. Hasilnya, pakaian lebih segar, bersih, lembut dan wangi. Menerusi pengenalan TOP Plush, kami mempunyai rangkaian penjagaan pakaian yang menyeluruh untuk ditawarkan kepada pelanggan, seterusnya dapat memenuhi keperluan mereka. Dengan hanya satu penutup kecil, TOP Plush menawarkan kelembutan dan haruman segar setiap hari sehingga 100 hari,” kata Yoon. 


TOP Plush boleh diperolehi daripada peruncit di seluruh negara dalam botol 750ml pada harga RM11.25 (WM) & RM12.10 (EM). Manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.00 (WM) & RM8.65 (EM) setiap pek. 

Ia hadir dalam lima varian untuk memenuhi keperluan pengguna: 

Spring Blush
Kelembutan feminin Spring Blush berwarna merah jambu memberikan anda kesegaran untuk rasa lebih muda dan bertenaga!

Morning Breeze
Mulakan hari anda dengan wangian yang segar dan meyakinkan. Sesuai untuk pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif supaya kekal segar dan wangi sepanjang hari.

Scarlet Passion
Manjakan diri anda dengan wangian ros yang romantik sepanjang hari. Nikmati rasa cinta dan manjakan diri anda dengan bau bunga ros yang menenangkan.

Glamorous Magnolia
Serlahkan gaya mewah dan fesyen anda dengan Glamorous Magnolia. Anda akan berbau harum seperti memakai wangian esklusif sepanjang hari.

Soothing Care
Mereka yang mempunyai kulit sensitif tidak perlu bimbang untuk menikmati kelembutan fabrik kerana varian ini telah diuji secara dermatologi. Sesuai untuk pakaian si kecil.