Showing posts with label TM Unifi. Show all posts
Showing posts with label TM Unifi. Show all posts

Monday, January 16, 2012

HyppTV Wayang Pacak @ Bukit Kiara Equestrian Club

Hi Korang,

Rezeki datang lagi. Kali ni menang tiket tengok wayang pacak kat Bukit Kiara. First time masuk area Bukit Kiara ni dan first time gak tengok wayang secara berjemaah ni.


Prepare lah apa yang patut, makan minum, air dah sejukkan dalam chiller bag, tempat nak lepak aku dah pre-order kat Paperlounge. Tinggal bayar je masa show nanti. Sampai-sampai je ya allah parkingnya boleh tahan jauh gak.


Berpeluh gaklah ketiak berjalan kan eventho ada shuttle disediakan. Ktorg jalan slow-slow sambil bercamwhore kat area ni. Mentang2 riding school punya tempat, berlambak2 kuda aku nampak but semua tengah makan dinner.


Sesampai je kena register dulu, then baru dapat masuk indoor arena tuh. Masuk2 je terus nampak satu kawasan lapang yang dah ramai orang duk berpiknik depan screen beso. 


Aduiyai rupanya ada menda yang aku lupa bawak, which is 'TIKAR'. Mampus aku, menda penting aku leh lupa. So nak tak nak, duk jelah kat kerusi yang ada. So tak dapat lah rasa cam ne feel tengok wayang pacak kan. huhuhuhuhuhu.


Malam tu ada tiga filem yang di tayangkan iaitu KungFu Panda 2, Thor dan The Unborn Child.  Ktorg cuma tengok 2 movie je coz yang ketiga tu citer hantu. Takut ooo.


Ermm gerai jual makanan memang banyak sungguh. Dari popcorn sampai ke baked potatoes, eh macaroon pun ada but dia jual mahal lah. Ada ke sekeping tu RM5 henggit. Sapo nak beli kan.


Anyway thanks to Hypp TV coz sudi bagi ktorg tiket wayang ni. Mintak-mintak ada lagi peluang tengok wayang pacak yang best ni kan.

CLP notes : Tak abis pun bekal makan aku bawak, air je abis coz haus sangat walaupun berangin malam tuh.




Wednesday, December 15, 2010

Jom Ke TM EVERYONE CONNECTS VIEWING PARTY

Hi Korang,
Aku nak ajak korang nie, pi mana? Ermm tengok bola lah kan. La korang tak minat ke? Ala bila korang dah sampai tempat tu nanti mesti korang terus terjatuh cinta lah dengan bola tau.


Actually bukan apa, sempena Musim bola ‘ Barclays Premiere League’ yang tengah super duper hot nie, TM Everyone Connects akan mengadakan Battle of the Champions LIVE Viewing Party tau.


Tak kan Malaysia lawan Vietnamkan, sudah tentukan Chelsea Vs Manchester United. Hahahahah mesti penyokong hardcore kedua2 team nie dah berbunga2 hati kan nak pegi.

Kat mana party nie? Kat sini…



Tarikh/Date : 19th December 2010 (Sunday)

Masa / Time : 12pm – 2 am

Venue : Padang Timur, Dataran Petaling Jaya


Eh ada satu lagi tau aku nak bagitau nie, kat LIVE Viewing Party tu nanti korang boleh dapat tengok series of viewing party nie kat banyak tempat tau bukan kat padang timur je kat tempat lain pun ada. La tak caya korang check out kat link nie

Hah, aku dah attach pun kat mane tpt nak tengok kan...


Hah, la korang click je link nie, senang kan..
http://www.tm.com.my/about-tm/PromotionsNHighlights/promo/Pages/viewingparty.aspx

Eh, ada lagi nie korang check it out lagi info kat bawah nie.


Kalau korang nak tau berita/gossip pasal Manchester United sebelum hari perlawanan tu, korang boleh click kat The Stadium @ EC website (http://everyoneconnects.net)


Ermm kalau korang tak puas hati dengan match hari tu nanti ke, nak komen goalkeeper MU or Chelsea hensem ke, korang boleh jugak chat kat Kopitiam @ EC website (http://everyoneconnects.net)


Eh, korang boleh dapat barangan esklusif TM Man Utd dan juga FAN ZONE seats masa match tu nanti bila korang sign up sebarang TM produk dan servis.


Masa event tu nanti, korang tekan ‘Like’ the EC FB page (http://www.facebook.com/#!/everyoneconnects) dan mesti korang dapat EC wristband kat TM Booth



TQ TM EveryoneConnects

Korang jom pi sekali ek? Tak kan aku dengan MrBig berdua je kan..Tak syok lah. Kalau reramai baru gempak!!

Nanti tweet tau..

Disclaimer: Ini adalah sponsored post.

Monday, December 13, 2010

Shopping At Digital Lifestyle Expo, KLCC

Hi Korang,




Ingat aku tulis pasal Digital Lifestyle Expo hari tuh? Ala yang kat KLCC tuh. Ermm sempat jugak lah aku pi, lepas abis sessi mentekedarah dengan ex-schoolmate aku yang tak berapa kerat tuh kan.



Ramai jugak orang pi, eventho tak besar dan tak banyak barang cam expo dulu. So tak penat jugak aku jalan kan. Yelah korang bayangkan ktorg jalan kaki dari Corus hotel sampai ke KLCC convention centre. Haruslah berpeluh ketiak kan?

MrBig sibuk betul nak beli projector tv nie. Kat mana dia nak tala pun aku tak tau.

Kalau dah gamers tu, gamers jugak lah kan.. Lama jugaklah aku bertapa kat section nie. Nasib baik menang hadiah tau.

Anyway, expo tu terbahagi into 5 section. Ada barang elektrik, eletronik, handphone, multimedia, online games dan broadband. So semuanya aku pi melawat lah. Majoriti barang2 berjenama lah kan but affordable. Banyak jugaklah yang buat aku tergoda but tahan je nafsu nie untuk membeli-belah kan. Simpan duit untuk pi bercutilah.


Semua booth, wirelessnya disponsor oleh TM Unifi tau.

Luckydraw pun ada, tapi malas nak tunggu
Ramai orang jugak lepak kat area desktop/laptop accessories cam hardisk,bag laptop, mouse dan memacam lagi lah. Yang golongan tak berapa muda iaitu remaja suka lepak kat online games. Memang sesaklah tempat tu, sebab banyak dapat free gift. Section yang paling bising dan warna-warni sekali ialah area broadband. Yelah ada Celcom, Maxis, TM Net, P1Wimax. Gila-gila promosi diaorg nie. Betul2 cari pelanggan kan. TM plak sibuk promosikan TM Unifi, ala-ala cam Astro tuh but baru je start area Klang Valley. Area umah aku maybe lama lagi kot.

Ini je yang sempat disambar, hardisk dan cooling pad dan fan. Murah je


So itu je, nothing much to story. Yang penting banyak jugak gadget2 yang aku baru kenal lah.Maklum lah aku nie tak berape celik IT sangat.