Showing posts with label TGV Wangsa Walk. Show all posts
Showing posts with label TGV Wangsa Walk. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Majlis Pratonton Filem 'LIBAS' @ TGV Wangsa Walk

Hi Korang,

Aku dapat jemputan dari Duta TGV dan goodfren Rosyam Nor untuk ke majlis pra-tonton filem LIBAS ni malam tadi. Majlis di adakan di TGV Wangsa Walk. Kira pack lah tempat ni semalam kan. Penuh dengan para pelakon dan peminat sampai 3 panggung sekali filem LIBAS ni di tayang kan. 


Di sebabkan duta TGV ni tak berapa nak kenal/ingat tiket2 nei nak bagi kat sapa, maka k ina selaku tekong dan aku apit kanan, tunggulah bloggers2 lelain ni sampai kan. Jadi sempatlah ktorg bercamwhore kejap dengan artis2 yang lalu lalang di situ.

Tekong dengan apit kiri dan kanan kan

Dah, meh layan sinopsis citer nie jap


Sinopsis:


Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand.

Sessi sidang media

Johan di interview Melodi

Ini pandangan aku :

Memula bila aku tengok tajuk filem 'LIBAS', aku dah ingat cerita bergenre aksi lasak kan. Ternyata aku salah. Rupa-rupanya aksi komedi. Pasal sepak takraw rupanya, tapi LIBAS ni lagi ganas lah coz no law gituh.

Aku rasa gandingan para pelakon yang mantap lagi top2 ni lagi membuatkan filem 'LIBAS' ni menarik. Tak silap aku ini filem pertama Scha bergandingan dengan Rosyam Nor. Ada few scene yang Rosyam Nor buat sendiri sampai bahunya patah lah. Pelakon2 yang lain banyak jugak membantu bagi menghidupkan cerita ni.   

Jalan cerita mudah di fahami, straight forward. Walaupun banyak guna CGI tapi rasanya tak berapa nampak langsung lah. Selain dari bola terbang kuar api dan kuar asap tuh the rest nampak cam real je. 


Di sebabkan, Mr Big tak ikut aku pi tengok citer,nampaknya akulah kena kasi bintang. Nak kasi berape ek? 4 / 5 bintang sebab best dan kelakar.


Senyum je Scha Al-yahya bila di ajak bergambar

Tinggi kan, Fauziah Gous nie


Ramai jugak geng blogger yang hadir. Aku jumpa Fara-eng, Zurie, Daydeck, Amy Sweetdarling, Hamzah then aku nampak Bean, Ain Ery dan ramai lagi lah. 

So thank you kat Jejai dan TGV coz sudi ajak aku tengok pratonton filem 'LIBAS' nie. Ternyata sangat menarik dan aku tertarik.

Kalau ada lagi, boleh lah ajak aku  ek.
  

Wednesday, July 6, 2011

Sempat Bergambar Dengan Artis Semasa Majlis Pra Tonton Filem Tolong! Awek Aku Pontianak!

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku menghadirkan diri ke pra-tonton Filem Tolong! Awek Aku Pontianak! kat TGV Wangsa Walk. Thanks to Maxis coz bagi ticket nie kan. Ktorg dapat 4 invitation lagi. Walaupun baru je sampai dari Penang but sempat jugak kan berjalan.


Lepas amik tiket tu terus je pi makan kat Kunyah Cafe dengan Hazman and frens. Kemudian baru masuk panggung. Rupanya free seating. Ktorg dapat tempat bawah but best jugak coz viewnya lebih luas. Sekali masuk2 ada artis seperti Liyana Jasmay, Nurul, Zahiril Adzim dan a few lagi lah.


Sebelum citer lebih panjang lagi, meh korang layan sinopsis filem Tolong Awek Aku Pontianak nie:

Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.


Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu?
Hah, apa macam? Teruja tak? Ermm bagi aku citer nie totally kelakar abis. Jalan ceritanya simple dan senang nak faham. Komedi romantik lah katakan. Thumb up to Zahiril Adzim coz lakonannya memang terbaek lah. Liyana Jasmay pun not bad. Kalau korang penah tengok Cinta Si Pari2 hah lebih kurang cam tu lah watak Liyana. Sesangat funny.

Mr Big cakap dia bagi 3.5 out of 5 untuk filem ni sebab citer lawak sesangat.

With Zahiril Adzim

With Pian TAAP

Liyana Jasmay yang sporting

Mr Big with Nurul

Anyway sebelum balik sempat jugak bergambar dengan pelakon2 filem nie. Diorg memang sporting abis. Siap boleh borak2 lagi kan. Aku sempat jugak borak dengan Zahiril pasal buku dia 'Bogel Menuju Tuhan' tuh. Sekarang ni on 2nd print, yang 1st tu dah abis. Dia totally tak sombong langsung

Sekali sekala dapat meet and greet dengan artis ni best jugak kan.

Ok dah.. nak buat benda lain plak lah... hehehehe..









Tuesday, June 7, 2011

Invitation to Dylan Dog: Dead of Night Premiere Screening

Hi Korang,

Malam nie aku dapat lagi free movie invitation dari Nuffnang.



Tapi aku x sempat nak pi coz baru je balik dari Smurf Day event. Nasib baik ada anak ikan boleh jadi wakil tolong amikkan ticket dan jadi tukang tengok citer nie kan.

Thank you tau..

By the way, mintak tolong korang untuk aku ek.. The Cutest Thing nie. Memang sangat cute ok muka aku tau..

Click kat sini :

http://apps.facebook.com/contestshq/contests/125992/voteable_entries/23394425?ogn=facebook


Itu je.. terima kasih sekali lagi..

Monday, March 7, 2011

Mahalnya Harga Tiket Wayang.

Hi Korang,

Siapa kat sini kaki wayang? Eleh mesti ramai kan. Pantang dengar ada citer baru mesti nak pi tengok. Betul tak? Yeah, aku pun sama tau.

Di sebabkan hujung2 minggu lepas ktorg tak event/project/photoshoot/kenduri kawin/outing dengan sesapa pun, so ktorg amik kesempatan untuk balik umah MIL aku. Ala dekat nau dengan Wangsa Walk kan. So malam tu lepas dinner tak tau nak buat apa aku ajak diorg pi tengok wayang. Citer Burlesque sebab MIL aku selalu nau citer ala-ala musical nie so dia boleh nyanyi2. Itu kata dia.


Ktorg pegi berempat dgn SIL aku. Orang memang ramai time2 weekend kat Wangsa Walk ni, sampai nak cari parking pun payah. Nasib baik aku ada dapat 2 tiket free sebab menang makan ice-cream harituh. So dapatlah jimat kan cuma beli untuk 2 tiket lagi. Bila kuar duit time bayar aku bagi RM20 then budak tu cakap lagi RM6. Mak oi satu tiket sekarang ni RM 13.00 ye. Wah hebat betul lah. Tak sangka aku. Lama sungguh aku tak beli tiket wayang ek. Yelah aku selalu dapat tiket wayang free dari Nuffnang dan Churp2 kan. Tapi mahal2 pun, tempat duduk selesa, toilet pun bersih dan caramel popcorn dia sedap okeh. So aku tak marah sangat lah kan.


Dah-dah, malas nak ingatlah. Meh citer pasal Burlesque nie.

Burlesque is a 2010 musical film, written and directed by Steve Antin, featuring such major singers as Cher and Christina Aguilera. It was revealed that both of them would contribute to the soundtrack album.

Christina Aguilera debuts in her first feature film as Ali, a small-town girl with a great voice and who tries her luck to achieve stardom performing as a singer in a nightclub in Los Angeles. The Burlesque Lounge, a regal but old theater is the home to a musical revue, and also a club where legends are born. It is where Ali is hired as a cocktail waitress, by club owner and headliner Tess (Cher). Ali is enchanted by the club’s costumes and choreography and promises herself to perform at the Burlesque one day.

Citer ni best. Memang betul2 musical lah. Sket2 nyanyi sket2 nyanyi. Lagu2 pun best jugak. Dance diorg ni cantik2 dan sexy2 tau. Ada pengajaran jugak lah. Seronok betul MIL aku tengok citer, siap nyanyi2 sekali.

Abis wayang, ktorg ke Uptown Danau Kota plak. Saje jejalan. Nothing to buy pun. Sibuk tengok kerenah orang je.