Showing posts with label TC BOY product. Show all posts
Showing posts with label TC BOY product. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Resipi Kelapa Laut Menggunakan Produk TC BOY

Hi Korang,

Aku di beri kesempatan lagi untuk mencuba bereksperimentasi dengan produk TC Boy tau. 

Seronoknya tak terhingga hauhauahuaha ayat power melampau-lampau ek hehhehehe.


Penat aku google resipi yang sesuai untuk di gandingkan dengan kelapa laut ni kan, akhirnya dapat jugak tapi aku modified sket. Terima kasih kepada mereka yang menulis resipi di google ni, semoga berlipat ganda rezekinya ek

Ok aku mulakan dulu dengan TC BOY Kelapa Laut Dalam Sirap

Resipi : Puding Kelapa Laut Sirap

Bahan-bahan:


1. 1 tin (saiz tin 565g) buah kelapa laut (asingkan isi dengan airnya) 
2. 1 cawan whipping cream
3. 5 gram serbuk agar-agar (anggaran 2 sudu teh)

Cara-cara:


1. Asingkan buah kelapa laut dengan airnya. Hiris/potong kecil isinya dan ketepikan. 

2. Campurkan air kelapa laut dengan whipping cream sehingga menjadi sukatan cecair sebanyak 650ml. (Masukkan sedikit untuk mencukupkan sukatan sebanyak 650ml tersebut) 

3. Campurkan bahan cecair tadi dengan serbuk agar-agar. 

4. Kacau sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih. 



5. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan kelapa laut dan sejukkan. 


Inilah dia hasilnya dia ek..

Untuk resipi kedua aku gunakan TC BOY Sea Coconut In Honey

Resipi : Agar-agar Kelapa Laut TC BOY

Bahan-bahan:


1. 1 bungkus agar agar tali ( 30 gm)
2. 1 cawan gula 
3. 1000 ml air
4. 1 tin buah kelapa laut (di campur sekali dengan syrupnya)


Cara-cara:

1. Rendam dahulu agar agar kira kira 10 minit supaya ia lembut. Toskan.


2. Masak agar agar dengan air sehingga agar agar tersebut hancur. Kemudian campurkan gula hingga gula hancur. Boleh ditapis selepas masak jika ada agar agar2 yang tak hancur.


3. Kemudian campurkan 1 tin buah kelapa laut bersama . Kacau sebati. 




4. Tuang dalam acuan dan sejukkan


Tada inilah hasilnya wow wii hehehhehe

Hah senang kan

Itulah dengan TC BOY semua boleh jadi ek

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.tcboy.com




Sunday, March 27, 2016

TC BOY – Mesti Ada Di Dapur Setiap Rumah

Hi Korang,

Kalau cakap pasal makanan dalam tin je semua orang akan cakap tak sihatlah, nampak nau ko pemalas dan memacam lagi kan. Tapi sebenarnya tak semua makanan dalam tin tak berkhasiat ye, sedap je ko cakap cam tu ek


Ni meh sini aku nak perkenalkan pada korang ‘TC Boy’ makanan salmon dan mackerel dalam tin yang sedap, lazat dan berkhasiat.

Selain daripada berkhasiat, makanan dalam tin TC Boy tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada sebarang tambahan MSG. Yang penting ianya dapat menjimatkan masa dan amat sesuai untuk suri rumah dan ibu-ibu bekerjaya cam aku ni kan hehehhe


Aku kongsikan seerba sedikit mengenai sejarah TC BOY ni ye

TC Boy telah diasaskan sejak dari tahun 1991 dan bertapak di Malaysia setanding dengan makanan dalam tin yang lain. Selain Malaysia, TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunei, China dan Timur Tengah. TC Boy menawarkan pelbagai produk makanan seperti tuna, salmon, sardin, kacang panggang dan juga air kelapa laut.

Jenis Tuna dan Salmon TC Boy (180 g) :- 

1.Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil 
2.Red Salmon Salad (Spread Style) 
3.Tuna Sandwich Delite 
4.Tuna Real Mayonnaise 
5.Tuna Mayonnaise Spread Style 
6.Solid Tuna in Extra Virgin Olive Oil 
7.Solid Tuna in Spring Water 
8.Tuna with Chilli Padi 
9.Solid Tuna in Vegetable Oil 
10.Solid Tuna in Sunflower Oil 
11.Solid Tuna in Brine


TC Boy Tuna dan Salmon kaya dengan :- 

1. Omega 3 - mengandungi DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
2. Protein - Nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikkan tisu 

3. Kalsium - memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf 

4. Rendah lemak - membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti 

Sardin & Mackerel TC Boy
Sardin & Mackerel adalah sumber yang sangat baik seperti vitamin D dan B12. Ia juga kaya dengan Omega 3 dan protein. Untuk produk ini ia sangat mudah dimakan dengan roti atau dipanaskan semula serta boleh dimakan dengan nasi atau spaghetti.

Jenis Sardin & Mackerel TC Boy :- 

1. Fried Mackerel in Chilli Sauce 155g 
2. Mackerel in Tomato Sauce 425g 
3. Sardines in Tomato Sauce 155 g & 425g 

Selain daripada diatas, TC Boy juga mengeluarkan kacang panggang iaituBaked Beans in Tomato Sauce serta buah kelapa laut didalam tin yang mengandungi perasa Sea Coconut in Honey and Syrup.

nampak isi ikan tuna, seketul beso ek

Dan paling menarik, produk TC Boy adalah HALAL yang telah disahkan oleh pihak JAKIM. So, korang jangan risau bab halal ni dijamin selamat!!

Aku tak delah pandai sangat masak-masak ni kan, setakat masak simple-simple untuk makan berdua jadilah ek.


Yang ni Mr Big masak Nasi Goreng Sardin TC BOY, alah simple je kan, yang penting isi ikan sardin tu di goreng so isinya garing dan tak mudah pecah.


Aku pulak buat resepi sarapan pagi bersama sandwich spread TC BOY dan tuna yang berketul-ketul tuh di buat cekodok.

Hah senang kan

Itulah dengan TC BOY semua boleh jadi ek

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.tcboy.com