Showing posts with label Susu Anlene. Show all posts
Showing posts with label Susu Anlene. Show all posts

Saturday, September 15, 2018

Kenapa Kak Lily Suka Minum Susu ANLENE UHT ON-THE-GO

HI Korang,

Rasanya setiap orang memang minum susu, tak kiralah dari kecil sampai dewasa kan. 

Tapi bila dah besar-besar ni tengok susu pun rasa nak muntah huahauhua 


Eh betul, kak lily memang tak minum susu putih ni bila dah besar-besar ni rasa cam loya-loya gituh until one day doktor suruh minum gak susu sebab kekurangan kalsium yang amat teruk, yelah sampai tulang pun dah nak mula mereput sebab kurangnya kalsium kan. 

Memang loya wei masa memula minum balik tuh, siap tutup-tutup hidung dan telan je eeee buruk perangai tapi sejak dari hari tuh makin ok makin ok dan makin ok plak minum susu. 

Pentingnya pengambilan susu setiap hari adalah kerana susu kaya dengan nutrisi untuk memenuhi keperluan badan. Apatah lagi dengan peningkatan usia macam kak lily ni, masalah seperti osteoporosis dan kurang stamina antara isu yang sering menjadi perbualan harian. 

Kenapa kak lily memilih Anlene UHT? 

  • Rasanya 
  • Senangnya 
  • Khasiatnya 

Hah itulah sebabnya.. 

Simple je kan

Kalau korang nak tau, terdapat kepelbagaian pek yang ditawarkan samada dalam bentuk susu tepung (perlu dibancuh sendiri) mahupun pek siap untuk diminum "on-the-go". Sebenarnya Anlene UHT 'on-the-go' ini adalah pek terbaru yang diperkenalkan Anlene bagi memudahkan untuk kita bawa ke mana sahaja dan nikmatinya di mana jua. Anlene UHT juga didatangkan dengan dua perisa iaitu coklat dan biasa. 

Of course bila ada perisa coklat mestilah itu yang kak lily minum dulu tapi taklah sampai tinggalkan susu putih 

Bersempena dengan pengenalan susu Anlene UHT di pasaran Malaysia, Anlene telah mengadakan beberapa kempen dan promosi menarik bagi tujuan untuk memperkenalkan produk hebat yang memberi 1001 kebaikan kepada tubuh badan kita. 


Antaranya seperti kempen Anlene On-The-Go Breakfast Pack yang mengandungi satu kotak susu UHT Anlene dan roti croissant yang dijual pada harga RM1 sahaja. Promosi ini hanya boleh didapati di stesen LRT dan stesen KTM yang terpilih bermula dari tarikh 27 hingga 31 Ogos 2018. 



Antaranya seperti di LRT/KTM :-
  • Wangsa Maju 
  • Masjid Jamek 
  • Hang Tuah 
  • Ampang Park 
  • Bandaraya 
  • Bandar Tasik Selatan 
  • Pasar Seni Taman Melati 
  • KTM Mid Valley 
  • KL Sentral 
Eh kak lily mestilah excitedkan, haruslah tidak lepaskan peluang untuk mendapatkannya 


Sanggup pepagi hari tuh kak lily ke stesen KTM Mid Valley tau, parking kereta kat KTM Kajang then tunggu train datang and bawak ke sana. Dengan RM1 kak lily sudah perolehi satu pek pemakanan lengkap yang sihat untuk dijadikan sebagai sarapan. Eh kenyang tuh, roti dengan susu kan 

Kemudiannya kak lily berkesempatan untuk mendapatkan produk Anlene dan juga merasai sendiri 'sampling' yang ditawarkan di promosi bergerak Roving Truck Anlene di sekitar kawasan Lembah Klang yang terpilih bermula dari 5 hingga 13 September 2018. 


Antara pusat sehenti Roving Truck adalah di kawasan berikut:- 

  • Kompleks PKNS Shah Alam 
  • Post Office Taman Sri Muda, Shah Alam 
  • Lot 10 Bukit Bintang 
  • Nearby Tesco Rawang 
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 
  • USJ Taipan Subang Jaya 
  • 101 Boulevard Pucong 

Nampak je Roving Truck Anlene di USJ Taipan, terus kak lily ke sana untuk mencuba sendiri rasa yogurt Anlene yang kebetulan sedang diagihkan 'sampling' kepada pengunjung di sini. 


Lebih istimewa untuk mereka yang berkesempatan mendapatkan sampling daripada Roving Truck Anlene di Lot 10 pada 7 September 2018 (dibuka dari jam seawal 9 pagi sehingga malam), bukan hanya dapat menikmati susu Anlene sahaja bahkan dapat bertemu Stacy Anam yang juga dikenali sebagai Ratu Tari Malaysia. Secara peribadi bagi kak lily, Stacy Anam adalah seorang ibu yang penyayang, isteri yang hebat, penyanyi dan penari yang lincah. 


Hebat jugak kak lily rasa setiap kali melihat persembahan Stacy yang cukup penuh bertenaga serta tariannya yang begitu lincah. Mempunyai susuk badan yang cukup ideal, tidak hairanlah surihati penyanyi Akim ini sentiasa dikagumi terutama golongan wanita dan para ibu di luar sana. 



Oh ya! Ketika berada di sini kita berpeluang untuk menyahut cabaran Anlene "Stay Active Stay Agile" dengan membuat lompatan tinggi. Dengan setiap lompatan yang dilakukan (Jump Higher) ianya akan dipaparkan di LED Billboard. Menarik bukan? Hehehe. 

Tapi kak lily tak bolehlah melompat tinggi-tinggi, sket-sket tuh jadilah kan 


Itulah kak lily rasa susu Anlene UHT ini sesuai untuk lelaki atau perempuan dewasa seperti kita-kita ni, dengan pek On The Go kak lily rasa tak de masalah untuk kita minum susu kan. Tak de alasan lagi untuk cakap yang tak de masa nak bancuh susu, beli ke pek On The Go ni ermmm settle semua masalah susu… 

Untuk info lanjut, boleh layari:- 

Website: 

Facebook: 

Dengan lebih 50% Nutrien. Kekal Aktif. Kekal Lincah! 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com