Showing posts with label Sunplay product. Show all posts
Showing posts with label Sunplay product. Show all posts

Saturday, June 3, 2017

REVIEW | SUNPLAY Skin Aqua Super Moisture Essence SPF50 PA++++,

Hi Korang,

Tidak kira samada cuaca panas terik atau mendung, memakai pelindung UV (sunblock) adalah langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit harian. Manfaat utama pelindung matahari ialah ia bertindak sebagai perlindungan daripada sinar UV yang berbahaya. Ia membantu menghalang kulit daripada kesan-kesan penuaan kulit dan membantu mencegah tompok gelap, kulit kusam dan tidak sekata yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV matahari. 


Memperkenalkan Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence baharu. Pelindung UV ini berasal dari Jepun dan ia dirumuskan dengan formulasi terkini yang bukan sahaja memberikan anda perlindungan UV SPF50 PA++++ yang berpanjangan tetapi juga dirumuskan dengan 4 ramuan kelembapan yang hebat (iaitu Super Hialuronik Asid, Nano Hialuronik Asid, Asid Amino dan Kolagen) untuk membekalkan kulit dengan kelembapan yang terunggul dengan serta-merta dan berpanjangan. Teksturnya amat ringan, tidak melekit, amat mudah disapu dan diserap kedalam kulit agar kulit terasa segar, selesa dan boleh bernafas secara bebas. Dengan teksturnya yang ringan seperti air, pelindung UV Skin Aqua sesuai sekali untuk kegunaan harian, malah ia juga berfungsi sebagai asas solekan yang baik. 


Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence sesuai digunakan pada bahagian muka dan badan dan ia didatangi dengan perlindungan UV SPF50+ PA++++ yang tinggi untuk mencegah kerosakan pada kulit disebabkan oleh sinar UV. Ia telah diuji kesan alergi, bebas daripada pewarna, pewangi dan minyak mineral dan oleh itu sesuai untuk kulit sensitif.

Hari tuh sebelum masuk swimming pool, aku tepek je serata kulit, jadi tak di jilat matahari masa berenang heheheh


Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence (RM55.90) kini berada secara eksklusif di Watsons seluruh negara.

Dapatkan sekarang tau!!