Showing posts with label Sunday Morning. Show all posts
Showing posts with label Sunday Morning. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Sunday Post : Rindu Kat Mee Hailam

Hi Korang,

Weekend2 nie rasanya cam malas nak berjalan kuar lah. Yelah shopping complex mesti pack punya. Nak tengok wayang belum book lagi, jawabnya duk rumah je lah kan. 

Kantonis Fried Mee a.k.a Mee Hailam

Tengah leka tengok tv ni kan, tup2 kuar plak gambo mee hailam (yelah tengok Ch 706 kan) kat satu rancangan masakan ni. Berselera plak aku tengok diorg ni makan.

So pegi lah check it out kat fridge, tengok cukup tak bahan nak buat mee hailam ni. Ermm hancur harapan tengok peti ais ni tak de langsung bahan nak buat mee hailam kan. Jawabnya telan air liur tengok diorg ni makan kan.

Nak makan mee hailam huhuhuhu lapo nie...

Anyway, 

Happy Sunday Korang...


Sunday, July 10, 2011

Sunday Post : Enaknya Nasi Lemak Di Sunway Lagoon

Hi Korang,

Pepagi ni kalau pekena nasi lemak mesti bestkan. Lebih2 yang sambalnya sedap. Memang terangkat lah. Aku plak pekena nasi lemak ni kat Sunway Lagoon hari tuh. Ada event dengan In-Trend Magazine. Memang seronok abis.


Nantilah aku citer lagi dengan korang, now tengah sibuk google map nak pi kenduri sambil jumpa Lisa Surihani lagi kejap lagi. 

Happy Weekend Korang!

Sunday, March 6, 2011

Sarapan Pagi Yang Indah

Hi Korang,

Hari-hari cuti haruslah semua orang liat nak bangun kan. Eh, jangan cakap orang, aku pun sama lah. Cutilah katakan nothing to do. Nak buat apa pun malas, even nak kuar pi breakfast pun lagi lah malas. So kenalah masak apa yang ada dalam fridge untuk sarapan kan.

Buka-buka fridge tengok apa yang ada je then trus masak. So ini dia sarapan pagi ktorg untuk hari ahad ni iaitu

Kuay Teow Goreng

Resipi ini aku cilok dari blog K Ina KL iaitu resipi asalnya Penang Char Kuey Teow. Di sebabkan bahan pun nan ado so aku convert jadi kuay teow goreng. Betul kata k ina, kuey teow ni memang sedap kalau di campur dengan air rebusan udang. Sempat jugak lah aku buat stok ni, ala senang je rebus je kepala & kulit udang then aku modified letak sos tiram sket. Sedap wei.Aku letak udang banyak.



Lagi bertambah sedap sarapan pagi ktorg dengan seteko nescafe kaw kan. Terangkat beb. Korang nak tau lagi, sampai licin kuey teow semangkuk tu tau ktorg kerjakan. Nampak cam kuay teow goreng tapi rasa macam Penang char kuey teow okeh.  

Kalau nak resipi char kuey teow, korang click je kat sini. Apa nak resipi buat nescafe? Ishk tak kan korang tak tau kan.. Nak aku ajar? Nantilah..

Anyway, Happy Sunday Korang...

Tuesday, November 23, 2010

Nestle World Walking Day 2010

Hi Korang,


Pagi ahad lepas, aku paksa jugak mr Big pi Nestle World Walking Day 2010 kat Tasik Titiwangsa nie before ktorg pi TM Everyone Connects B'day Bash kan. Awal jugak ktorg bangun dalam kul 5.30am cam tu lah.


Memandangkan dekat dengan umah MIL aku, so ktorg sampai kat situ dalam 6.35am cam tu lah. Rupa-rupanya dah penuh parking kat situ. So kenalah cari untuk selit2 kereta aku nie kan. So nasib baik dapat parking yang betul2 dekat dengan tempat register tu.

Beratur tau aku, ikut peraturan

Ermm dah dekat dah, tengok2 ramai yang potong que

Beratur memang panjang but moving, so tak perlah. But by the time aku rasa a few langkah nak sampai registration counter tu, diorg boleh announce yang registration dah penuh 2000 orang. So secara automaticnya, aku tak dapatlah t-shirt hijau yang cantik tu kan.

Lautan Manusia kat belakang aku tuh. Selori free gift tau dah siap menunggu.


So dengan rasa hampanya, ktorg pun blah dari situ trus pi tempat lain.Tapi sempatlah bergambo jugak kan untuk hilangkan rasa sedih tu.

Bagi menghilangkan rasa sedih aku nie, mr Big ajak pi b'fast tempat sedap kat area Kg Baru nie. Nah korang layan gegambo nie.

Nasi lemak untuk di bawak balik umah

English B'fast, sedap tapi aku boleh terlupa nama plak.

B'fast jugak nie, dalam roti nie ada sausage + cheese. Mengancam kan.

Apa macam, sedap kan? Hilang jugaklah rasa sedih aku nie..