Hi Korang,
Musim Cherry dan Summer Fruits kembali lagi di Malaysia.
Bulan Januari sehingga Mac merupakan bulan musim panas (summer) di Australia, ermm kak lily bukan tau pun ini pun google search je dan akak lily rasa korang pasti menantikan ceri segar, jus, aprikot, madu dan madu di rak-rak pasar raya. Buah-buahan yang manis dan lazat ini bukan hanya lazat tetapi berkhasiat dan mempunyai banyak manfaat kesihatan kita.
Baru-baru ini kak lily sempat ke pelancaran pelbagai buah musim panas di bawah kempen Taste Australia telah diadakan di Tesco Kepong Village Mall. Kempen pemasaran hortikultur nasional ini diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Victoria (Australia) dengan kerjasama Austrade dan Hort Innovation Australia bagi pihak industri buah-buahan ceri dan musim panas. Australia mempunyai reputasi yang kukuh untuk menghasilkan kualiti yang tinggi, dengan langkah-langkah keselamatan makanan yang ketat sepanjang rantaian bekalan.
"Lots of sunshine, a clean and green natural environment, rich soil and blue skies are the reasons why Australian stone fruits taste better, is greener, is cleaner and safer," kata Ms Amelia Fyfield, wakil kepada The State Government of Victoria (Australia). Beliau terus menekankan bahawa Malaysia kekal sebagai salah satu pasaran eksport paling pesat berkembang di Asean, dengan perdagangan barangan dan perkhidmatan dua hala berjumlah hampir AUS $ 18 bilion pada 2016.
Ms Amelia Fyfield; Deputy Commissioner To South East Asia, Trade & Investment Victoria
Ms Amelia Fyfield, juga berkongsi bahawa mendapatkan ceri dan buah-buahan musim panas di puncak dan ketersediaannya adalah cara terbaik untuk menikmati buah-buahan segar di mereka. "Cherries and summer fruits are seasonal commodities and are best enjoyed fresh. We produce some of the best fruits in the market thanks to our farmers who bring with them generations of expertise, as well as our strong horticultural innovations which keep us at the top of our game" kata Cik Fyfield.
Ceri, dan buah batu musim panas - peaches, nectarines, plums, apricots adalah salah satu kegembiraan sebenar musim panas. Walaupun yang paling dinikmati dengan sendiri, buah ceri dan buah-buahan musim panas ini juga merupakan asas yang sangat baik untuk semangkuk smoothie untuk sarapan yang popular, popsikel musim panas dan smoothie serta disajikan bersama pancake, yoghurt dan salad.
Mr Paul Ritchie; CEO Tesco Stores Malaysia
Masa majlis pelancaran tersebut, pakar makanan bernutristi, Marissa Parry telah berkongsi 3 jenis resepi yang sangat sesuai untuk musim panas dan juga semestinya menggunakan buah-buahan tersebut. Breakfast smoothie bowl, summer popsicles dan salad. Semua ini merupakan makanan yang sihat dan sedap dan korang nak tau buah-buahan ni masing-masing mempunyai kelebihan dan kebaikkan yang berbeza.
Nutrionist; Marissa Parry
Ni akak lily kongsi resipi yang di demo oleh Marissa Parry ye
AUSTRALIAN FRUIT SALAD POPSICLE
Bahan-bahan:
Australian Cherries and Summer Fruits (peaches, cherries, nectarines) Juice (use a light coloured juice)
*Mint (optional)
Cara-cara:
1. Slice the fruits and place in popsicle molds.
2. Pour in the juice and freeze overnight.
*Mint is optional if you want to add a pop of colour.
AUSTRALIAN CHERRIES AND SUMMER FRUITS SMOOTHIE BOWL
Bahan-bahan (1 to 2 serves) :
Smoothie
1 Australian peach, frozen
2 Australian nectarines, frozen
1 cup Australian cherries (pitted)
1 cup nondairy milk
*portions of fruit can vary on your preference
Toppings
10 to 12 almonds and pecans
Granola Chia seeds Coconut
Fresh fruit (Australian peaches and cherries)
Cara-cara:
1. To make the smoothie, blend the fruits and milk in a food processor until smooth.
2. Pour in to a bowl and adorn with toppings.
Nampak senang kan, dah balik umah kang cuba ek!!
Sempena Chinese New Year yang akan datang, pihak Tesco juga telah menyediakan kotak buah ceri edisi istimewa untuk diberikan kepada sanak saudara, sahabat handai sebagai tanda mata dan hadiah.
Buah berbentuk bulat dan warna merah dikatakan melambangkan kesejahteraan dan membawa nasib baik sepanjang tahun. Buah-buahan segar pada Tahun Baru melambangkan kehidupan dan permulaan yang baru. Contohnya, di China dan Jepun pic ini dikaitkan dengan keabadian dan kehidupan yang panjang.
Cherries dan Summer Fruits akan turut sama ada dipasaraya besar yang terpilih sepanjang musim,
Untuk maklumat lanjut, check it out di Facebook rasmi mereka, Taste Australia Malaysia