Showing posts with label Sukan Astro. Show all posts
Showing posts with label Sukan Astro. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

Laporan ‘penuh bergaya’ Sukan Olimpik Rio 2016

Hi Korang,

Sedikit info di hujung minggu ek..

Astro Arena dan Kinslager Boutique & Tailor telah menjalin kerjasama melalui perjanjian persefahaman tajaan pakaian rekaan korporat dan profesional bertempat di butik pakaian Kinslager, NU Sentral hari ini.

Astro Arena and Kinslager Tailor & Boutique sealed a partnership on the sponsorship of corporate attire for Astro Arena’s hosts today in preparation for Rio 2016 Olympic Games.

Menerusi kerjasama ini, Kinslager telah menaja pakaian buat 20 personaliti Astro Arena tampil dengan imej baru yang lebih dinamik dan segar sempena temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Rio 2016 yang akan bermula pada 3 hingga 21 Ogos ini nanti. 

Sepanjang tempoh tajaan selama dua tahun, Kinslager bukan hanya menaja pakaian seperti blazer, jaket, skirt yang selesa dan berkualiti tinggi direka mengikut bentuk badan personaliti masing-masing malah turut memberikan khidmat nasihat serta perunding imej. Selain untuk Rio 2016, penampilan dan imej kemas penyampai-penyampai ini akan turut dilihat di dalam program-program majalah TV Arena yang lain termasuk liputan temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur pada tahun hadapan. 

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata ini adalah satu perkembangan positif dimana syarikat korporat seperti Kinslager sudi memberi tajaan pakaian mereka. Ini membuktikan industri penyiaran sukan juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di dalam dunia fesyen tempatan. Selain itu, tajaan ini juga bertepatan dengan kehadiran temasya sukan terbesar dunia Olimpik, Rio 2016 yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Kami berbesar hati dan sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan syarikat korporat seperti Kinslager demi meningkatkan lagi imej penyiaran sukan tempatan. Kami percaya dengan tajaan yang diberikan ini mampu meningkatkan lagi semangat dan profesionalisme penyampai sukan Arena. Konsep rundingan imej juga adalah penjenamaan diri yang mampu membentuk keyakinan diri di dalam penampilan dan penyampaian mereka di hadapan kamera.”

Kinslager Co-founder and CEO, Niels Strohkirch &  Astro’s Vice President of Sports Business, Lee Choong Khay

Sementara itu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinslager Niels Strohkirch berkata koloborasi bersama Astro Arena telah bermula dengan tajaan pakaian buat penyampai arena pada temasya Sukan SEA ke-28, Singapura tahun lalu.

“Jalinan kerjasama ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan memandangkan Astro Arena seperti yang umum sedia maklum adalah sebuah nama besar dalam arena sukan negara serta memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan imej sukan dan juga personaliti sukan Malaysia”.


“Fesyen dan sukan yang dahulunya dilihat satu cabang berbeza dan sukar diadun bersama, kini segalanya berubah. Kedua-dua bidang ini semakin saling berkait. Malah, sebilangan atlet terutamanya diluar negara gemar bergaya biarpun ketika sedang beraksi cergas di lapangan masing-masing. dan, ia menjadi ikutan peminatnya. Perkembangan baik ini mendorong kami untuk berkoloborasi bersama Astro Arena sekali gus memperkenalkan jenama Kinslager kepada warga sukan tanahair”