Showing posts with label Subang Jaya. Show all posts
Showing posts with label Subang Jaya. Show all posts

Friday, July 22, 2016

Kempen Anchor ‘Say Cheese’ 2016 Di RT Pastry Cafe Subang Jaya

Hi Korang,



Fonterra Foodservices Malaysia hari ini berjaya melancarkan Fasa kedua kempen Anchor Say Cheese yang pertama seumpamanya di pasaran. Bersama-sama dengan rakan kongsi bakeri yang terpilih, Fonterra terus menggembirakan para pelanggannya dengan pencuci mulut Edisi terhad (limited edition) yang dicipta oleh cef patisserie dalaman Fonterra sendiri yang menggunakan mentega berkualiti tinggi yang sebenar, keju krim, susu dan krim dari kepelbagaian produk Anchor yang amat popular iaitu Anchor Cream Cheese, Anchor Butter dan Anchor UHT Full Cream Milk

Aku dapat merasai hidangan special ni tau di RT Pastry baru-baru ini.


Di antara menu pilihan pencuci mulut berasaskan bahan jenama Achor ini adalah :

Cheeznie

Almond Rosa

First Love

Lady Marmalade

Mengancam nama-nama pencuci mulut ni ek, buat korang rasa tak sabar-sabar nak makan kan


Ok sebelum tuh kita dengar sedikit ucapan daripada Ms Linda Tan, Head of Fonterra Food services "As customers are becoming more discerning, they are looking for more exclusive products to indulge in. This is our way of bringing our Anchor brand directly to the consumers in the most experiential way. Our bakery partners are highly supportive and have been long-term users of our Anchor products, and this will also showcase their commitment to bringing only the best to their customers,"

Setiap rakan kongsi bakeri yang dipilih oleh Anchor menggunakan resepi asal dan latihan yang disediakan oleh cef patisserie di Fonterra, dengan beberapa rasa lain sedikit untuk disesuaikan dengan pilihan unik pelanggannya yang lazat.


"We are happy to once again partner with Fonterra Foodservices for the second phase of the Anchor Say Cheese campaign, after the immense success in sales during the first phase last year. Our customers loved the Anchor signature range and it was selling out like hot cakes, literally. With this new range, we look forward to delighting our customers further," kata Mr. Lu, pemililk RT Pastry Café Subang Jaya ini.

Meh aku tunjukkan korang ek

Cheeznie

a perfect combination of cheese and chocolate with a cream cheese sandwiched between two slices of decadent chocolate brownies and topped with chopped walnuts

Almond Rosa

a nutty almond butter sponge cake with a rich layer of cream cheese

First Love 

a sweet bread with a brown sugar cream cheese in the center

Lady Marmalade

a sweet bread with an orange cream cheese filling topped with orange candied peel



Ciptaan Anchor eksklusif ini boleh didapati di kedai roti terpilih seluruh negara dari sekarang sehingga Disember 2016. Di samping itu, pencuci mulut istimewa ini juga boleh didapati di semua bakeri di seluruh negara yang mengambil bahagian iaitu:

Bread History in Penang, 

The Bakers Hut in Seri Manjung, 

Born n Breads in lpoh, 

Patisfrance and Yeast Pastry in Malacca, 

Veluxe Cake House in Skudai, 

Fung Seng in Muar, 

Port View Euro Bread in Kota Kinabalu, 

Taka in Kuching

Hot Cross Bun in Miri

Harga untuk pencuci mulut yang berbeza-beza mengikut kedai roti, boleh didapati daripada RM3.20, sebiji.


Dengan setiap pembelian 2 kotak dari Anchor Say Cheese’s signature desserts, pelanggan bakal menerima edisi terhad sudu istimewa dari Anchor.


So apa lagi meh singgah ke bakeri yang terpilih ni ek, sedap wei sampai tak tergambarkan camne rasa kesedapannya tuh.



Thursday, February 5, 2015

Makan Sedap Di Kungfu Bake Rice AEON Big, Subang Jaya

Hi Korang,


Selalu dengar kuay teow kungfu je kan..


Ini plak Kungfu Bake Rice. Hebat sekarang ek, nasi plak dah berkungfu kan errmm kuntau pandai tak hahhahahahahahaha.. saje jelah gelak. Alah buat lawak sket pun tak boleh ke! Ishkk



Restoran Kungfu Bake Rice di bawah milik Paradise F&B Malaysia Sdn Bhd menyajikan makanan fusion. Alah makanan tempatan kita tapi di upgradekan sket cara masakannya. Hah itulah gamaknya. Tak kan tak paham lagi. Kat Kungfu Bake Rice ni, korang boleh customize pilihan menu mengikut tekak memasing. Nak pedas ke, tak pedas ke, tambah bahan ke semua boleh punye. 

Menu utama di sini adalah Bake Rice lah of course. 

Kat sini bake rice di sediakan dalam bekas memanggang nasi special dengan beberapa bahan utama yang korang boleh pilih sendiri. 


Bahan utama iaitu tiga jenis sos untuk melengkapkan bake rice seperti sos tomato, sos krim dan sos kari Jepun. Selain itu, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk melengkapkan bake rice seperti daging lembu, cendawan, potongan daging ayam, isi ikan dan lain-lain lagi, bersama dengan keju mozzarella untuk mengisi keinginan perut korang. 

The Duo Master Bake Rice
(fish fillet & chicken chop) 

Inilah dia The Duo Master Bake Rice yang telah di customize mengikut tekak ktorang hari tuh. Aku dapat cuba 2 jenis bake rice iaitu ayam dan ikan berserta dengan sos kari Jepun special. Ishkk kat Malaysia tak jual tau kecuali kat restoran ni je ek.

 Kungfu Burger 


Ini sangat awesome, Kungfu Burger. Nampak cam simple je kan tapi bila masuk kedalam mulut ermm terbaek toqqq. Daging peha ayam yang di perap dengan sos Kung Pao dan di grill dan kemudiannya di hidangkan sekali bersama telur dan roti burger. Zass terus masuk ke mulut ek

Japanese Black Pepper Chicken Curry Rice

Ermm kari ayam ada perisa-perisa black pepper tapi tak delah kuat pun. Mild dan just nice je. Unik gaklah.  


Tom Yum Soup with Mee Hoon


Nampak cam biasa kan tapi hakikat pedas meletup, seharuslah sesuai dengan tekak orang Malaysia yang sukakan pedas. Untuk aku plak, rasanya kena kurangkan pedas sket. Aku dah tak nak makan pedas sangat, kena jaga perut wei. Tapi rasa tomyamnya kaw kaw macam tomyam Thai.

Mashed Potato

Bagi melengkapi hidangan anda mesti kena cuba kentang lenyet yg lain daripada lain. Memang sedap dapat rasa kelembutan kentang yg di lenyet dan juga rempah ratus yg ada dalam tu memang menarik untuk order banyak2. 

Kungfu French Toast 

Untuk penutup plak, ktorang dihidangkan dengan French Toast. Nampak unik dan rasanya pun unik jugak. Rupanya dalam toast tuh ada isi tau iaitu peanut butter. Makan plak pepanas, of courselah lajunya masuk mulut.


Kungfu Stylo Coffee

Ini merupakan signature drinks kat sini. Mestilah cuba sebab kopi kan. Aku kan hantu kopi, minum segelas memang tak cukup di tambahnya order lagi. 

So far harga tak de lah mahal mana pun, orang kata apa berpatutan lah. Standard restoran yang biasa kita pi makan tuh.

Hah nak pi la tuh, ni kat sini.

KUNGFU BAKE RICE
Lot G-04 & G-13, 
AEON Big Subang Jaya

Laman web :



Kalau rasa jauh sangat,Kungfu Bake Rice ada outlet kat Suria KLCC gak di area Signature foodcourt. Hah bolehlah korang terjah ke sana kan.

Tuesday, October 12, 2010

Semua Orang Boleh Masak

Hi Korang,
Cam ne lah aku boleh terlupa pasal Samsung cooking class nie ek? Maybe masa tu sibuk sangat dengan entry Vaseline Party tu kot.



Anyway, aku dan juga 2 MBP Amba Juan & Nia di jemput untuk join free cooking class from Samsung nie. Bangga siot dapat invitation. Maklumlah aku nie bukan pandai masak pun macam Ketua Geng Tali Barut K Ina KL tu. La rupa-rupanya diorang nie ajar masak guna microwave. Kira ok lah tu kan.

Class ktorg tak ramai, lebih kurang 13 orang je kot. Seronok jugak. Chef hari tu la ialah Joel Kaur. Dia nie kalau tak silap aku di antara chef2 yang ada nama juga dalam industri perhotelan nie. Yelah kalau dah boleh ajar Datuk Lee Chong Wei masak, itu dah kira superb kan.

 

Ktorg di ajar 3 dishes. Buat roti, Buat siew mai dimsum dengan seabass fillet. Ya allah, korang ingat senang ke? Susah oi. Tapi dengan bantuan machine2 yang canggih nie bread mixer, Samsung microwave,dan memacam lagi lah, ktorg dapat buat dengan mudah dan senang.


Yang paling penat sekali nak buat roti lah. Kalau tak sabar, rasanya aku nak baling doh tu ke dinding. Yelah kena uli biar sampai lembut. Tapi mixer tu baguslah. Sekejap je adunan tu dah sebati.

 

So banyak jugak tip-tip memasak yang aku belajar nie. Segala herbs2 yang pelik pun aku dah kenal dah. So bagus kan. Apa guna gula, garam dan memacam lagi lah secara details. Petua memasak pun dapat jugak tau.

Itulah dia, serba sket pasal cooking class nie. Sesuai untuk golongan yang tak pandai masak cam aku nie.


Anyway, TQ Samsung & Cilantro So pas nie, lebih rajinlah aku masak kan.