Hi Korang,
Yeah suker pi SPOTLIGHT tau..
Tahun lepas kan aku duk sibuk pi SPOTLIGHT yang kat Ampang Point tu kan, ermm shopping tak henggat kat situ tau. Semua kelengkapan rumah ada je tak kiralah untuk ruang tamu ke, bilik tidur ke, dapur, bilik mandi, peralatan menjahit, party supplies ke kan.
Pendek kata, semuanya ada kat gedung ni.
selamat datang ke gedung kami
hah cashier terus kat depan
aik masuk-masuk dah nampak katil kan
Sekarang ni, SPOTLIGHT terus melangkah setapak lagi dengan bukak cawangan di IPC Shopping Centre. La tak tau kat mane, ishk tulah dia abiskan duit pandai tapi tempat tak tau kat mane pulak kan. La ni kan, kat Ikano Power Centre sebelah IKEA tuh, Mutiara Damansara.
Ok tau dah kan.
So semalam, aku dapat jemputan 'media preview' ke gedung membeli-belah ni. Wah ayat gedung wokeh, kagum sangat tatabahasa gituh.
hah tengok tuh, busy betul Mr Jono
kad aku tak yah bagi, dia dah ade
As usual bila jumpa General Manager MArketing of SPOTLIGHT, Mr Jono Gelfand dah macam kenal lama, siap sembang-sembang apa nak beli kan. Mr Jono memang dah cam dah muka comey aku ni. Yelah asal shopping kat SPOTLIGHT Ampang Point mesti terserempak dengan dia. hahahahah
Memanglah kebanyakan barang-barang yang dalam store ni sama dengan outlet yang lagi satu tuh, tapi pengalaman membeli belah tu yang kita nak, betul tak?
comel kan mesin jahit hello kitty
Tak puas pusing sekali round, aku pusing lagi untuk kali kedua. Sebab apa? nak mark barang-barang yang mana satu nak beli. Eeee sampai cam tu sekali ek. Bukanlah kedai ni memang besar, kalau korang tak ingat kat mana benda yang korang nak beli tu ermm jawabnya tawaf saie lah sampai jumpa kan.
Dah penah pusing, aku duduk pulak kat tempat Craft Session ni.
itu adik tu yang buat ek, bukan aku
Tengok orang belajar buat craft je, nak buat sendiri belum ada keyakinan lagi. Nantilah tunggu datang seru untuk mengembangkan bakat.
pelbagai warna benang wei
kertas craft pun warna warni
kain potong,cantik-cantik tuh
ok isi borang dulu ye kak
tupperware microwave, pelbagai saiz dan warna
Ok ok berita baik untuk korang yang duk terkinja-kinja tanya bila gedung ni di buka untuk umum kan. Ni dia SPOTLIGHT IPC Shopping Centre akan dibuka secara rasmi pada 14hb Mac 2015 jam 10 pagi. Ada pelbagai aktiviti yang telah pun di sediakan macam face painting, ada magicians, clowns, ballon artists dan juga korang boleh menang spot prizes, giveaways, discount kaw kaw dan memacam lagi lah.
Ni tempatnya,
SPOTLIGHT
No. 2, 2nd Floor,
(sebelah Popular BookStore)
IPC Shopping Centre,
Mutiara Damansara
Nak lagi best korang apply VIP Club, ermm lagi untung banyak discount bertambah. Siap boleh join contest dan menang pi Australia tau.
pergi jangan tak pergi ek