Showing posts with label Sony My Water Momment. Show all posts
Showing posts with label Sony My Water Momment. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

My Water Momments With Sony TX5 At Sunway Lagoon.

Hi Korang,

1st day puasa nie tak nak entry berat2, kang korang sakit kepala + lapar nanti kang aku yang kene jawab plak kan. Nah korang layan gambar2 nie dulu.

Bercamwhore dulu, maklumlah 1st time masuk Sunway Lagoon kan


Ni nak citer, last weekend aku dapat invitation to this event anjuran Nuffnang and Sony. Sepatutnya aku memang tak dapat pun,but friday morning cam tu Yuen Yee from Nuffnang called then invite aku ke event nie. Haruslah jangan di tolakkan. Dah lah 1st time nak masuk Sunway Lagoon nie. Free plak tu.

Cilok dari Shahrul. Aku suker!


Ramai tuh, que sambil gossip

So pagi sabtu tu, seawal pagi ktorg keluar untuk kesana but singgah jap amik Si SumiJelly nie. Dia malas nak drive. Sampai trus parking valet betul2 dekat dengan pintu masuk Sunway Lagoon. Orang pun tak de lagi. La rupanya masuk kat other entrance. Ala dekat escalator panjang bebudak nie gelarkan. So berjalan kaki ke entrance satu lagi tu dengan Si SumiJelly, Pojiepooh, DD & the gang. Sampai je, Eyriqazz & Hamzah pun baru sampai gak. Sambil2 beratur dan sambil gossip daydeck & Shahrul pun sampai.

Jangan memain okeh dengan minah lengan besau tuh!!

Aksi2 candid!

Lepas register, terus ke Mali Cove. Punyalah ramai orang tak ingat. Main2 air kejap sambil gossip2 lagi, teruslah event start. Ktorg dibahagikan 1 group 5 orang untuk siapkan 5 task. So bertungkus lumuslah ktorg nak siapkan semua task tu. Yang best tu sebelum buat task, ktorg pi mencekik dulu lah coz dah tengahari perut pun dah lapar kan.

Best ooo main kat bawah nie, si daydeck sampai tanggal cermin mata ko kan!

Dengan Boss Nuffnang Timothy Tiah, Sempat lagi tuh!

Task dah siap, perut pun dah kenyang. Apa lagi ktorg sambung berenang2 kat pool yang besar sesangat tuh. Lama gak lepaklah dalam tuh sampai kecut2 lah jari kan. Akibat lama sangat nak tunggu result kuar, ktorg terus pi tukar baju dan siap2 lah.

Ko ado? Tak do kan. Aku yang paling takut sekali masa nie sebab tak bawak goggle!


Not bad jugak team ktorg tau! tengok nie.

Aku tak tunggu pun sampai event tu abis, coz lambat sangat team2 lain nak siapkan task. Memang dah confirm2 team aku kalah but ktorg team no. 2 dalam group C tau. Bangga mak nyah, sebab mak yang jadi team leader tu tau..


Apa-apa pun event Sony nie meriah tapi crowded sangatlah. Maybe Sony team event boleh memperbaiki lagi. Janji aku having fun dengan bloggers lain sambil dapat goodies bag yang best tu.

Anyway, thank you Sony dan I Love You Nuffnang lah.

p/s : Aku still tertanya2, logik tak ada satu group tu boleh siapkan task menyelam cari barang sebanyak 15 jenis dalam masa 11 saat. Dah sah2 penipu kan? Agak2 korang percaya tak?

Monday, August 9, 2010

Jom Karaoke Dalam Kereta.

Korang,


Nak citer sket je nie tak nak lebih2. Maklumlah hari isnin kan penuh stress so malas nak bebankan otak korang dengan heavy2 entry.


Masa dalam jem teruk + manusia lembab hari sabtu hari tu yang jadi mangsanya ialah aku sebab turn aku kene drive plak, mr Big sibuk ajak aku karaoke dalam kete sebab nak hilangkan boring. Siaran radio macam jahaman sebab stuck kat area hutan2 kecik. Nak pasang DVD boleh terlupa bawak plak, so jawabnya cucuhlah thumbdrive kat USB port tuh.

So memula bukak lagu Aizat, so terlalak lah ktorg dalam kete tu. dah puas Aizat, sambung plak lagu  Faizal Tahir. Bila time lagu Selamat Malam plak dia ajak nyanyi sorang sebaris. So mulalah memasing..

mr Big : Biarkan berlalu Semua kepedihanmu

Aku : Lelapkan matamu Biarkan mimpi membawamu

mr Big : Ke mana kau mahu

Aku : Selamat malam Tidurlah sayangku...

mr Big : zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......zzzzzzzzzzzz (siap dengkur)

Sekejapan dia boleh tidur. Pas tu yang aku dengar dengkuran yang maha hebat, lebih hebat dari lagu Faizal Tahir nie. Terus aku tukar lagu lain.


Apa perasaan korang? geram tak? Yelah lah dia syok2 tido dengkur yang aku plak terkebil2 bawak kete yang semput2 sebab jem... Ishkkkkkk oh.. tidak........

Nota : Maybe dia penat kot lepas bersukaria di Mali Cove Sunway Lagoon untuk Sony My Water Momments TX5. Ermm aku lagi penat tau, dah lah aku jadi team leader okeh!!! Alamak yang tu belum update lagi lah. Gambo pun belum transfer lagi. Esoklah.

p/s: Dear, jangan marah tau! Gurau je.. Korang jangan nak gelak2 tau. Ketawa kuat je boleh okeh!

Pics by :Goggle