Showing posts with label SimplySiti. Show all posts
Showing posts with label SimplySiti. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

SimplySiti - Rahsia Kejelitaan Dato' Siti

Hi Korang,

Ada rahsia yang aku nak share dengan korang mengenai Dato’ Siti Nurhaliza yang aku rasa ramai tak tau kan

Umum mengetahui bahawa Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan kecantikan yang asli dan penampilan yang muda walaupun umur beliau telah mencecah 37 tahun. Selain sering tersenyum dan mengamalkan gaya hidup yang positif, Dato’ Siti juga turut berkongsi rahsia kejelitaan beliau bersama para peminat dengan mengeluarkan produk kecantikan beliau sendiri iaitu – SimplySiti.


Diformulasikan dengan menggunakan teknologi Korea, Dato’ Siti Nurhaliza begitu komited dengan penghasilan produk-produk agar ia dapat memenuhi kehendak para pengguna. Selain menggunakan sendiri kesemua produk keluaran beliau, Dato’ Siti juga amat menitikberatkan setiap maklum balas pengguna demi meningkatkan mutu kualiti produk yang dihasilkan. 


Sehingga kini, SimplySiti mempunyai jumlah pengguna yang semakin ramai dan ia berdiri setanding jenama-jenama antarabangsa yang lain. Apa yang menarik mengenai produk penjagaan ini adalah penggunaan bahan-bahan yang dijamin halal dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Ia tidak berbahaya malah boleh digunakan pada kulit yang bermasalah. 


Bukan itu sahaja, SimplySiti juga turut membawakan produk kosmetik yang boleh anda temui dalam aneka pilihan koleksi. Dato’ Siti menawarkan rangkaian produk kosmetik SimplySiti bagi mereka yang gemarkan warna-warna rich (gold), ada juga set kosmetik untuk golongan remaja (My First Make Up) dan banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa Dato’ Siti amat memahami kehendak para wanita dalam ingin tampil jelita dan kekal cantik!

Saturday, April 14, 2012

Khairul Fahmi APEK Sangat Maskulin

Hi Korang,
Cuma tengok gambo ni. Ermm macho kan dia. Itulah Khairul Fahmi or yang ramai orang kenal dengan nama APEK celebriti Sukan yang tengah hot sekarang ni.

 
Aku tau mesti ramai yang jeles kan.. erm ada lagi ok.

Tunggu..

p/s : TQ Eyriqazz