Hi Korang,
Ermm tak tau nak buat apa di hujung minggu bulan Julai ni??
Ishk jangan pening-peninglah kan
Korang yang memang tak de hal tuju nak bawak keluarga berjalan-jalan tuh boleh ke pesta makan ‘Setia City Mall’s Food Carnival’ di Setia City Mall bersempena Kempen ‘Eat · Makan · 吃!’ Food Fiesta.
Pesta makanan ini akan berlangsung pada 19hb – 21hb Julai 2019 dan hujung minggu seterusnya 26hb – 28hb Julai 2019, dari 4.00 petang hingga 10.00 malam ermm hujung minggu haruslah kena pi kan
Menggambarkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa, akan terdapat lebih daripada 20 vendor di Centre Court dan di luar East Entrance memaparkan kedua-dua makanan kegemaran halal dan bukan halal di zon berasingan.
Para pengujung Islam boleh menikmati makanan halal dari Boat Noodle, Sushi King, Gigi DIY, Row Six dan Shabu X, sementara hidangan kegemaran dari Go Noodle dan D'Legends Bar dihidangkan untuk pengunjung bukan Islam.
Terdapat jugak hidangan seperti Inside Scoop dan Skinny Bakers.
Di samping gerai-gerai, terdapat gerai yang menjual snek juga seperti snek Jepun oleh Nimaco. Promosi buffet durian all-you-can-eat bakal menjadi kegemaran peminat durian sekali, so jangan lepaskan peluang.
Karnival ini juga akan menampilkan persembahan hiburan di sepanjang hari oleh Yamaha, Fitness First, SK Setia Alam, Persatuan Percinta Muzik Ukulele Malaysia (PPMUM) dan Studio Tarian Moon Walker. Pengunjung juga boleh menikmati beberapa permainan yang menyeronokkan di stesen permainan atau mengambil bahagian dalam pertandingan foto "Strike a Pose" dan boleh memenangi pelbagai hadiah menarik.
Jom kita ke :-
Setia City Mall
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Laman Web:
Facebook: