Showing posts with label Shopee my. Show all posts
Showing posts with label Shopee my. Show all posts

Friday, August 24, 2018

Shopee 9.9 Super Shopping Day Kini Kembali

Hi Korang,

Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, Shopee 9.9 Super Shopping Day. Berikutan kejayaan acara 9.9 tahun lepas, yang mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan pertambahan kunjungan tapak web sebanyak lima kali ganda, Shopee memeriahkan lagi pesta tahun ini dengan menganjurkan acara beli-belah mega 14 hari dari 27 Ogos hingga 9 September. 


Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitkan lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk. Malah menjelang 9 September, Shopee akan mengadakan hari bertema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan. 


“Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kami kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau. Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia, dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan. Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna kami; sejajar dengan itu, kami terus mengukuhkan hubungan dengan jenama terkemuka untuk membawakan lebih banyak tawaran eksklusif, dan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menambah baik pengalaman beli-belah keseluruhan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di majlis pelancaran. 


Manfaat hari bertema hebat, termasuk Jualan Hebat Mengejut 

Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut. Setiap hari, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos. Dalam Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET. Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian. 

Pengguna boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad. Sejak pelancaran pada bulan Mei, Shopee Celebrity Squad telah mendapat sambutan hangat daripada peminat bintang-bintang tempatan termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong. 

Pastikan anda mengingati tarikh 9 September kerana Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan 99% bagi produk paling popular. Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif menawarkan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup. 


Shopee Shake dengan tabung 99 juta syiling Shopee 

Sejak dilancarkan tahun lepas, Shopee Shake Shake telah dimainkan sebanyak 70 juta kali oleh beribu-ribu pengguna. Untuk terus menggalakkan permainan Shopee Shake sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menambah tabung syiling kepada jumlah luar biasa 99 juta syiling sepanjang kempen. Bukan itu sahaja, Shopee akan berbuat demikian secara ‘kaw kaw’ dengan membuka 9 slot masa pada 9 September, dengan 2 permainan setiap pengguna untuk setiap slot; supaya pemain boleh menggoncang dan menang sehingga 18 kali setiap 24 jam. 


Tawaran yang disediakan bukan sahaja lebih besar dan lebih baik, Shopee 9.9 Super Shopping Day juga bakal menghimpunkan peruncit dan peserta industri yang terbesar di negara ini. Sebagai sebahagian daripada pelancaran 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menganjurkan perbincangan panel bertajuk Membina Ekosistem E-dagang Serba Maju Menerusi Pakatan Strategik, melibatkan para pemimpin daripada jenama terkenal seperti PayNet, RHB, KLFW, Digi dan XES yang berkongsi idea untuk menyuburkan ekosistem e-dagang di Malaysia. 


“E-dagang di Malaysia semakin berkembang maju, dan berasaskan pakatan kukuh dengan industri, pengguna dapat menikmati kemudahan pembayaran dan logistik lebih baik, pilihan produk lebih luas, ciri lebih menyenangkan dan tawaran lebih menarik untuk membeli produk kegemaran mereka. Kami telah membawakan rangkaian tawaran dan promosi menyeluruh yang disesuaikan mengikut selera pengguna kami untuk Shopee 9.9 Super Shopping Day dan kami yakin pembeli pasti gembira dengan pengalaman beli-belah tiada tandingan di acara beli-belah serantau terbesar kami,” rumus Ho. 

Kunjungi shopee.com.my/99 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.




 

Tuesday, August 14, 2018

Shopee X Tefal Cook Off, Lama Tak Masak Depan Orang Ramai Ni

Hi Korang, 


Memanglah kak lily masak tapi kat rumah jelah, tak delah beria sangat nak tunjuk skill depan khayalak ramai kan. Janji laki akak boleh makan sampai licin sebelanga udah ler. 

Dah tuh pi gatai masuk cook off tuh pasai apa?? 

Hahahaha panjang citernya ok, kak lily pendekkan 

Alah si yupikoh ni lah, ada satu petang tuh dia call. Lepas tuh dia nak pi event masak-masak tak ? of courselah kak lily ok sajor. Yelah tengok orang masak then kita boleh rasa hahahahaha. Then dia cakap ok aku submit nama. 

Then lepas 2-3 hari tuh dia call lagi, mintak fullname bagai hah bagi jelah sebab malas nak fikir-fikir. Datang plak satu email cakap congrats sebab dapat masuk cook off. Ko rase??? Lah kena masak ek, ermm bolehlah masak tapi masak gitu-gitu jelah. Bila baca syarat-syarat terus pelan apa nak masak apa tapi discuss gitu-gitu jelah. 

Tup- tup petang jumaat tuh baru plan betul-betul nak masak apa. 

Saat ni dah cuak-cuak sket dah, so kitaorang segregate apa nak beli, malam tuh baru sibuk pi cari barang. Beli yang simple-simple je sebab yupikoh dah beli banyak. So packlah apa yang patut, bahan nak masak kan. 


Kak lily tak pernah pi office Shopee ni so tunggulah si pompuan tuh. Dia pulak sampai-sampai ada barang tertinggal lah, anak amik minum susu lah, so singgah Jaya Groccer kat bawah tuh tambah apa lagi barang tak cukup. 

Ya ampun, azabnya nak sampai ke office Shopee ni. 

Ktorang berjalan dari hujung The Garden Mall sampai ke hujung Mid Valley ni. Sesat barat, wei bahu sengget mengangkat barang, nasib baik Mr Big tolong angkat barang sekali hauhauhaua. Rupanya Southpoint dekat je kalau ikut dalam Mid Valley huahauahua padan muka memasing tak reti nak baca email betul-betul. 

tengok kosong je meja ktorang hah, sebab malu ooo

Perasan pertama bila sampai kat meja registration Shopee ni apa? 
Confirm-confim kami dapat no. 6 daripada 6 team hauhauhau. Rupanya kena bawak utensil sendiri wei macam pisau, chopping board, penyukat tepung, mixing bowl, pinggan deko aduiyai semuanya kami tak bawak. Ok mood dah down dah, dengan supporter sorang je Mr Big. Orang lain siap bawak sekeluarga huahauhaua. 

Ok chill-chill dulu lah, malas nak fikir sebab dah tau kalah kan huhuhuhuhuhu… 

Sebelum cook off bermula, kita dengar briefing daripada pihak penganjur iaitu Shopee dan Tefal mengenai kerjasama antara mereka dan product briefing sekali. Kira bagus jugak barangan Tefal ni ek macam-macam masakan kita boleh buat. 

Jeng jeng jeng.. masa yang di tunggu pun tiba. 

nampak akak masak tengah prepare barang-barang, yupikoh tengah pi cari mangkuk hahah

tengok dalam masa 30 minit steam cupcakes pun siap hah!


So dalam masa 1 jam 30 minit kami di kehendaki menyediakan 3 hidangan iaitu appetizer (smoothies), main course dan dessert. Mau 5 minit kami duk fikir apa nak buat dengan barang-barang yang kami bawak ni, jadi kami plan buat strawberry smoothies, pancakes dan cup cake. 

Kemain memasing cita-cita tinggi melangit setinggi office Shopee tingkat 24 tuh kan. 


Steamed Chocolate Cupcake 

Nasib baik ayu beli premix chocolate cake tuh sesiap. Di sebabkan takde oven nak bakar terus datang idea untuk masak secara stim kek tuh menggunakan periuk nasib Tefal. Ye memang tak de function Cake pun tapi kami guna fungsi Steam. Mintak tolong product manager Ms Anna cara nak guna kaedah steam tuh terus pandai. Kan ktorang tak bawak scale untuk timbang kan?? Nak tau ktorang guna apa?? Hahaha plastic premix tuh kitaorang jadikan sukatan. Agak-agak sukatannya dan bancuh. Mixing bowl takde? Guna periuk nasi Tefal tuh as mixing bowl hahahahahaha. Steam selama 30 minit. Hah amik ko jadi ek tapi rasa tak taulah camno kan 


Ham and Cheese Pancakes 

Ok ni kitorang prepare bahan tapi utensil tak de so habis pantry Shopee tuh kitaorang selongkar dan jumpa satu mangkuk kecil dan cawan untuk air bancuhan. Masukkan bahan-bahan dan kacau hingga sebati sebelum di masak menggunakan Tefal Frying Pan. Memula masak tuh tuh cair plak bancuhannya so adjust lagi sampai cantik then jeng jeng jeng.. jadik jugak. 


Berries Smoothies 

Memula letak strawberry je tapi Mr Big sempat beli berries dan dia tinggalkan pulak dengan kak lily so campurkanlah sekali. Blend je semua termasuk dengan ais sekali hahahaha sedap bak hang!! 

Judging Time 

Habis masa terus rasa penatnya wei. Padahal masak bukanlah havoc sangat pun, masak simple-simple tapi disebabkan masak depan orang ramai so kenalah bersopan santun sket, tak boleh comot-comot bagai kan. Itu yang jadi just nice je siap semua sekali hehehe. 

nampak tak kesedapannya...

hah makan lagi ek judge

Bila time presenting masakan, si ayu ni pandai kelentong so abis dia kelentong keluarkan ayat yang power-power tuh sampai judge 2-3kali tambah makanan hauhauaha 

Tibalah masa yang di tunggu-tunggukan, pengumuman untuk tentukan pemenang. Jeng jeng jeng. Of courselah ktorang tak heran pun sebab dah tau kalah dah, sebab menu simple-simple je. So just lay back dan tengok jelah siapa yang menang. Ermm jangkaan meleset sekali hehehehe kitaorang boleh menang tengok ke dua tuh dengan tidak di sangka-sangka. 



One of the judges kata kitaorang menang sebab kitaorang kreatif masak kek dengan rice cooker tuh dan hidangkan menu menepati tema hauhauhauhauahua kwang kwang Kwang. Dapat tempat kedua tuh, menanglah wang tunai dan produk Tefal. Jadilah tak delah rasa down sangat bila Mr Big kutuk sebab kalah nanti hehehhe 

Thank you yupikoh sebab jadi teammate yang senang nak discuss dalam masa kecemasan cam tuh, idea senantiasa berjalan je walaupun barang semua tak cukup kan. 

Heheheh thank you Shopee dan Tefal, kalau ada lagi bagitaulah ek. Boleh hantar borang untuk join hehehe 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com