Showing posts with label Set lunch menu. Show all posts
Showing posts with label Set lunch menu. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Buffet Lunch Di Cafe@PICC, Murah Lagi Sedap


Hi Korang,

Semua orang ingat Putrajaya International Convention Centre (PICC) merupakan tempat untuk persidangan untuk meeting ke, event yang besar ke or even wedding pun kan but korang tau tak yang dalam bangunan PICC ni jugak ada tempat makan lunch sedap lagi murah.

Itulah dia, ingat nak bersidang ye kan.


Ye di Cafe@PICC menghidang all day menu memacam yang korang boleh makan




Aku berkesempatan untuk mencuba buffet lunch yang disediakan di Cafe@PICC ni yang menghidangkan lebih daripada 65 jenis hidangan yang di antaranya Rendang Minang Hati Lembu, Ayam Percik Kelantan, Ikan Patin Asam Tempoyak, Masak Lemak Telur Itik Pucuk Paku dan pelbagai lagi pilihan










Ok meh tengok menu-menu lain plak, selain dari main dish ada gak sambal colek-colek, keropok, ikan bakar dan dessert gak lah.






Bubur dan supnya amat sedap oo, memang kena dengan tekak aku yang lapar time tuh

Ok ok meh tengok aku pinggan apa yang ada kat atas meja aku ek

1st round dah makan nasi, ishkk

meehoon sup satu!

seafood platter

bubur jagung awesome

sedap sedap bubur kacang ni

sup tulang rawan, 2-3 mangkuk aku bedal

Dah start pun buffet lunch ni tau, dari 17th Mac 2014 hari tuh dari Isnin hingga Jumaat dari jam 11.30pm hingga 3.00pm.

Harga buffetnya adalah


RM15.00 nett untuk dewasa, kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas. 

Serious murah kan. Itulah aku pun terperanjat gak masa diorang cakap pasal harga ni. Itu sudah ade chance baik punye

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8887 6000 ext Cafe@PICC


Jom kita ke


Cafe@PICC

Putrajaya International Convention Centre,
Dataran Gemilang, Presint 5, 62000
Putrajaya



Korang-korang kat dekat dengan PICC tu eloklah pi cuba, lagipun dekat dengan korang punye office kan. Murah plak tuh, kalau aku pun haruslah pi makan kan.

Si Food Blogger yang glamer masuk TV3 cakap sedap makan kat sini, coz dia pernah makan time buffet ramadhan dulu. Sangat terbaek katanya.




Wednesday, March 19, 2014

In Colonial Restaurant, The Intermark Kuala Lumpur. Makan Sedap Lagi Yeah!!

Hi Korang,

Lama plak tak citer pasal makan ek, meh aku citer sket pasal our new discovery.


Ermm last week dapat jemputan makan di In Colonial Restaurant ni. Dengar nama of courselah korang akan ingat western food kan but not exactly ye. It's a Western Style Chinese Restaurant.




Once korang masuk ke dalam restaurant ni, ermm enviromentnya very peaceful. Tenang je, konsepnya simple yet elegant. Korang tengoklah sendiri.


Ok back to food now, itu tujuan asalnya kan.

Meh aku jamu mata korang dengan hidangan yang disajikan untuk ktorang pada malam tuh

Baked Butter Prawns (RM82) 
Udang kara yang di bakar dengan special sup yang aku sendiri terlupa nak tanye. Manis rasanya coz udang segar tuh

Steam Portuguese Fish
Ikan siakap yang dah di'fillet'kan di stimkan dengan kuah ala-ala asam pedas. Sedap

Rib Eye &Veggies (RM58) 
Ini juga enak, daging lembu bahagian rib eye di masak dengan special sos bergitu saja


Cheesy Spring Roll (RM16) 
Popiah sayuran bersama cheese. Enak di makan panas-panas.

Butter Chicken (RM30) 
Ayam goreng ranggup yang di sirakan dengan butter sauce bersama sayur steam brokoli


Seafood Duos (RM26) 
Sotong dan udang yang di goreng ranggup bersama pesto


Beef Sandwich (RM28) 
all day menu, dagingnya lembut sangat. Sedap


Itu baru makan, now meh tengok Mocktail drinks plak ek

Green Apple Splash (RM13) 
soda dengan sirap apple hijau 

Cucumber & Passion Fruit Mojito (RM15) 
timun, chili, jus nenas, mojito dan sirap passion fruit


Lemon Ribena Soda (RM8.50) 
Sirap ribena dengan jus lemon


Mint Soda (RM13) 
Soda dengan lime segar berserta daun mint dan nenas cube


Apmacam? Menarikkan. Itulah aku masa waiter tu letak makanan ermm tertelan-telan air liur tau. Then bila dah makan sampai tak tercakap kesedapannya. Speechless sunguh!

penuh meja dengan makanan ko..

Selain daripada dinner, In Colonial Restaurant ni juga ada menyediakan set lunch yang aku rasa harga amat berpatutan. Kira korang yang memana dekat dengan Intermark tu bolehlah ke sini untuk lunch.


Ok ok , jom check it out

In Colonial Restaurant

Lot G13, Ground Floor,
The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Tel: 03-2856-9033
10am – 11pm daily





Kalau ada occasion yang korang nak celebrate pun sesuai kat sini, yelah dalam city centre. Parking pun mudah. So why not? cuba try dulu.

Lagipun payah kan nak cari kedai makan ada Chinese cuisine ni, diorang menggunakan bahan-bahan yang halal ye.

Boleh kot datang hujung bulan ni, makan besoooo...