Showing posts with label Sepang Gold Coast. Show all posts
Showing posts with label Sepang Gold Coast. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Camping Day Out With MAOC Alza Club Di Bagan Lalang, Sepang

Hi Korang,


Bagan lalang lagi!


Ishkk tak sudah-sudah kemari kan. Memang Mr Big gemar betul pantai bagan lalang ni lah. Bukan apa, tempatnya tak crowded macam PD. Jalan pun tak jem, orang tak berapa ramai, tempat makan seafood senang, toilet bersih, pendek kata semuanya elok je lah.



Masa bebudak My Alza Owner Club (MAOC) suggest outing bulanan diorang berkhemah di Sepang terus je Mr Big kata confirm dan sejak dari tu lah diaorang sibuk heret aku ke sana kemari cari barang untuk camping macam khemah, fly sheet, mastin dan memacam lah.

So on that day itself ktorang tak ikut convoi pun coz nak sampai awal.



Kononnya dapatlah aku buat photoshot dulu kan ermm nan adonya coz pagi sabtu tuh, hujan bukan main lebat lagi once kitaorang jejak kaki ke kawasan Sepang ni. Sedey oooo sudahnya, hujan pun berhenti group convoy pun sampai.

siap bekal tau

siap tilam angin, sorang satu

dah macam lori dibuatnya

Setup jelah khemah kan. Semuanya Mr Big buat sendiri aku tolong-tolong je, tolong pegang, tolong cucuk, tolong ikat kan. 


geng bangi lambat sampai, kerja hakiki katanya

Siap khemah baru lah kemas barang-barang lain pam tilam angin, kuarkan dapur BBQ semua lah.


Petang tu, kitaorang ada aktiviti sukaneka sesame MAOC club.


comey kan dak nisa ni


nampak tak wife-wife yang bergaya ni ek

span tu tak serap air, tipu sungguh

aku dah la takut belon pecah, kena tiup plak





comeynya abam ni

masuk keje kul 9 ye mak..


Ada je pertandingan untuk setiap setiap, kanak-kanak, suami-suami, isteri-isteri kan. Memang sangat seronok. Time nilah ktorang dapat kenali dengan lebih dekat lagi ahli-ahli yang lain. Aktiviti sukannya plak simple-simple je tapi nak abiskan azab jugaklah..


Abis je aktiviti, ktorang just lepak tepi pantai sambil tunggu matahari terbenam. Wah sweet nya, mesti korang fikir cam tu kan. Tak sweet pun coz ktorang layan bebudak ni main bola sepak pantai sambil makan ikan patin masak asam kan. Yeah makan lagi tak ingat.



awek-awek dara cun ni, sapa nak berkenalan


Malamnya sambung lagi sesi makan, kali ni BBQ plak. Siap ada karaoke lagi, so ramai jugak yang sumbangkan lagu, nasib baik tak hujan. Ada majlis penyampaian hadiah untuk aktiviti sukaneka petangnya tuh. Aku tak menang apa pun cuma group Mr Big menang hamper. Its ok lah just for fun, tak kisah pun menang kalah hehhehe..

okla nak tidur dulu ek

Abis event, ktorang lepak-lepak kat tepi pantai lagi. Kengkonon hirup udara malam plak, air laut pulak dah mula pasang, percik-percik kena muka. Ermm potong sungguh, sudahnya masuk khemah dan tidur je. Mr Big je yang sambung lepak dengan bebudak lain ni.

Bangun esoknya best giler coz, celik mata je nampak laut. Rasa aman damai dan bahagia je tengok laut tuh, ada 15 minit duk pandang laut ni sampai Mr Big tegur bangunlah orang lain semua dah bangun kan. Alah spoil sungguh ek.


Nasib baik Mr Big dah siapkan breakfast, hah terus duduk dan makan jelah sambil borak-borak. Panaskan ayam BBQ dan kambing tu jelah, siap buat air kopi lagi.

Ktorang lah yang paling last sekali kuar dari tapak camping tuh, buat spotcheck kat tempat lain mana tau ada barang tertinggal kan then baru gerak balik.


Ermm memang weekend yang menyeronokkan lah. Penat tapi worth it dapat spend time dengan yang tersayang kan.

So stay tune untuk next trip, most probably akan ke Cameron Highlands hujung bulan november nanti dengan bebudak ni lagi. 

ermmm mesti lagi best kan..

Monday, May 21, 2012

Senja Di Sepang Gold Coast

Hi Korang,

Di sebabkan lama sungguh kat lepak kat pantai, so ada satu petang tuh ktorg lepak kat pantai Bagan Lalang. Alah yang Sepang Gold Coast tuh. Nak check in kat situ tak berape nak mampu kan, dapat lepak kat pantai pun jadilah kan. 


Tak mandi pun sesaje nak rendam kaki kat laut memain air sket sambil bercamwhoring gak kan. Orang tak ramai pun maybe dah ramai balik kot.

Sempat snap sebelum ke pantai.

Matahari petang

Rendam kaki jap 

Nampak cam jauh tapi dekat je lah.

Ni sebab tak nak seluar basah, jangan gelak ek

Cantik kan

Update status jap ek

Memang cantik senja di Sepang Gold Coast

Memang enjoy melepak kat tepi pantai bila matahari terbenam ni kan. Bukan senang nak tengok betapa cantiknya ciptaan Allah ni. 

Tapi lagi enjoy  melepak berdua dengan the loves one kan. 

CLP notes : Romantik tak? haruslah kan..