Showing posts with label Sepah2. Show all posts
Showing posts with label Sepah2. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Karoot Komedia X - Janji Manismu

Hi Korang,

Ok kita layan lagi Karoot Komedia untuk minggu ni. Aku tertarik nak tulis sebab ianya mengenai puasa. Cam biasa waktu siaran 10 malam kat Astro Channel 132 Warna tapi aku tengok HD Ch134 so jangan jeles ye.


Setiap minggu para pelakon di kehendaki melakonkan watak-watak yang diberikan oleh penonton dan melakonkannya secara spontan mengikut tema yang diberikan


Para pelakon ;-



Ebby Yus - Suami / Bapa
Johan Rajalawak - Isteri / Mak
Shuib Sepah2 -  anak lelaki
Yus Jambu - Kawan anak lelaki
Mamat Sepah2 - Kawan Anak lelaki

Artis Jemputan:- 


Tasha Shila - Isteri kepada Shuib

Kisah minggu ini :-




Shuib yang baru je berkahwin dengan Tasha Shila dan juga tak pernah puasa seumur hidupnya. Bagi menjaga hati kedua hati mertuanya dia berpura-pura puasa,



On first day puasa tu, Shuib membawa balik kengkawannya untuk curi-curi makan di rumah.  Akan tetapi kantoi dengan semua ahli keluarganya termasuk isterinya sekali. Yang best tuh, dia boleh rasuah isterinya dengan beli kain raya 30 pasang. Gilo ke hape kan.

Kesimpulannya:-

Memang maca biasa, ktorg berdua gelak terbahak-bahak. Lawak yang yang sentiasa buatkan orang yang menonton peca perut.


Johan memang sesuai pegang watak sebagai mak kerana lagaknya sama seperti style mak-mak kita dulu-dulu. 

Tasha Shila pun not bad jugak berlakon, yelah artis baru popular kan mestila hebat.

Ok itu je aku nak citer untuk episod. Kalau korang tak sempat nak tengok rasanya boleh download kat youtube kot. Jap-jap lagi ada la link tu kan.

So kita episod minggu depan plak...

Saturday, July 7, 2012

Karoot Komedia X : Tangkai Jering

Hi KoranG,


Aku terpanggil plak rasanya nak citer pasal Karoot Komedia X ni. Satu rancangan lawak gelak ketawa yang di siarkan setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Channel Astro Warna 132.


Setiap minggu para pelakon di kehendaki melakonkan watak-watak yang diberikan oleh penonton dan melakonkannya secara spontan mengikut tema yang diberikan

Para pelakon :-


Sabri Yunus - Tukang karut /  tok dalang


Ebby Yus - Suami
Johan Rajalawak - Anak lelaki 15 tahun
Jepp Sepah2 - Anak lelaki sulung
Shuib Sepah2 - Isteri anak lelaki sulung
Yus Jambu - Jiran sebelah

Artis Jemputan


Anzalna - Isteri

Kisah minggu ini

So untuk minggu ni plak, kisah mengenai seorang suami (Ebby Yus) yang kedekut. Abis semua dia nak jimat, kipas, radio, lampu semua tak boleh bukak. Tagline dia bukan kedekut tapi berjimat. Sampai isteri (Anzalna) dan anaknya (Johan) terpaksa berjimat untuk makan. Pelbagai cara dia nak jimatkan duit sampai jiran (Yus Jambu) ajak kongsi buat garaj pun dia tak nak.






Satu hari si suami sakit tekak yang amat sangat, sampai nak makan pun tak de selera. Di suruh ke klinik tak mau katanya bukannya teruk sangat padahal kedekut kan. So si jiran ni datang promote satu yang boleh baikkan tekak. Sebab nak jimat sangat terus je si suami beli.

Bila si suami makan je, terus datang penyakit lain plak bibir jadi tebal. Hah amik ko! kedekut sangat kan. 

Kesimpulan

Memang terbahak-bahak ktorg gelak kan. Lawak diorg ni memang sangat spontan dan menjadi plak tu. Dialog yang digunakan memang kena je. Shuib sangat comel jadi perempuan, dengan pakai suar legging dan rambut rebonding.

Yang best tuh, Anzalna siap joget shuffle lagi. Itu yang tak boleh tahan gelak tuh. 


Ok itu je aku nak citer untuk episod. Kalau korang tak sempat nak tengok rasanya boleh download kat youtube kot. Jap-jap lagi ada la link tu kan.

So kita episod minggu depan plak...