Showing posts with label Seoul Garden Restaurant. Show all posts
Showing posts with label Seoul Garden Restaurant. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Dari Dapur Ke Ruang Tamu

Salam bahagia,

Comel kan Periuk Steamboat aku nie?

TAjuk pun sudah gah kan? Cakap Chef Wan plak 'From Garden to Kitchen'. Aku nie terbalik plak. Nie sebab apa? Gara2 nak tengok Akademi Fantasia 8 (AF8) la nie.

Disebabkan last weekend tak kemana-mana. Seharian duk umah. Bile dah petang mulakan sangap.Borak punye borak, tetiba:-

Aku : Dear, nak makan apa malam nie?
mrBig : Jom kite gi Seoul Garden lagi nak tak? (Nampak cam suker nor)
Aku : Dah kul berapa dah? (Muke menunjukkan tanda2 malas sebenarnya)
mrBig : Then, kite pi Tesco jelah, beli brg2 untuk makan steamboat malam nielah.
Aku : Pakai apa? (Muke bengong)
mrBig : La periuk steamboat kan kite ade pakai tu jelah. Ishkk..
Aku : Hah lah. cam ne leh lupe plak nie.

Cepat2 aku ke dapur cari periuk tu dulu. Kang x de kan naya plak kene smash dengan mrBig nie.  Bile dah jumpe, basuh dulu. Kemudian ktorg ke Tesco mencari juadah buka puasa untuk malam tu. Dah shopping2 baru teringat Sabtu kan hari tanpa beg plastik, hah sudah cam ne nak angkat bawak naik nie kang.Jawabnya kenelah beli beg recycle tuh.

Tengok dapur depan tv okeh!

Balance2 pas 2 kali makan

So sampai umah, potong,cuci,simpan apa yang patut dulu. Dalam kul 8.30 ktorg start masak. Serius siot, masak betul2 depan tv. Tak caya? korang tengok nie


Hah, baru nak percaya kan.Tengoklah betapa suker mrBig dengan masakan rebus2 nie. Aku cumer prepare barang2 je, yg lelain semua dia buat.

So ktorg makan dan makan dan makan sambil tengok AF dengan senang ati.

p/s: korang ade ke periuk nie?

Friday, March 5, 2010

Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tau!

Salam Bahagia,

Seoul, Korea? Boleh gitu dalam tengah sibuk keje nie tetiba terfikir kat ke Seoul Korea. Hah jangan korang percaya sangatlah ayat-ayat aku tu tadi. Semuanya tipu belaka.

Bile dah lama x update nie, macam2 idea plak nak menulis. Yang elok pun ade, yang merepek lagilah banyak. Tak perlah disebabkan aku nie kan pemakan orangnya, tak kiralah pemakan karnivor ke, herbivor ke dua alam ke, aku tetap dengan tabah akan makan semua bende yang aku suker.

Kali nie aku nak citer pasal aku ke Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tapi kat Plaza Pantai je. Ala je kan. Tapi dari umah aku jauh gak lah. Hari tu, pas ktorg balik dari Gleneagles Intan aku trus bawak mrBig makan kat sini.

Bagi korang yang belum penah pegi kedai nie, ia menyediakan hidangan secara buffet masak sendiri. So korang kene berjalan dari satu kaunter ke kaunter yang lain untuk pilih apa yang korang nak makan. Ada hidangan untuk BBQ dan ade juga hidangan untuk Steamboat. Tak ketinggalan jugak ada appetizer, drinks, dessert. Pendek kata semua amik sendiri, masak sendiri tapi makan beramai2. hahahahhahaha..

Cubelah korang tengok aksi orang sakit tangan yang tengah lapo nie.

Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:

1. Reservation - x payah kalau weekdays tapi weekend kene!


2. the traffic en route,  - kalau korang tak pandai pegi Plaza Pantai, memanglah korang tak jumpe kan. So tengok map bawah nie

3. parking, - park dalam Plaza Pantai. Senang tapi weekday mahal, weekends murah

4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.

5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.

6. the crowd, - macam aku cakap, weekdays ok ok je. Tapi weekends siap korang ramai siot!

7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.

8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.
Cara Masak : Dalam periuk untuk steamboat, kat pan untuk BBQ

Ikan patin diBBQ, sedap tau!!

9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Tapi nak masak tu lambat sket lah kan.

10. the taste, main course and dessert, Korang layanlah gambo2 nie

Appetizer - Salad2 yang ranggup

Main Course - Segala jenis ayam, daging,soton,ikan,udang dalam pelbagai rasa

One of our favourite - Kimchi Chicken

Steamboat Menu - All kinds of fishball, sedap gak

Korang leh masak dengan favourite sayur korang

Dessert - Ramuan ABC yang menyelerakan

Dessert - Kuih-muih, agar2,puding pun ada

11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2.




Apa-apa pun, Seoul Garden Restaurant nie amat perfect bagi ktorg sebab nak mencari BBQ Steamboat waktu siang hari amatlah susah. Nasib baiklah sebelum kuar rumah ari tu sempatlah gaklah google kedai makan yang sedap2kan.

Lagi satu, nie details kedai nie:

Seoul Garden at Plaza Pantai
Lot C1.27 & D1.26, Ground Floor
Plaza Pantai (Kerinchi LRT Station)

No. 5, Persiaran Pantai Baru
Off Jalan Pantai Baru
59200 Kuala Lumpur
Opening hours : 12noon - 2.30pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekdays)
12noon - 3.00pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekends)
Reservation : 03-2283 1888, 012-609 7385 Fax : 03-8060 7105


Hah! mesti korang berselerakan tengok gambo2 dalam entry nie. Apa lagi pegilah ke kedai  nie. aku dah cube, korang bile lagi kan!

p/s:actually banyak lagi gambo2 makan, tapi x larat nak upload takut aku plak yang meleleh air liur.