Hi Korang,
Pepagi ahad semalam awal pagi Mr BIG dah memekak kat telinga aku suruh bangun. Yelah dah berangan2 nak ke pasar tani seawal yang mungkin kan, so bangun gaklah kul 6.30pagi cam tuh.
Cantik matahari terbit, time nie kul 7.00am cam tuh
Sesampai area pasar tani kat Bangi ni, semuanya baru sibuk nak setup. Bayang ikan pun tak nampak lagi. So ktorg decide untuk lepak kat Tasik Cempaka Bangi ni. Konon nak jogging lah kan. Sekali tengok ramai betul orang kat tasik Cempaka ni. La memacam aktiviti yang ada kat tasik ni.
Selain dari jogging, ada lagi aktiviti yang menyihatkan jugak kat sini.
Acara memancing GP Selangor 2012
Aktiviti berbasikal
Senamrobik percuma
Hah, seronok plak aku rasa. Memacam ada. Rasanya memang baguslah aktiviti cam ne. At least tak de lah jogging je kan.
Muka kene bangun pagi
So maybe boleh lah ke sini lagi. Nak try senamrobik tuh. Mr Big plak nak join geng basikal Bangi. Lantaklah janji dia bahagia sudah ye.
Lepas tuh, baru ktorg pi pasar tani. Shopping tak henggat kan.