Hi Korang,
Kita sambung lagi citer pasal jalan-jalan cari makan ni ye. Jemputan buffet ramadhan memang tak pernah putus untuk blog www.ciklilyputih.com ni ada yang sampaikan kena pass kat blogger lain untuk cover. Syukur sangat !
Jadi hari ni kita ke The Saujana Hotel di Subang.
Menghidangkan lebih daripada 140 masakan tradisional termasuklah pembuka selera, ulam-ulaman, hidangan utama dan pencuci mulut.
Di antaranya adalah kerabu manga muda, kerabu tempeh, gado-gado, bubur lambuk, lemang, serunding, ketam masak lemak cili padi, daging rending tok, nasi hujan panas, nasi minyak dan memacam lagi.
Terdapat juga 15 jenis gerai-gerai yang menyediakan hidangan ala warung seperti roti canai, murtabak, sate, kambing golek, kebab, buah-buahan dan pelbagai lagi.
Untuk buffet Ramadhan 2014 ni, ianya bermula dari 28hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.
Harga buffet ramadhan 2014 di Saujana Hotel ni adalah
RM 115++ untuk dewasa
RM 57++ untuk kanak-kanak (6-12 tahun)
Bagi group booking (lebih daripada 20 orang), boleh dapatkan Special Group Dining Deal of 10% tau.
Untuk tempahan sila hubungi, 03-7843 1234 ext 6122 atau email ke dine@thesaujana.com
Jom kita ke :-
The Saujana Hotel
Saujana Resort,
Jalan Lapangan Terbang SAAS,
40150 Kuala Lumpur
Telefon: 03-7843 1234
Ini adalah salah satu option bagi mereka yang tinggal di kawasan Subang Jaya, Ara Damansara even Shah Alam pun untuk korang berbuka puasa. So tak yang susah-susah nak masuk KL kan. Balik kerja terus je singgah ke sini.
Selamat menjamu mata korang!