Hi Korang,
Selain daripada mencuci muka dan menggunakan krim pelembap muka setiap hari, kita kena tambah lagi beberapa lagi produk untuk menjadikan kulit muka kita lebih segar, cantik dan berseri ermm betul tak??
So amalan menggunakan serum, ampoule, spf cream memang penting bila kulit dah mula kurang anjalannya, biasalah tuh faktor usia dan suasana persekitaran seseorang itu.
Memang iya pun, kak lily pun setiap hari akan menggunakan beberapa produk ini sebelum keluar dari rumah hehehehe sebab tuh nampak cam cantik je cam comey je kan
Ni kak lily perkenalkan antioxidant serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ni
Antioxidant Serum ini diformulasikan dengan Tocotrienol, yang 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan daripada biasa Vitamin E. Formula ini membantu memperlahankan proses penuaan kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit kita dengan merangsang sintesis kolagen.
Masa memula tuh kak lily letak kat tangan je setitis dua untuk nak amik feel je, ok je idok produk ni ermm ternyata teksturnya tidak melekit dan tidak berminyak. Ia segera diserap ke dalam kulit dan menjadikan kulit kelihatan begitu segar dan lembut.
Serum ini adalah produk bebas alkohol. Oleh itu, produk ini tidak tersenarai di dalam senarai produk merbahaya. Pembungkusan serum ini juga sangat rapi dan mudah.
Kandungan Antioxidant Serum
Aqua, Niacinamide, Glycerin, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate
Kelebihan Antioxidant Serum
1. Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
2. Memudarkan bintik-bintik hitam/ parut / jeragat kesan daripada pigmentasi
3. Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
4. Memperbaiki kesan sunburn / lebam bawah mata
5. Mengecilkan pori-pori kulit
6. Melembapkan dan menghidrasi kulit.
7. Membantu melambatkan kesan penuaan
8. Melicinkan dan mencerahkan kulit.
Pengalaman Mencuba Selama 5 Hari.
Ternyata ianya sangat bersesuaian dengan kulit muka kak lily, ialah orang kulit berminyak ni cam tuh lah kan hehehehe sentiasa nak cuba untuk kelihatan lebih baik. Kurang berminyak dan make up tahan lama. Memang kak lily jarang guna make up pun tapi tak delah senantiasa nak kene touch up muka bila keluar minyak hehehhehe
Nampak kulit bersih dan rasa licin gituh huahauhaua
Serum ini adalah produk bebas alkohol. Oleh itu, produk ini tidak tersenarai di dalam senarai produk merbahaya. Pembungkusan serum ini juga sangat rapi dan mudah.
Ia datang dalam dua (2) saiz yang berbeza, iaitu:
10 ml (MYR 49); dan
30 ml (MYR 97)
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
Facebook
Instagram