Showing posts with label Sambal Ikan Bilis Sedap. Show all posts
Showing posts with label Sambal Ikan Bilis Sedap. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Nasi Lemak Masak Sendiri

Hi Korang,


Memang last week rileks sungguh.

Tak kemana pun, sekadar keluar beli apa yang patut sajer untuk barang rumah. 

So semalam memang tak kemana pun, aktiviti mengemas rumah 100%. Basuh kain, buang barang tak pakai, mengemas, mandikan #DakUban, tengok tv, buat kerja online sket dan memacam lagi lah.

Bile time makan, tak tau nak masak apa, jadi bukak fridge dan tengok apa yang ade then terus masak

Maka terjadilah

Nasi Lemak Togel bersama Sambal Sotong

Togel sebab timun tak de, kacang tak de, daun pandan tak letak masa tanak nasi. Yang ada cuma ikan bilis goreng dan telur rebus. Nasib baik ada sotong menjadi penyelamat, terus buat sambal sotong. 

Resipi nasi lemak? alah google jelah ek. Aku pun sendiri sambil sediakan bahan sambil ipad ada kat sebelah. Bukan tak reti masak cuma kekadang ingredients tu kita lupa. Kalau masak hari-hari lain citer la plak kan. 

Itu je nak citer.. chow...

p/s : nanti nak citer pasal project DIY pasal wallpaper ek.. ingatkan tau


Saturday, March 24, 2012

Wangi Betul Nasi Lemak Daun Pisang

Hi Korang,

Kan hari tuh, ktorg pi bercuti-cuti Malaysia ke Langkawi kan. So malam masa travel tuh, aku sempat tolong mak aku buat nasi lemak ni. Bayangkan masak nasi lemak untuk 40 orang termasuk dengan driver bas dan assistantnya kan. Nasi lemak kukus plak tuh. 

Meh layan gegambo nie

Bahan-bahan untuk nasi lemak - Telur rebus, ikan bilis, timun

Sambal yang nampak pedas tapi tak pedas pun

Dah start susun nasi dalam daun pisang

Ok dah siap letak, tinggal nak bungkus je

Hah memang penat tapi rasa puas hati sangat coz dapat bagi makan kat diorg ni. Biasalah diorg ni makan mesti nak at least 2 bungkus. Masa stop kat RnR Rawang tuh, semuanya bedal tak henggat. Time tu hujan plak kan. Makan tak pandang kiri kanan. 

Ta daaaa, dah siap bungkus dah. 

Ramai yang kata kalau kat KL ni, kalau jual mesti RM2.00 ni. Bayangkan ktorg buat dalam 100 bungkus, licin semua sekali. Eh, memang family aku ni kuat makan betul lah.

So korang kalau nak tempah nasi lemak daun pisang dengan aku boleh je tapi berani ke korang nak makan kan? khakhakahkahakhak

CLP notes : Aku sendiri pun bedal 3 bungkus itu belum kira time bungkus kan. Giler ko favourite tuh.