Showing posts with label SUKIYA restaurant. Show all posts
Showing posts with label SUKIYA restaurant. Show all posts

Friday, June 23, 2017

Makan-Makan Keluarga Di SUKIYA, MYTOWN Shopping Mall

Hi Korang,

Kitaorang sekeluarga memang dikatakan tiap-tiap minggu ade meet up. Alah bukan apa pun just lepak-lepak tanya khabar, makan-makan, bukan lama pun

anak dara rugged

So hari tuh, tak de apa nak hari minggu tuh gemuk ajak pi ke MyTown Shopping Mall alah sebelah IKEA Cheras tuh dan kebetulan jugak kitaorang tak pernah pi lagi so confirm jelah. Bayangkan hari ahad tengahari haruslah jem nak masuk IKEA tuh but still kitorang dapat masuk dengan senangnya alah parking kat MYTOWN building je melambak parking ooo

Pusinglah dari satu level ke satu level, ada banyak kedai dah bukak so cuci-cuci mata lah sket. Yang best MYTOWN ni dia banyak tempat duduk yang berlatarbelakang lukisan 3D, memang cantik untuk ambil gambar. Kitorang jalan sket then nampak je dinding cantik terus bergambar hehehhe


Sebab tak tau nak makan apa, kitaorang ke SUKIYA. 


Restoran steamboat ala-ala Japanese gituh. Masa kitorang sampai tuh kena beratur jugak jadi gemuk buat booking dulu then jejalan kat area tuh sampai diaorang call kejap je pun. 






Korang yang tak pernah makan di SUKIYA ni meh aku terangkan sket. Dia macam makan kat kedai steamboat yang biasa tuh tapi bahan makanannya ala-ala kesihatan, pelbagai jenis sayur-sayuran, cendawan, jagung dan daging pun ada jugak. Kita boleh buat pilihan sup samada nak sup ayam ke sup pedas.

tengok si bijak pandai ni tak sabo nak makan

Aalya duduk dengan Nen dan PapaLong

jom makan



Hah duduklah 1-2jam makan kat situ sambil borak-borak kosong pasal family, pasal dak Aakif dengan Aalya,pasal baju raya dan memacamlah.

Itulah citernya kitaorang habiskan masa di hujung minggu ek







Dari

Cik Lily Putih