Showing posts with label SNE product. Show all posts
Showing posts with label SNE product. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Duta Terbaru SNE Marketing


Hi Korang,

Kalau cakap SNE mesti korang tak tau apa menda tu kann, tapi kalau aku cakap produk Beutskin Essence yang penyanyi Adira makan tu for sure korang tau kan.

Kalau bab nak putih nak cantik serah je kat korang kan confirm suker punya.


Tapi tak de lah Dr Sheikh Muszaphar makan Beutskin ni tapi dia amalkan produk ‘SNE Capsule‘ yang mengandungi suplemen seabuckthorn untuk mencegah daripada sinaran radiasi yang berbahaya.

Pada tahun 2005, SNE Capsule telah diiktiraf oleh China Space Foundation (CSF) sebagai “Makanan Suplemen Khusus Angkasawan China”, ia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai makanan suplemen di angkasa lepas. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pernah mewakili Malaysia mengembara ke angkasa lepas pada tahun 2006, ini merupakan satu pencapaian yang gemilang dalam sejarah Malaysia. Seseorang yang begitu istimewa seperti Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selaras dengan imej jenama SNE yang fokus pada kesempurnaan dalam produk kesihatannya.


Hebat kan produk ni, bukan setakat untuk angkasawan je kita-kita pun boleh makan lah.

SNE memiliki tapak seabuckthorn liar yang terbesar di dunia. Produk kesihatan dan penjagaan kulit SNE menggunakan ekstrak seabuckthorn liar Mongolia Dalam sebagai bahan utamanya. Malah, dengan menggunakan Teknik Pengekstrakan Superkritikal CO2untuk mengekstrak nutrien seabuckthorn, struktur dan keaktifan nutrien dapat diperlihara supaya kesan unggulnya tidak kehilangan. Oleh sebab seabuckthorn liar mampu mengekalkan nutriennya pada keadaan persekitaran yang teruk, maka, ia memiliki jumlah nutrien yang sedia diserap yang lebih tinggi. 


Memang seronok dengar Dr. Sheikh Muszaphar bercerita pasal experience dia ke angkasa lepas tu, memacam perkara yang dia alami so dengan adalah suplemen Seabuckthorn ni dia mampu atasi semua tuh.


Di antara produk SNE yang terbaru mengandungi seabuckthorn adalah:-

1. SNE Capsule
2. Artercardy Essence
3. WIS-D Essence
4. SeaBuck Activ
5. Rebond Essence
6. Excel Tea

Memacam ada kan, semuanya ke arah kesihatan yang optimum


Aku tak sempat nak amik gambar dengan Dr. Sheikh Muszaphar masa launching hari tuh, maklumlah ramai betul peminat beliau yang hadir. Kira bagi chance kat diorg ni lah.
Ok nak citer pasal produk SNE ni


Aku dah cuba SNE Capsule dan mak aku dah cuba SeaBuck Activ dah masa 2 minggu ni.

So far, SNE Capsule memang memulihkan kulit aku yang ada masalah ni. Biasalah orang saiz comel cam aku ni cepat berpeluh so kulit mula melelas dan melecet di bahagian pelipat so ada kesan yang tak cantik, bila makan SNE Capsule kesan-kesan melecet tu mula berkurangan dan kering.

Mak aku plak selalu batuk-batuk biasalah orang dah berumur kan, so aku bagi makan sekali je SeaBuck Activ terus lega kerongkong yang gatal tuh dan hilang batuk-batuk sebelum ni.

Kira bagus betul lah produk SNE ni.

Tak sabar plak aku nak cuba Artercardy Essence dan Excel Tea, hopefully akan nampak gak kesannya pada aku nanti.

So terima kasih kepada SNE Marketing kerana sudi menjemput aku ke event ni, hopefully dapatlah jemputan dari diorg lagi ek.