Hi Korang,
Hujung minggu lepas korang buat apa hari tuh ek
Sabtu lepas, selain dari melepak di rumah aku sempat ke Dorsett Fun Ride di Dorsett Putrajaya sempena ulangtahun mereka yang pertama di Putrajaya ini. Selain daripada menyambut ulangtahun, pihak Dorsett Putrajaya juga membuka langkah pertama mereka dengan mengambil anak angkat daripada Rumah Anak Yatim Rumah Nur Hikmah di Kajang bagi tahun 2017 sebagai salah satu program CSR bagi tahun tersebut.
Bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Wakaf Holdings Berhad bagi menjayakan acara keluargaan ini, beberapa syarikat telah tampil bersama-sama bagi menaja pelbagai jenis barangan untuk hari bersejarah ini iaitu hadiah cabutan bertuah dan permainan Spin the Wheel Game.
Di rakan-rakan penaja adalah . Rakan-rakan kami adalah Aster Spring, Cycle Labz, Borders Bookstore, Go Lokal, SS Rich Legacy, Boutique Fur Mode, Beauty Rizqah Super Asia, The Face Shop, Profresh, Cafe Bene, SkyRide Putrajaya, Dorsett Hospitality International, Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Dorsett Grand Subang, Dorsett Putrajaya, Silka Cheras, Diamond Resorts , Dorsett Tsuen Wan Hong Kong, Lan Kwai Fong Hotel Hong Kong and Dorsett Shepherd’s Bush London. Pemenang Hadiah Utama yang bertuah akan mendapat trip melancong untuk 2 orang ke salah satu hotel di bawah Dorsett di luar negara
Aktiviti-aktiviti lain ada jugaklah seperti bouncing castle untuk kanak-kanak, candy store, food trucks, gerai-gerai pameran oleh hotel dan pelbagai syarikat seperti kesihatan, fesyen, peralatan sukan dan sebagainya
Walaupun aku tak mengayuh basikal sebab takut jatuh tapi seronoklah dapat kenal dengan anak-anak yatim ni, para peserta dan yang penting dapat main spin the wheel tuh. Dapat jugaklah hadiah best-best ek hehehehe
Kalau korang nak tengok gambar-gambar event, korang boleh ke https://www.facebook.com/events/1290429277696493/