Hi Korang,
Meh aku sambung balik cerita makan-makan sedap kitaorang sekeluarga hari tuh di Port Klang ek. Hari tuh entry lepak-lepak tuh separuh je kan, ok now aku sambung lagi ek.
Makan tengahari kan so haruslah menu kaw-kaw ek
Lets dig in!
Seafood Tom Yum
Nampak macam kosong kan, tapi bila ceduk dalam-dalam ermm macam-macam yang di jumpai, ada sotong, udang, kepingan ikan dan sayur-sayuran. Pedas tapi sedapp
Steamed Squids in Lime
Ini first time aku makan ni, sotong di masak secara stim dengan jus limau. Jangan ingat rasa limau je ek, rupa-rupanya ada cili api tersembunyi dalam menu ni tau. Pedas menyengat jugak !
Sweet Sour Fish
Sangat-sangat crunchy, ranggup seluruh ikan baik daripada isi ikan hingga ke tulang-tulang ikan ek. Kuah masam manisnya awesome betul, sesuai dengan tekak.
Mutton Varuval
Daging kambing di masak ala-ala kicap katanya, tapi bila Mr Big makan ada rasa rempah ratusnya yang kuat dan tak berapa pedas.
Kam Heong Chicken
I like this dish, ayam di goreng terlebih dahulu dan kemudianya di masak ala kam heong (Chinese style).
Soft Shell Crab
Berebut-rebut kitorang makan ketam kulit lembut ni, yelah masa sampai tu panas-panas so ranggup lah. Sampai licin termasuk serdak-serdaknya sekali.
Dessert
Ya ampun order pemanis mulut pulak, padahal tadi makan kemain banyak lagi kan but still teringin nak makan jugak menda-menda manis.
Goreng Pisang with Ice Cream
Walaupun simple je hidangannya setakat pisang goreng dan aiskrim tapi berebut jugak dengan si Aakif ni, dia makan ais krim je
Chocolate Lava
Brownie nya panas betul masa dihidangkan, makan sekali dengan ais krim wow terangkat ooo.. Yang ni pulak Mr Big berebut dengan si Aalya, biar ada budak-budakny cam tuh lah kan utamakan diorang dulu.
So barulah complete!
Bagi aku in terms of harga, walaupun tempatnya esklusif tapi harganya amat berpatutan, tak delah mahal mane pun. Yang penting kita kena cuba dulu then baru tau ye
mereka yang happy dapat makan sedap
Untuk kemari, ini alamatnya
The Royal Selangor Yacht Club (RSYC)
Jalan Shahbandar,
42000 Port Klang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Latitude 03 00 30 N Longitude 101 23 30 E
Website : www.rsyc.com.my
By telephone: +603 3168 6964
By e-mail: info[@]rsyc.com.my (General Business)
Itulah dia kisah makan-makan di Royal Selangor Yacht Club, Port Klang. Memang lama betul ambil masa nak menulis ek, yelah baru nak start je ada je orang mengacau ni hah
Sedaplah makan kat sini.
ini lagilah happy, dapat spend time together