Showing posts with label Rib Eye Steak. Show all posts
Showing posts with label Rib Eye Steak. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Ala Barat @ Tony Roma's Pavillion


Hi Korang,

Aku kalau tak citer pasal makan dalam blog aku ni memang tak sah kan. Majoriti ada je entry makan2 kan. Sebab apa? ktorg kalau pi memana je kuar makan mesti aku terhegeh2 nak snap gambo kan. 

Bayangkan kalau weekend tu 2 ari straight ktorg makan kat luar dari breakfast sampai supper, dah berapa banyak entry makan kan. Jangan plak korang ingat aku malas masak ye. Weekdays selalunya masak kalau tak de event nak di attend lah. Weekend je selalu jalan2 cari pasal makan, berangan nak gantikan pengacara baru JJCM tuh. Ramai kata diorg ni tak best. Ermm entah lah


Ktorg memang penggemar western food. Any kind of steak ktorg try. Sebab tu nau boleh tau daging tu masak ke tak kan.  Hebat kan? dah macam FOOD CRITIC plak aku rasa.

Macam ni, ktorg pi makan last punya last punya last week.

Bread and Garlic Dip

Kickin Shrimp

Ribeye Steak

Chicken Platter

Hah yummy kan. Itu je yang sempat di snap, yang lain lupa nak snap lah plak. Time lunch ni ktorg pi makan kat Tony Roma's Pavillion KL. Tapi bukan kuar duit pun, my MIL yang banjer coz Mr Big punya hari beso hari tuh dia tak celebrate, ni kira ganti balik lah kan. Segan gak yelah sepatutnya ktorg yang banjer dia, nie terbalik plak kan.  Kata Mr Big alah sekali sekala apo salahnya.

Tengok dah jadi satu entry makan dah siap dengan gambo lagi. Aku rasa Food Blogger pun belum tentu leh challenge aku lagi kan coz everyday ada je citer pasal makan ni  hekhekehke alah rileks lah aku tulis apa yang aku makan, itu je. Bukan nak layan Food Blogger pun hehehhe

CLP notes ; Murah rezeki my MIL, boleh banjer ktorg selalu ek.



Monday, March 26, 2012

Dinner @ Milwaukee Steak Corner , Not Bad Lah


Hi Korang,

Aku selalu makan kat sini but selalunya lupa nak amik gambo lah. Yelah perut dah lapo haruslah bedal tak henggat kan. So recently ni Mr Big ingatkan aku kalau nak buat food review sila amik gambo dulu sebelum makan and yes I did!

Ktorg suka makan kat Milwaukee Steak Corner ni coz ada live band dan jus kedondong asam boi yang mantop.


Restoran Milwaukee Steak Corner ni ber konsepkan western food. Ye sangat western tapi sesuai dengan harganya. 


Restoran ni 2 tingkat so yang tingkat bawah tu untuk yang nak lepak2 sambil isap rokok, tengok screen beso ke kan. Aku prefer duk tingkat atas coz ada live band dan berair-cond.

Meh tengok apa yang ktorg makan hari tuh.


Chuross ni as compliment masa tunggu food sampai, ala2 kepok gitu lah tapi ianya cam biskut.


Mushroom soup yang rotinya di jadikan mangkuk sup, by the time sup kering roti pun abis gak. Banyak plak tu.


Hah ini lah jus kedondong asam boi. Kalau cawan dah beso tu tau lah sape punya kan. Haruslah Mr Big, tengoklah saiz badan. Aku je minum blackcurrent comel tuh.


Big Bird Ostrich ni aku punya coz dah lama tak makan kan. Sedap dan lembut.


Mr Big punya Oscar Rib Eye Steak, siap ada udang beso tuh. 


Kat sini, sos or gravy di asingkan so pelanggan leh nak letak banyak ke sket kan. Kalau nak sedap lagi, letak sos keluaran Milwaukee Steak Corner ni sendiri sebagai penambah rasa. Ok gak lah.

Hah, korang mesti cam teruja kan bila tengok gambo yang ktorg makan tuh. So nak ke sini, alah senang je


Restoran Milwaukee Steak Corner
No. 13G, Jalan Kasturi 1,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
43200 Cheras, Selangor

Direction : Kat tepi jalan menuju ke Jusco Balakong, Seberang jalan tu ada kedai perabot banyak sangat. 

Tapi aku rasa ramai orang ingat, kedai ni kedai cina coz the decoration tuh nampak cam bar dan pub je but exactly langsung tak lah. Dari segi harga plak, tak de lah mahal mana pun berpatutan dengan hidangan lah. 

Kalau korang leh makan Tony Roman tu selalu, Milwaukee Steak Corner ni korang leh makan tiap2 bulan. Cuma bagi ktorg kalau dah teragak tuh, pi je makan kan bukan susah pun.

Enjoy!

CLP notes : Macam nak makan kat sini lah malam ni. slurrppp!!