Hi Korang,
Lama tak citer pasal makan kan. Yelah asyik event je boring gak korang baca kan? Betul tak, sila angkat tangan. Hakhakahka aku bukan nampak pun yang korang angkat tangan tu kenape kan.
Semalam balik dari SuperGT dari petang, maklumlah berkampung dari pagi lagi. Balik2 je kemas apa yang patut dan tidur jap. Bangun tidur je perut lapar. Nak kuar pi dinner dah malas. So selongkar jelah apa yang ada dalam fridge tu kan.
Bahan-bahan nak masak Nasi goreng Cina simple, yang mudah dan tak remeh nak cari kan
Bawang putih di cincang
Fillet ayam – Udang tak de so ganti ayam je.
Mixed Veggie – so ada lah sayur dan colour sket kan
3 biji telur – sedap letak bebanyak ni
Cara nak masak :
Tumis bawang putih yang cincang sampai nak bau keharumannya. Kemudian masukan ayam untuk di masak. Letak lah perasa ikut tekak korang. Nak masin ke manis ke, masam ke ka
Masukkan mixed veggie dan seterusnya masukkan telur dan kacau hingga nampak cam nak masak kan.
Masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan masak.
Dah siap pun. Senang mudah dan ringkas. Cuma kurang warna sket lah sebab aku tumis tak de letak cili kan. Dah nama pun nasi goreng cina mesti lah warnanya putih keperangan gitu lah.
Nak cilok resipi? Amik jelah. Aku tak kisah pun. Nak pesan sket masa tumis tu aku guna minyak bijan so memang ada bau-bau masakan cina lah. Sedap ooo.
Ok, balik kang korang leh la cuba kan sesuai untuk isteri2 pemalas seperti aku ni hehehehhe
CLP notes : Janji Mr Big kata Ok so aku pun ok lah kan.