Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, April 27, 2020

Resipi Ayam Masak Bali


Hi Korang, 

Bulan Ramadan ni memang carian resipi memang sangat-sangat hotzz. 

Yelah nak buka puasa kan, haruslah kena masak. Di sebabkan kak lily ni pemalas nak masak menu yang remeh temeh so kak lily suka mencuba resipi-resipi enak dan mudah di sediakan. 

So kak lily cuba resipi Ayam Masak Bali ni sebab ramai yang cakap kalau makan mesti teringat kat Bali punye hehehe ewah ke Bali sangatlah kan tapi tak per kita cuba dulu ek. 

Bahan-Bahan: 


1 ekor ayam 
serbuk kunyit 
garam secukup rasa 
8 batang serai, dititik 
6 tangkai daun kari 
1 senduk cili kisar 
3 sudu besar kicap manis 
minyak masak 
gula melaka atau gula pasir 
sedikit air 
Bahan-bahan untuk kisar halus: 
5 biji bawang besar 
10 biji bawang merah 
10-12 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 inci belacan 

Cara Penyediaan: 


1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. 


2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau. 


3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak. 


4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air. 

5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan. 

Tak delah kak lily masak sampai nak masak seekor ayam tuh, so korang anggarkan bahan-bahan tuh ek. Rasa pun korang adjust lah ek, yang suka pedas boleh tambahkan cili, yang nak manis letak gula lebih sket. 

So apa lagi selamat mencubalah 

Kalau ada masa free lagi nanti kak lily akan kongsikan lagi ek



Thursday, May 9, 2019

Resipi Rendang Kentang US Potatoes Bersama Daging Cincang.

Hi Korang,

Ok panjang sket mukadimahnyer entri ni ek hehehehhehe

Hari raya memang hari istimewa untuk meraikan umat islam yang telah menjalani ibadah puasa selama 30 hari, kita di jamukan dengan pelbagai jenis juadah yang enak dan lazat tapi kita haruslah menjaga kesihatan walaupun dalam hidangan makanan tradisional kita. 

abis bunga kantan mak kak lily aku buat hiasan ek hehehee

So inspirasi menu Raya Meriah ini, kak lily kurangkan penggunaan daging segar kepada daging cincang sedikit sahaja dan lebihkan US Potatoes yang lazat dan berkhasiat di dalam rendang ini. Lagipun tiada lemak, tiada sodium dan tiada kolestrol hehehe 

Bahan-bahannya: 


200gram daging cincang 

½ paket kentang dari Simplot Wedges Potatoes (rupanya lagi banyak lagi sedaplah) 

200ml santan 

4 labu bawang besar (blend) 

6 ulas bawang putih (blend) 

6 ulas bawang merah (blend) 

2 inci halia (blend) 

2 -3 sudu rempah rendang 

2-3 sudu cili giling 

4 batang serai (2btg blend, 2btg ketuk) 

2 sudu kerisik 

Asam keping 

Garam (secukup rasa) 

Sedikit gula merah 

Sedikit daun limau purut 


Cara-Caranya:- 


1. Kisar bahan-bahan asas seperti bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan serai 

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar, cili giling, rempah rendang dan serai yang di ketuk. 

3. Tumis hingga pecah minyak. 


4. Masukkan daging cincang dan gaul sebati 

5. Masukkan santan, kerisik, asam keping dan dauh limau purut 

6. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak. 


7. Masukkan US Potatoes Simplot Wedges tuh ke dalam kuali tadi. Biarkan seketika 

8. Masukkan sedikit gula merah untuk tambah rasa. 

9. Biarkan ianya kering dengan api yang kecil. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit. 

10. Hidangkan 


Ermm mudahkan. 

Asas memasak sama je macam masak rendang tapi kak lily tukar-tukar sket bahan-bahan tuh so senanglah nak masak tak yah nak tunggu lama daging empuk bagai sebab kak lily guna daging cincang je. 

Oh ye, kak lily nak bagitau ni. 

Resipi Rendang Kentang US Potatoes Bersama Daging Cincang merupakan resipi penyertaan kak lily bagi peraduan Rasa Meriah anjuran US Potatoes ni. 



Kalau korang tengok hadiah-hadiahnya kemain mengancam lagi ek. 

Itulah kak lily sedaya upaya mintak korang tolong VOTE resipi kak lily ni ek, tapi korang janganlah rasa terpaksa sebab korang pun akan berpeluang untuk memenangi RM100 wang tunai jugak ye. 

Caranya mudah sajer

1. Follow dan Like MY Potatoes USA Facebook Page
2. Tekan 👍 LIKE kepada resipi yang korang nak VOTE tuh ek 

Ini link untuk VOTE resipi kak lily tau : https://www.facebook.com/1583967154962352/posts


Pleaselah VOTE ye..





Friday, May 4, 2018

Ayam Brand™ Menjadikan Sajian Kegemaran Tradisi Ramadan dan Hari Raya Lebih Mudah dan Sihat

Hi Korang,


Meriahkan sambutan Ramadan dan Raya pada tahun ini dengan Ayam Brand™, sebuah jenama yang terkenal untuk rangkaian produknya sihat dan mudah, serta bebas dari bahan pengawet yang memberikan pilihan makanan harian dan hidangan perayaan yang lebih sihat. 


Dengan sajian sahur dan iftar yang berjarak lebih daripada 12 jam, makanan yang kaya dengan ikan, serat, lemak bermanfaat dengan kandungan indeks glisemik (GI) yang lebih rendah akan memberikan perbezaan yang ketara. 

Rakyat Malaysia sangat menyukai ikan malah, kadar pengambilan ikan per kapita oleh rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi antara negara-negara Asia, dan yang kelima tertinggi di seluruh dunia [1].

Kelapa juga ialah bahan yang kebiasaannya digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Santan digunakan secra meluas dalam pelbagai hidangan serta manisan, sementara minyak kelapa pula digunakan untuk tujuan masakan dan kecantikan.


Informasi dari Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan bahawa kelapa merekodkan penggunaan per kapita tertinggi dengan jumlah 17 kilogram setiap tahun manakala penggunaan per kapita makarel adalah tertinggi dengan 7.2 kilogram dan diikuti oleh tuna dengan 2.4 kilogram. 

Secara tradisionalnya, produk kelapa seperti santan dan minyak kelapa, dan ikan seperti makerel dan tuna memerlukan lebih masa untuk disediakan. Ikan perlu dibersihkan dan disiang menggunakan tangan manakala santan pula perlu diperah. Penghasilan minyak kelapa dara dari santan kelapa mengambil sekurang-kurangnya 3 jam [2]! Ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai masa dan skil masakan untuk melakukan kesemua ini. 

Pakar anti-penuaan terkemuka, Professor Dr. Takuji Shirasawa, telah mengkaji kebaikan santan, minyak kelapa dan ikan secara terperinci, dan mencadangkan pengambilannya kerana kandungan laurik acid dan asid lemak rantaian sederhana (MCT) yang tinggi, serta Omega-3 mengikut turutan, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan juga kesihatan kardiovaskular. Dr Shirasawa adalah pengarang beberapa buku tentang anti-penuaan, termasuk ‘Food For The Brain’ bersama resepi yang disesuaikan untuk menepati amalan kulinari pembaca Asia. Beliau juga adalah duta produk kelapa Ayam Brand™.

Jenama ini memahami keperluan untuk setiap keluarga untuk menyediakan makanan dengan cepat, sihat dan mudah dengan harga berpatutan sepanjang bulan Ramadan, terutamanya waktu sahur. Hidangan wajib Hari Raya yang sihat dan lazat juga akan menawan hati. Dengan penambahan sentuhan moden, yang menjimatkan masa pada hidangan tradisi, Ayam Brand™ telah menyediakan 10 resepi untuk Ramadan dan Raya. 

Tips Berpuasa!

· Sama seperti sarapan, sahur juga adalah sangat penting semasa berpuasa.

· Masukkan komponene karbohidrat kompleks, kaya protein, dan tinggi serat dalam makanan sahur anda untuk memberikan tenaga berkekalan sepanjang hari. 

· Jangan makan secara berlebihan semasa iftar kerana ia mungkin mengakibatkan refluks asid.

· Minum lebih banyak air kosong semasa iftar untuk menghidratkan semula tubuh anda. 


Sajian Iftar perlulah termasuk makanan yang mengandungi tinggi serat, protein dan lemak sihat seperti minyak kelapa kerana badan anda memerlukan lemak 

Resepi Ayam Brand™ yang Cepat, Senang dan Enak Sepanjang Bulan Puasa

Semangkuk Bubur Kacang dengan Jagung ala Kelantan akan memberikan anda rangsangan tambahan tenaga kerana kandungan santan yahng kaya dengan asid laurik dan MCT yang membuatkan ia lebih mudah untuk dimetabolismakan oleh tubuh [3]. Sambal Petai dengan Makerel yang dimakan dengan nasi kukus adalah makanan kesukaan ramai yang mengenyangkan dengan tambahan kebaikan DHA dan EPA daripada makarel lautan sejuk yang boleh membantu menambahbaik fungsi kardivaskular [4]. Cuba pula Fish Cake Siam untuk kandungan proteinnya yang tinggi yang mampu memberikan tenaga berterusan sepanjang hari. 

Berbuka puasa dengan kuih Seri Muka yang manis dan lemak kerana santan yang digunakan dalam resepi ini akan dipecahkan oleh tubuh kita kepada monolaurin yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria [5]. Seterusnya, lengkapi sajian buka puasa anda dengan Pasta Pesto Ayam yang mudah disediakan serta mengenyangkan. Hidangkan bersama Sardin Selasih Thai untuk rasa pedas yang menyengat. m

Tunjukkan skil masakan anda pada Hari Raya ini dengan hidangan Kelantan yang beraroma iaitu Ayam Percik lengkapkan dengan sajian sampingan tempatan yang yang klasik, Asam Laksa Sardin. Ikan Sardin yang digunakan untuk masakan asam laksa ini adalah sumber Omega-3 yang bagus yang diperlukan oleh badan kita untuk meningkatkan pertumbuhan otak serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung. Hidangkan tetamu anda dengan Kuih Cara tradisional dan akhiri sajian Hari Raya anda dengan Panacotta Kelapa yang manis dan hiaskan dengan buah-buahan mengikut citarasa anda. 

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Untuk resepi yang lebih kreatif dan menyeronokkan, layari http://www.ayambrand.com.my/recipes-video.

Bawah ni kak lily senaraikan beberapa resipi yang bakal menjadi kegemaran korang di bulan puasa nanti

Resipi Ayam Percik 


Ingredients

200ml Coconut milk 
1kg Chicken Drumsticks 
5 stalks Lemongrass, white part only, chopped 
80g Shallots, chopped 
4 cloves Garlic 
3tsp Fresh Turmeric powder 
20g Fresh Ginger, skinned & chopped 
4 Red chillies 
3 tbsp Coconut Oil 
1/2 tbsp Salt 
1.5 tbsp Sugar 
1 tsp Fish sauce 

Method 

1. Blend lemongrass, shallots, cloves, ginger, chillies, coconut oil, turmeric powder, salt, sugar and fish sauce to create a marinade. 

2. Brush the marinade on the drumsticks on the chicken. 

3. Bake the drumsticks in 180C preheated oven. Every 10 minutes, turn the drumsticks and brush more marinade. Baked until cooked through or at least about 40 minutes.


Sardines Assam Laksa


Ingredients

1 can Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
1 can ayam brand pineapple , blended
2 large onions, chopped
1 cup cup cili padi
2 tbsp shrimp paste (otak udang)
½ cup dried tamarind (asam)
3 tbsp tamarind juice (asam)
Salt and sugar to taste
1 stalk bunga kantanm chopped
1 stalk lemongrass, chopped
1 laksa leaf (daun kesum)
½ spoon belacan
1 Packet Laksa Noodle

Method

1. Cook the laksa noodle and set aside.
2. In a food blender, add onion, cili padi and belacan. Blend all until smooth. Set this chilli paste aside
3. In a cooking pot, add a bit of oil and add the lemongrass. Add the laksa leaf and bunga kantan and the blended chili paste. Let it cook.
4. In a clean blender, pour 1 can of Sardines in Tomato Sauce with the sauce . Roughly blend and pour into the cooking pot.
5. In a clean blender, pour in 1 can Ayam Brand Pineapple with syrup. Blend. Pour into pot and let it boil.
6. You may pour in some water to adjust the thickness.
7. Add shrimp paste, dried tamarind tamarind paste, salt and pepper. Stir slowly while it boils.
8. Once done, pour on to the laksa noodle and serve while it’s hot.
9. Add extra sardines in tomato sauce on top if preferred.






++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

[1] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4989178/#CIT0002

[2] https://food.ndtv.com/food-drinks/how-to-make-pure-coconut-oil-at-home-free-of-preservatives-and-chemicals-1718029

[3] https://nutritionreview.org/2013/04/medium-chain-triglycerides-mcts/

[4] https://academic.oup.com/advances/article/3/1/1/4557081

[5] http://food.ndtv.com/beauty/10-amazing-coconut-milk-benefits-for-hair-face-and-skin-1421580


Thursday, June 8, 2017

Resipi Sajian Sahur KIMBALL Yang Sempoi

Hi Korang,

Tak de apa sangat nai citer petang ni, so aku share pasal resipi sahur yang sempoi untuk di masak. Alah aku pun belum cuba lagi, so aku ambil resipi siap-siap dulu.

Disebabkan sharing is caring, so aku kongsikan resipi ni untuk korang sekali la ek


SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan

Untuk Sos Ayam Cendawan:

2 cawan stok ayam 
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak
2 sm halia, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g isi dada ayam, dipotong nipis
200 g cendawan tiram, dihiris tebal

Untuk Adunan Angel Hair Kimball:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu besar Sos Tiram Kimball
2 sudu besar sos caramel pekat
2 sudu besar kicap cair
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
400 g Angel Hair Kimball
200 g pak choy, petik anggaran 5 sm

Cara memasak: 

1. Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.

2. Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.

3. Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak. 

4. Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.


NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng

Untuk hiasan:

3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji

Cara memasak: 

1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.

2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.

Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.

Aku share 2 resipi dulu la ek, nanti aku tambah lagi ye

Selamat mencuba ye....


Thursday, January 5, 2017

Campur Dan Padankan Sos Spageti Kimball Yang Jimat dan Lebih Kaya Dengan Rasa

Hi Korang,


Sebelum ni aku ni masak ala-ala western and italian memang tak reti langsung, nasib baik sos spagethi Kimbal memang banyak membantu kan. Walapun sekarang ni dah pandai buat campuran kuah spagethi sendiri tapi sos spagethi Kimball tetap tak di lupakan ye, kalau emergency tak tau nak masak apa dengan fridge kosong bagai kan boleh jugak masak spagethi simple-simple ni. 

So korang pun mesti pernah pernah mengidam untuk makan hidangan pasta yang dimasak di rumah tetapi kekurangan masa dan bajet untuk menyediakannya? 

Jangan khuatir, korang tidak berseorangan!

A photo posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Masanya telah tiba untuk membuat perubahan dengan menambahkan sedikit Sos Spageti Kimball yang diadunkan dengan ramuan-ramuan ringkas untuk hidangan pasta yang mudah untuk disediakan di rumah dan juga lazat! 

Kimball merupakan jenama Malaysia yang mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman memahami dan menyajikan rasa tempatan yang digemari ramai. Kimball mengetahui bahawa rakyat Malaysia memang kreatif dalam penciptaan resipi yang menggabungkan pelbagai masakan yang mempunyai rasa yang benar-benar Malaysia!


Sos Spageti Kimball yang jimat ini telah diperbaharui dan kini mempunyai rasa yang lebih kaya dengan penambahan lebih tomato dan herba-herba terpilih - menjadikan ia lebih serbaguna dan amat sesuai untuk mencipta masakan Barat atau Asia.



Sos Spageti Kimball dalam botol 350 gram ini datang dalam tiga variasi iaitu; Tradisional, memberikan anda rasa tomato yang lebih kaya; Cendawan, yang mengandungi cebisan cendawan segar yang menambahkan tekstur pada sos; manakala Selasih dan Bawang Putih mengandungi pelbagai herba serta rempah yang mampu menyerlahkan lagi hidangan Itali dan Asia.


Varian sos yang jimat, seimbang dan serbaguna ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di seluruh negara pada harga RM4.66 setiap botol 350 gram (termasuk GST).

Campurkan sos-sos tersebut dengan pasta Kimball yang hangat untuk menyediakan hidangan yang ringkas dan cepat atau jadikan ia hidangan lengkap dengan menambah sayuran, daging atau makanan laut. Hidangan lengkap untuk empat sekeluarga ini boleh disediakan dengan bajet sekitar RM15 sahaja, menjadikan ia hidangan ekonomi dan praktikal yang sesuai untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Dengan Sos Spageti Kimball yang lebih berperisa, korang kini boleh memilih jenis hidangan yang mahu disediakan dengan selesa di rumah kerana bahan-bahannya boleh didapati di kedai-kedai runcit berdekatan.

Menurut Stephane Vilquin, Pengarah Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Sos Spageti Kimball ini diperbaharui dengan mengambil kira selera Malaysia. “Kimball memahami citarasa dan gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar memasak hidangan yang lazat di rumah. Daripada kenaikan kos sara hidup dan kekangan masa para ibu serta sejumlah rakyat Malaysia yang terpaksa mengimbangi kehidupan berkeluarga, kerja dan pelajaran, ramai di kalangan pengguna memilih untuk makan hidangan yang sama setiap hari. Kimball amat berbesar hati untuk menyediakan pilihan hidangan yang jimat tetapi penuh dengan perisa dengan menggunakan Sos Spageti Kimball sebagai asas. Kimball berharap agar sos spageti kami yang telah diperbaharui yang serbaguna dan mudah untuk digunakan akan memudahkan penyediaan hidangan serta merapatkan hubungan kekeluargaan di meja makan,” kata Stephane.

Sebagai tambahan, Kimball turut mencipta resipi yang jimat dan lazat untuk memberikan inspirasi kepada chef di rumah dan untuk mereka yang baru mahu mencuba untuk memasak. Resipi-resipi berkenaan termasuklah Makaroni Keju Bakar yang menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak dan dewasa; Kimball Penne dan Stew Bayam yang mengenyangkan, terutama sekali ketika musim hujan dan, Fettuccine Dengan Ayam Bersos Selasih Kimball yang pastinya menarik untuk deria rasa anda.



MAKARONI KEJU BAKAR KIMBALL
Bahan-bahan:
·      350g Sos  Spageti Tradisional Kimball
·      200g Makaroni Kimball, di masak mengikut panduan pada bungkusan
·      2 sudu besar mentega
·      2 sudu besar tepung serbaguna
·      5 batang sosej dipotong kecil sepanjang 1cm
·      200g keju cheddar, diparut halus
·      Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan tepung dan kacau sehingga sebati. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball dan masak selama dua minit sebelum diangkat.
2. Masukkan sosej, Makaroni Kimball bersama separuh daripada keju. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa
3. Gaulkan adunan dan masukkannya ke dalam mangkuk kaserol. Taburkan keju selainnya di atas.
4. Bakar pada suhu 200°C untuk15 minit atau sehingga ia mendidih.


STEW PENNE DAN BAYAM KIMBALL
Bahan-bahan
  •          350g Sos Spageti Cendawan Kimball
  •            400g Penne Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
  •            2 sudu besar minyak
  •           1 bawang merah dipotong dadu
  •           400g kiub daging atau kambing direbus dengan 500ml air (simpan 500 ml stok dan tambah air jika perlu).
  •            2 cawan daun bayam
  •            Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara :
1.      Panaskan minyak dan goreng bawang sehinga lembut.
2.      Tambahkan Sos Spageti, stok, daun bayam dan daging.
3.      Masak sehingga daun bayam layu dan tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa
4.      Masukkan Penne Kimball dan gaulkan sehingga sekata. Hidangkan semasa panas.



FETTUCCINE DENGAN AYAM BERSOS SELASIH KIMBALL
Bahan-bahan:
·      350g Sos Spageti Selasih dan Bawang Putih Kimball
·      200g Fettuccine Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
·      300g dada ayam
·      1 sudu besar serbuk perasa cajun
·      3 sudu besar minyak zaitun
·      4 labu bawang putih dicincang halus
·      ½ cawan daun selasih dicincang halus
·       Garam dan lada hitam secukup rasa
Method:
1. Perap ayam dengan garam, lada hitam dan serbuk perasa Cajun. Panaskan dua sudu besar minyak zaitun dalam kuali dan selarkan ayam hingga masak sepenuhnya.
2. Alihkan ayam daripada api dan hiris halus
3. Tambah minyak dan gorengkan bawang putih hingga wangi
4. Tambahkan Sos Spageti Selasih dan Bawang Putih Kimball, dan panaskan hingga mendidih. Kemudian masukkan daun selasih, garam dan lada hitam.
5. Hidangkan sos itu dengan Fettuccine Kimball dan hirisan ayam.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sos-sos Spageti Kimball dan pelbagai barisan produknya yang lain serta pilihan-pilihan resipi yang jimat dan lazat, sila lawati laman web http://www.kimball.com.my/, atau log masuk halaman Facbook https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk-produk Kimball dan cara-cara untuk memaksimakan perisa dengan bahan-bahan ringkas yang anda boleh perolehi berdekatan anda pada harga yang berpatutan!


Thursday, July 23, 2015

Menu Wajib Hari Raya Aidilfitri

Hi Korang,

Sementara bosan malas nak buat keje di sebabkan orang lain masih bercuti lagi, baik aku citer pasal menu wajib hari raya ni.

Yelah semua orang ada their own favourite dish kan, aku pun sama gak lah.

sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi

As usual mestilah ada ketupat, lemang, rendang, kuah kacang bagai kan. 

Tapi ketupat sekarang ni payah nak cari daun kelapa eventho mak aku duduk kampung ada pokok kelapa melambak-lambak kat seberang sungai tu kan. Tak de siapa nak menganyam lagi untuk buat kelongsong ketupat, even aku sendiri pun tak reti nak anyam. Then kalau beli kat pasar pulak, sebiji kelongsong tu jatuh RM1.00 so better beli je nasi impit yang dah siap pack-pack tuh then balik umah tinggal rebus je.

Kalau rendang pulak, of courselah mak aku punye mestilah sedap. Tak sama macam orang lain punye, Terasa pedas-pedas dan lemak-lemak kerisik tu menusuk ke tekak. Komen je pandai kan, cuba suruh aku buat, ermm hampeh. Apa pun tak boleh.

Lemang biasalah dalam family aku, family pak teh memang amik kontrak buat lemang setiap tahun. Mak aku boleh buat sebenarnya cuma kakitangan yang tak cukup hahahaha. Nak harapkan ktorang adik-beradik memang tak siaplah lemang tu kan. Lagipun boleh penyediaannya remeh sket, kalau tak kena cara memang tak masak oooo... Ada ke masak lemang sambil mercun, haruslah lemang tak berapa nak masak kan sebab tak pusing-pusing. 

raya 2015 di shah alam dulu hari tuh

Bagi aku, itu je kot yang wajib ada atas meja di pagi hari raya kan.

Yang lelain tuh, ada pun ok tak de pun tak per macam nasi beriani ke, kek sebijik ke, lontong ke kan. Kalau tak de tiga sekawan ni memang macam tak raya lah jawabnya kan

Korang pulak, apa favourite menu hari raya korang ek? ke sama cam aku gak..


Tuesday, July 7, 2015

Rojak SINGAPORE Untuk Di Buat Berbuka Semalam

Hi Korang,

Sejak duduk rumah tak berdapur ni, memang aku tak leh nak masak apa pun.

Kang bawak multicooker, housekeeping hotel rampas pulak. Sudahnya masak kat kedai atau bazaar je lah untuk bulan puasa ni. Tak perlah sabar je dugaan bulan Ramadan ni.


Kalau pi bazaar aku selalu cari makanan yang unik-unik sket, yelah yang payah nak dapat kan. So kali ni, aku ternampak rojak Singpore. Ntah cam ne dapat nama pun aku tak tau tapi Singapore jugak yang diorang pilih untuk letak nama rojak tuh. Ntah-ntah memang dari Singapore kot hehehehhe

Not bad jugak rojak Singapore yang aku beli kat Bazaar Ramadan Gelang Patah ni. Kuahnya sedap dan tak pedas langsung. Banyak pulak tuh yang paling penting harganya murah baru RM4.00 sebanyak tuh. Puas makan ulang 2-3 kali. Hehehehe

Eleh aku tau korang mesti nak google resipi buat rojak Singapore ni kan. Ni hah aku dah tepek sekali kat bawah ni. 

RESEPI KUAH ROJAK SINGAPORE

Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 sudu mkn serbuk cili
3 sudu mkn gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 sudu mkn asam jawa + 2 sudu mkn air (pekat)
2-3 sudu mkn kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:
1. Kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
2. Serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati.
masukkan keledek yg telah dikisar dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg 
telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
3. Selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2.
4. Kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah.
ditambahkan gula.
5. Masukkan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna.
6. Kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah dikisar (letak sikit utk dptkan rasa).
7. Akhir sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati.


Bahan Sampingan:
Tauhu goreng
Sengkuang
Timun
Kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
Telur, direbus & dihiris 

credit resipi : amik dari google.com

Ok senangkan, hah dah boleh buat balik keja nanti ek..

Selamat makan…


Monday, July 6, 2015

Rahsia Kuih Raya Semperit Jadi Sedap

Hi Korang, 

Pasal nak kuih raya jadi sedap, kemain cepat korang klik kan. 

Ni aku nak kongsikan sket bagaimana kuih semperit raya korang bakal jadi sedap, ranggup dan lazattttt… 

Kuih Semperit atau biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu buah rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisi yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan buah ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik menjanjikan keenakan yang tidak terperi. 


Mentega SCS kini membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah. 

Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi. 

Tanpa berlengah lagi, aku mempersembahkan resipi eksklusif Mentega SCS untuk menceriakan masakan dan menambat selera anda. Pakaikan apron dan cubalah resipi baru ini! 


Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Bahan-bahan :

200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.

2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Menguli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.

4. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga masak.


Semperit "Kejutan Oren"

Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan.

Bahan-bahan :

200gm SC Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah

Cara Penyediaan :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.

2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.


Semperit Cappucino (adunan kopi dan kacang)

Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.

Bahan-bahan :

240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.

5. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.


Semperit Nutty (Mentega Kacang)

Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.

Bahan-bahan :

200 gm SCS Mentega Bergaram
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
1 biji telur

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskna dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.


Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari Iaman Facebook SCS atau saluran YouTube kami. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. Menjelang Jun 2015, SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di Iaman Facebook kami.