Showing posts with label Reshmonu. Show all posts
Showing posts with label Reshmonu. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 @ JW Marriot Putrajaya

Hi Korang,

Di sebabkan dah ramai yang tulis pasal NAPBAS Night ni, so aku pun dengan rasa gatalnya pun nak tulis gak lah. Walaupun gambo yang aku snap sket je but kalau korang perasan muka aku nie ada kat merata-rata blog orang ramai. Dah macam celebrity dah aku rasa. Sket2 gambo sana sket gambo sini kan.


Aku sampai kira awal jugak lebih kurang dalam 6 lebih cam tu then terserempak plak dengan Eyriqazz. So duk bantai borak kosong je lah kan. Then dating plak sekumpulan ladies blogger yang aku tak berape nak kenal so bersocial media kejap kan, salam2, tukar2 URL, sembang2 bodo. Then sorang demi sorang sampai. Blogger lelaki biasalah geng GTB jelah. The rest tuh banyak blogger baru.


Rasanya inilah first time aku kuarkan IC untuk registration, coz selalunya guna email kan. Sampaikan Nuffies Farah gelak bila tengok muka aku kat IC. Katanya lain betul muka.  Then its camwhore time. Amik gambo sepuas hati. Snap sana sini, tegur2 blogger lain memacam lagi lah.

cilok dari Adameben

Lebih kurang kul 8pm, ktorg di jemput masuk ke Grand Ballroom. Mak oi besaunya. Ada 50 table so confirm 1 table 10 orang. Aku meja no. 37. Tak ramai pun 6 orang je. Ok lah. Kenal2, tukar2 URL, gelak2, gossip2 sket. 

Ktorg dihidangkan western cuisine. Dah lama x makan western time dinner cam ni. Selalu Chinese food je kan.

Western Cuisine


Ayam ni sedap lah


Oleh kerana meja ktorg dah terlalu belakang sangat dan aku malas nak bawah camera gajah so amatlah kurang aku mengambik gambo. Itu yang banyak cilok gambo2 dari blog orang lain. 




Tapi aku dapat lah tengok pemenang2 awards ni secara live. So dah kenallah blogger2 terhebat ni siap dapat amik gambo lagi. Tengok gambo atas, betapa jauhnya aku duduk kan. Nampak kepala orang je.


Performance pun not bad jugak, semuanya according tu itinerary dalam programme book yang ktorg dapat tuh. Dapat tu memang dapat tengok but dari jauh so nak tak nak tengok kat screen beso jelah. Ada James Baum, Reshmonu, Harith Iskandar, ada penari pole dancing bermuscle dan memacam lah.


Abis semua acara, ktorg sambung lagi ambik gambo. Kali nie dapat amik gambo dengan blogger2 yang level yang dah tinggi/otai lagi. So bertambah lagi kenalan blogger. Yang penting networking tuh.

Anyway, Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 adalah event berprestij yang terbaik yang pernah aku hadiri. Thks Nuffnang coz sudi jemput blogger picisan cam aku nie kan.