Showing posts with label Reko Sentral. Show all posts
Showing posts with label Reko Sentral. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Macam Nak Raya Plak

Hi Korang,

Tak de buat apa pun ari-ari cuti ni kecuali makan, tidur, berr.. dan memacam lagi lah. So Mr Big ajak pi beli barang dapur sebab dia nak suruh aku masak. 

Alah shopping dekat dengan area umah aku ni, EconSave. Masyallah ramainya orang pepagi ni. Sampai troli pun abis dibuatnya. Plan asal nak beli udang je coz nak masak sambal tumis udang, memandangkan kaunter bahan mentah tu nak timbang bukan main panjang beratur so terus cancel nak masak special kan. 


Tetiba nampak ramai orang kerumun kat satu tempat ni, ktorg pun apa lagi pi lah nak kepoh2 kan. Rupa-rupanya air kotak ada offer murah. Selalunya 24 pcs air kotak ni lebih kurang dalam RM17-18 henggit kan, now dia offer cuma RM10.68. Mana tak orang nak. Aku pun terus je sambar 2 kotak panjang, 48 pcs. Hah ko, aku perasan semua troli ada je air kotak ni, tak kira sapa pun. 


Then lepas je ktorg bayar, kak cashier tu bagi ktorg kalendar dragon lagi. Yang best calendar 3D tuh. bila goyang je, nampak dragon tu gerak-gerak. 

Abis umah, terus masak makaroni goreng. Senang je,sambil kemas umah sambil masak.

CLP notes : Tak kira apa perayaan pun, orang shopping non-stop. Nampak sangat orang-orang Bangi ni kekaya ek.



Friday, July 9, 2010

Jom Ke Uptown Bangi, Boleh Shopping Sampai Pagi

Hi Korang,

Apa nak buat bila dah malam2 nie ek? Nak pi shopping compleks dan tutup plak. Nak tengok wayang plak, tiket blom booking lagi. Jawabnya duk rumah jelah kan.

Tapi tak pe, jom ikut aku jalan2 cari pasal, nak tak?

Korang tau tak Tamu Komuniti Bangi? Bukan pasar tamu kat Sabah tulah. Ishk ke situ plak kan.Aku mane ada duit nak belanje korang tiket kapal terbang okeh!

Hah, kat sini lah. Cuba Google mesti jumpa lah.

Kalau tak jumpa lagi, korang boleh call dan tanya.

Kalau korang dah boring tak tau nak buat apa lagi kat umah tuh, meh sini ikut aku pi Uptown Bangi. La dekat je dengan umah aku nie. Kalau sesiapa yang very familiar dengan area Bangi dan Kajang, mesti tau Reko Sentral kat mane kan. Hah kat situlah.


Masa aku pegi nie, ari apa ntah tapi bukan weekend lah. Itu yang tak berapa ramai orang tuh. Macam uptown2 yang lain, majoriti barang dan services yang diperdagangkan hampir sama. Macam2 boleh di dapati di sini dan yang penting harganya memang sangat berbaloi.

Antara yang menarik perhatian, handbag imported.

Dah letih berjalan,  boleh urut kaki plak kan.

Masa aku pegi tu, banyak lagi tapak gerai masih kosong. Promosi pun kurang lagi kan. Ermm takpe2 aku boleh tolong promosikan kat blog aku yang comel lote nie ek.Walaupun gerainya sket, tapi ramai gak aku tengok orang shopping2 abiskan duit. Tapi yang tak bset tu, tak de orang jual makan lah, jual air tin pun tak de. Itu yang tak syok tu, orang dah penah2 jalan mesti tekak haus kan. Ermm ada can nie aku nak berniaga jual air ek? bagus2 briliant idea.

Cuma aku rasa Uptown Danau Kota tu lagi best sebab panjang dan banyak gerainya. Barang2 pun variety gaklah. Anyway Uptown Bangi nie pun best gaklah, maybe sebab baru kot. Promosi pun kurang lagi kan.

p/s: Baru pas makan roti telor cicah kari ikan,dhal dan sambal. Ermm sedapnya makan malam2 yang hujan renyai2 nie ek