Quick update je ari nie, coz banyak keje sangat. Last couple of weeks kitorang makan kat Red Wok. Disebabkan masak dan tak tau makan apa, so ktorg pun merayau-rayau kat area umah dan terjumpa restaurant nie. Sesuai dengan namanya Red Wok kerana interior and exterior berkonsepkan merah dan hitam tapi bukan tiru Kak Red okeh.
So ktorg plan nak makan BBQ & Steamboat. Wah memang bestlah variety sajian yang dihidangkan. Tapi kalau nak Ala-Carte pun ada gak.
Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:
1. Reservation - x payah. Kedai nie luas, banyak tempat duduk
2. the traffic en route, - Tepi jalan, dalam area Taman Kajang Impian dekat Seksyen 7 Bangi
3. parking, - F.O.C. melambak, tanah lot la katakan. Sebab tu luas
4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.
5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.
6. the crowd, - not bad, maklumlah kedai nei baru bukak
7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.
8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.
Cara Masak : Dalam daput comel yang telah disediakn. ala senang je
9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Maybe ala-carte tu lambat sket kot, sebab kene order dulu kan.
Ayam yang diperap dengan pelbagai rasa
Pilihan steamboat yang meyelerakan
Nie kaunter mee plak.
Pelbagai kaler of ice-cream. I like!
Tukang masakku yang setia
Licin semuanya.
11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2 dan Seoul Garden
Apa-apa pun makan kat sini best, toilet bersih dan siap dengan surau lagi. So pas nie leh lah ajak ayah aku makan sini. Dia memang cerewet bab makan2 nie tau bukan cam anak dia main bedal je kan!
So kalau korang nak pi makan kat kedia nie, nie details nya :
Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6012-9100-100 - Muhammad Oon (Brian)
Email: redwok2u@gmail.com
Maybe pas nie nak cuba ala-carte plak lah. Tapi mr Big tak puas makan ala-carte sebab sket. Ade ke dia boleh cakap cam tu ek!
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi
Nanti nak citer pasal kedai kopi kat kampung akulah..best ooo banyak gossip terkini.
p/s: Gambo tak berape cantik coz amik pki hp.