Showing posts with label Rangkaian Follow Me Anti Bakteria. Show all posts
Showing posts with label Rangkaian Follow Me Anti Bakteria. Show all posts

Wednesday, August 1, 2018

Rangkaian FOLLOW ME Anti-Bakteria Membasmi 99.99% Bakteria Bahaya Tau!

Hi Korang, 


Jenama penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu dengan kelebihan yang lebih baik. Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa yang sama, memberikan haruman pada badan pengguna.

Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada Paraben dan Triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. la mengandungi pelbagai kandungan yang berfaedah dan sesuai digunakan oleh seisi rumah untuk perlindungan terbaik. 


Terdiri daripada lima varian termasuk dua varian baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising bagi rangkaian mandian badan anti-bakteria baharu Follow Me. 3 varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran. 

Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah berkata: "Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami telah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut. Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan Follow Me memahami keperluan pengguna Malaysia yang memerlukan produk dengan kelebihan yang lengkap pada harga berpatutan. 
Kami juga bertekad dalam inovasi produk dengan nilai fungsi yang lebih baik. Rangkaian formulasi anti-bakteria baharu Follow Me antaranya, mampu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada bakteria berbahaya serta memberi kelembapan kepada kulit dan haruman kepada badan. Kami mahukan kesemua pengguna produk Follow Me menikmati pengalaman mandian yang menyamankan." 

Rangkaian anti-bakteria Follow Me terdiri daripada mandian badan, sabun mencuci tangan dan sanitasi, bergantung pada varian. 

4 ciri-ciri penting yang terdapat pada Rangkaian  FOLLOW ME Anti-Bakteria adalah:-

  • Membasmikan 99.99% bakteria bahaya 
  • pH5.5 
  • Bebas Paraben 
  • Bebas Triclosan 

Ok ni kak lily tunjukkan beberapa varian dari Rangkaian Follow Me Anti Bakteria ni tau..


Whitening - mengandungi ekstrak Sakura dan Mutiara untuk kulit lebih terhidrat, bersih bersinar dan lebih lembap. Sempurna untuk seisi keluarga! 

Beauty Moisturising - mengandungi Susu Beras untuk kulit lebih lembap, nyaman dan segar. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. 


Extra Cool dan  Active Care - mengandungi ekstrak Mentol memberikan kulit anda berasa dingin dan bertenaga. Sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. 

Natural Fresh dan Nature Care - mengandungi ekstrak Lemon untuk mempermuda dan memulihkan kulit. Sempurna untuk mereka yang mementingkan kebersihan dan kesegaran 

Family Protection dan  Family Care - mengandungi ekstrak Peony untuk kulit lebih lembap dan terhidrat. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga . 

Boleh didapati dalam botol 1000ml mandian badan (RM13.90), 450ml sabun mencuci tangan (RM6.90) dan 55ml sanitasi (RM3.90). 

Rangkaian anti-bakteria formulasi baharu Follow Me kini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

Untuk info lanjut, meh layari social media berikut:

Laman web: 

Facebook: 

lnstagram: 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com