Showing posts with label Ramadhan Buffet 2017. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Buffet 2017. Show all posts

Tuesday, June 6, 2017

Buka Puasa Di OAKWOOD Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Ingatkan bulan puasa dapatlah buka puasa kat rumah dengan Mr Big kan, ermm rupanya tidak ye. Ada je jemputan buka puasa sana sini, kira murah rezeki kitaorang berdua bagi Ramadan ni. 


So Khamis lepas kitaorang berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Alah dekat jalan Ampang je, aku tumpeng je Mr Big naik motor pi, sebab malas nak tempuh jem.

Tak de apa occasion pun just jemputan makan-makan sebab sebelum ni aku tak dapat hadir ke preview buffet Ramadan kan, sambil tuh juga ada jemputan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi sekali. 




Pihak hotel juga memperkenalkan chef baru ‘Chef de Cuisine ‘ – Addy Dzulfadzly Abdullah yang terkenal dengan signature dishnya iaitu Ayam Percik. Sempat aku rasa sket harus sedap jugak. 

Meh aku tunjuk a few gambar ek









Hah mesti korang rasa lapar kan? Eh tak baik ek puasa tuh tau.

Ni yang sempat di rasa






Sebelum balik tuh, anak-anak yatim ni di berikan duit raya oleh pihak hotel. Wah beruntung diaorang ni ek, yelah masa inilah mereka ini diraikan.


Seronok ek jadi budak-budak hehehe


Siap ada musician sekali tau menghiburkan masa kita makan, best tuh sambil makan-makan sambil nyanyi-nyanyi

Untuk buffet ramadan ‘Dining Under The Stars’ 2017 ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet Ramadhan 2017 di Oakwood Hotel adalah

RM77++ untuk dewasa 

RM39++ untuk kanak-kanak 

Jom kite ke:

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur


Tel : +603.2720.3888 
Fax: +603.2720.3999

Sekali sekala makan di hotel apa salahnya kan hehehehe....



Monday, May 29, 2017

Buffet Ramadan 2017 | Warna-Warna Ramadhan di Putrajaya Marriot Hotel.

Hi Korang, 

Temui Ramadan di Zest Lifestyle Restaurant dari 29 Mei hingga 24 Jun2017 bagi menikmati kenakan masakan tradisional yang terkenal di era 1980an di Kampung Baharu dan Jalan Chow Kit. 


Selaras dengan tema "Warna-Warna Ramadhan" pihak hotel menyediakan hidangan mewah tradisional dan hidangan bufet khusus dengan konsep gerai serta Stesen-stesen memasak secara langsung yang interaktif. Terdapat jugak gerai untuk buah-buahan untuk di nikmati secara buffet. 

Di antara hidangan yang menjadi ‘signature dish’ di sini adalah:- 

Penyeri Ramadhan 
Bubur Lambuk Kampung Baru with Condiments 

7Kawah 


Featuring Kari Kepala Ikan, Daging Gulai Kawah, Kambing Kandar, Asam Pedas 
Tenggiri and Kari Sotong Mamak 

Muara Ikan Bakar



Grilled Pari Fish, Squids, Prawns and Crabs 

Roasted and Carvery



Live action stalls serving Kambing Panggang dan  Ayam Golek with a variety of western and local sauce 

Selera Pasar Malam Jalan Raja Alang





Aneka Satay Kajang, Roti Canai, Murtabak and Roti Boom 

Dusun Buah 
Fruit fiesta for the fruit lovers by the hotel garden. A variety of local fruits namely Durian, Rambutan , Manggis, Limau Madu and Salak are available throughout the Ramadhan month. 


Terdapat juga persembahan kumpulan ghazal untuk menghiburkan para tetamu dan sura yang luas di sediakan untuk kegunaan para tetamu 

Harga buffet Ramadhan 2017 di Marriot Buffet Ramadhan adalah 

RM135 nett untuk dewasa 

RM90 nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas 

Hubungi Ramadan hotline du 03-8949 8888/1013/1029 untuk tempahan 

Jom kita ke:

Zest Restaurant
Marriot Putrajaya Hotel
IOI Resort City
Putrajaya

Phone: +60 3 89498888

Fax:+60 3 89498999


So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 


Wednesday, May 3, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | ARMADA Petaling Jaya, Selangor

Hi Korang,


Ok kita sambung lagi citer pasal buffet Ramadhan 2017 ni, as usual selagi tak bulan puasa cam tu lah kan. Jemputan memang banyak bebenau ada kekadang tuh sampai tuh kena tolak dan wakilkan blogger lain lagi suruh pi. Itulah murah benau rezeki CikLilyPutih.com tahun ni ok kita share dengan kengkawan yang lelain ek.

Aku nak citer pasal buffet Ramadhan 2017 di Armada Hotel Petaling Jaya ni. Eh memang tiap-tiap tahun aku tak pernah miss kecuali tahun lepas sebab demam je tau.


Ramadhan ini, Armada Petaling Jaya sekali lagi menyambut Ramadhan di Utara Coffee House. Bertemakan "SELERA NOSTALGIA RAMADHAN", pihak chef bersama teamnya bakal menyediakan hidangan tradisional dan antarabangsa yang enak dan lazat. 

Dengan lebih daripada 100 hidangan disediakan, Eksekutif Chef, Chew Teik Chye menjanjikan untuk mempamerkan pelbagai pilihan hidangan yang memberi penekanan kepada pelbagai rasa dan bau yang akan membuka selera korang selepas seharian penat berpuasa.

Membawa kembali nostalgia balik Kampung apabila korang memulakan perjalanan Gastronomi korang ye, pelbagai selera permulaan dari Kerabu, Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. 

Disediakan khas untuk peminat Kerabu, kami datang dengan beberapa jenis ciptaan inovatif, setiap merasa lebih baik daripada yang lain. Menikmati beberapa tradisional Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu  So Hoon 


Untuk hidangan utama pula terdapat, pelbagai jenis signature dish yang klasik dari Armada, di antaranya iaitu Laksa Thai, Bubur Lambuk, Nasi Rempah Berlauk, Sambal Udang Petal, Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit, Ayam Golek, Ekor Lembu Masak Asam Pedas (Kawah), Kari Kepala lkan Salmon, Daging Masak Serai, lkan Sembilang Panggang Berlada , ltlk Berladok, Sup Tulang Rusuk, Sotong Masak Kunyit dan Serai and the all-time favorite Siput Sedut Masak Cili Padi.

Ada juga hidangan di gerai-gerai seperti Apam Balik, Roasted Lamb, Assorted Satay, Murtabak, Lidah Sapi with Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan banyak lagi.

Di antara yang sempat di cuba adalah:-


Kerabu Soo Hoon 

Kerabu Mangga 

Nasi Ulam dan Sayur Keladi 

Sup Tulang Rusuk 


Asam Laksa dan Thai Laksa with Condiments ltik Berladok 

Ayam Golek 

Kari Kepala lkan Salmon 

Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit 

Rendang Daging 

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi 

Sayur Lemak Labu 

Sambal Udang Petai 

Malay Kuih  dan Cake/Pastries

Sedap kan semuanya…

Untuk buffet "SELERA NOSTALGIA RAMADHAN", ni, ianya bermula dari 27hb Jun 2017 hingga 24hb Julai 2017.


Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah

RM80++ untuk dewasa

RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 6888


Website : www.armada.com.my


So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Ok ini baru last  2 week punya jemputan hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.