Showing posts with label ROD DEE DED. Show all posts
Showing posts with label ROD DEE DED. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

Makan ‘Shower Beef’ Unik Di ROD DEE DED Damansara Uptown


Hi Korang,

Seriously makanan yang pelik-pelik memang kak lily suka mencuba, yelah kalau tak cuba memang kita tak tau kan.  Kebetulan menu yang berdaging memang jadi kegemaran kak lily so mana-mana restoran mahupun cafe atau kedai tepi jalan pun kalau sedap dan unik memang kak lily akan pi cuba.

Hari tuh kak lily ke satu restoran Thai di Damansara Uptown


Rod Dee Ded ini merupakan restoran makanan Thailand asli semenjak tahun 1965 di Bangkok dan ini menjadi outlet pertama mereka di Malaysia yang terletak di SS21, Uptown Damansara.

By the way, ROD DEE DED  bermakna LAZAT!!! Ermm betul-betul tak sabar nak makan ni

Apa yang uniknya di Rod Dee Ded ni ek??

Kalau korang nak tau  uniknya menu makanan di Rod Dee Ded adalah dagingnya. Kepada penggemar daging ‘meat lovers’ inilah syurga makanan korang, kerana memang menu utama di Rod Dee Ded adalah daging lembu. Eh jangan bimbang tau, pembekal daging-daging ini merupakan pembekal yang berstatus HALAL dagingnya. Daging-daging yang di gunakan adalah daging Australian wagyu beef yang mempunyai 2 jenis iaitu premium dan prime wagyu. Dah korang jangan nak fikir bukan-bukan ye, makanlah tanpa was-was!

Yeah its show off time, ni kak lily tunjukkan kepada korang beberapa menu yang menjadi hidangan kitaorang pada hari tuh.


Inilah dia hidangan ‘Shower Beef’ yang kak lily nak ceritakan tuh.

Ada 2 cara untuk menikmati hidangan ‘Shower Beef’ ni ek.

1. Hidangan Hotpot panas-panas (
original soup / Spicy soup @ RM 9.80 setiap satu)
2.
Order secara a la carte bersama nasi ataupun mee

Kedua-dua sup mempunyai rasa yang tersendiri, dan kak lily lebih gemarkan di masak secara bersup, dan sup membuatkan kita lebih segar dan rasanya lebih enak. Sup-sup ini merupakan ari rebusan daging yang kak lily rasa lebih daripada 12 jam direbus tau. Of courselah rasanya akan terbentuk lebih enak dan lazat. Kak lily kepada sup biasa daripada sup pedas, sebab kak lily nak rasa asli daging tersebut.


Inilah yang di panggil ‘Shower Beef’ ni ye. 

Satu mangkuk disediakan, kemudian masukkan beberapa keping daging lembu ke dalam mangkuk dan sesenduk kuah sup masukkan ke dalam mangkuk. Disiramkan daging bersama sup itu untuk beberapa pusingan, kemudian tuangkannya semula ke dalam periuk dan dimulakan sekali lagi. Sehingga tekstur dan warna yang korang suka. Boleh pilih samada nakkan daging tuh secara medium rare, medium ataupun well done.



Ada 3 pilihan jenis daging iaitu Striploin 100g @ RM 42.80 , Oysterblade 100g @ RM 31.80 dan Ribeye 100g @ RM 48.80. Ketiga-tiganya enak tapi kak lily lebih kepada Ribeye lah kan hehehehe selera tinggi ahkak ko ni tau.



Kalau korang nak makan time lunch tapi tak sempat nak buat tuh semua eh jangan bimbang, nanti diorang akan tolong buatkan siap-siap, korang just datang dan makan je hehehe

Selain daripada hidangan ‘Shower Beef’ ada juga pelbagai jenis hidangan makanan asli Thailand yang lelain tau.



Fried Chicken Wings (RM 9.80)
Ranggup enak di makan panas-panas, even diorang ni sibuk ambil gambar dan biarkan seketika ayamnya tetap panas dan berasap didalamnya


Pad ka Pow (RM 13.80)
Rasa daun selasih yang mengharumkan. Sesuai untuk mereka yang gemarkan bau selasih yang kuat untuk hidangan yang sempurna.


Chicken Green Curry (RM18.00)
Kuahnya pekat dan warnanya cantik sekali, ayamnya tidak terlalu masak dan kak lily syorkan sesuai di order sewaktu makan tengahari, simple but marbeles 


Stewed Beef Red Curry (RM25.80)
Kak lily suker betul ni jugak, makan bertambah-tambah. Pekena pulak dengan nasi panas-panas wah wah heaven





Meat Ball, Beef Slices and Brisket – Spicy or RDD MUA (RM 23.80)  
Korang boleh pilih samaada di hidangkan di dalam sup perasa asli ataupun sup pedas.


Pad Kee Mao (RM 16.80) 
Bukan kuay teow goreng ye, seakan-akan sama tapi bukan. Sedap di makan sewaktu panas-panas ia tiba


Stewed Brisket Clapot in Steam Rice (RM25.80)
Kak lily sukakan daging yang lembut dan harum sesuai di makan dengan semangkuk nasi

Untuk pemanis mulut, ada :

Sea coconut in syrup (RM6.80)
Pineapple and Passion fruit in syrup (RM6.80)

Thai Iced Tea (RM6.80)
Thai Iced Coffee (RM6.80)

So korang ini bukan kedai Thai tomyam yang biasa-biasa tau, ini adalah restoran Thailand asli yang menawarkan hidangan makanan Thai yang berbeza. Sesuatu yang bila korang pi Thailand tak dapat nak makan disebabkan masalah halal tapi di sini semuanya boleh ye hehehe


Harga pun tak delah mahal mana pun kan, sesuai dengan budget poket kita ni kan hehehhee.. kak lily kalau makan-makan ni memang I like so much tau..

Bolehlah korang pi mencuba ke :


Rod Dee Ded Restaurant
15, Jalan SS 21/37,
Damansara Utama, 47400
Petaling Jaya, Selangor


Waktu Operasi :

Setiap Hari
11.00 pagi – 3.00 petang
6.00 petang -10.00 malam





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 

Instagram : 


Selamat menjamu selera semuanyerrrr