Showing posts with label RB Float sedap. Show all posts
Showing posts with label RB Float sedap. Show all posts

Wednesday, November 8, 2017

Terpengaruh Dengan CHICKEN FIESTA A&W, Yang Biasa Mahupun Yang Pedas

Hi Korang,

Lately ni banyak pulak iklan ayam goreng kat tv lah.

Kalau dah hari-hari tengok mau tak teruja kan, langsung boleh terpengaruh dibuatnya.

Tapi A&W ni wujud lagi ke?

suka betul akak lily dengan Rooty Bear ni lah hehehe

Itulah kalau korang nak tau A&W (Malaysia) Sdn Bhd merupakan restoran perkhidmatan segera atau quick-service restaurant (‘QSR’) yang pertama di buka di Malaysia. Restoran A&W di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman, dibuka pada 31 Oktober 1963 dan merupakan Restoran QSR pertama di negara ini. 

La ingatkan outlet yang dekat PJ depan Amcorp Mall tuh yang lama rupa-rupanya outlet Batu Road ek. Akak lily suka lepak A&W PJD ni sebab tempat dia kan 24 jam so anything boring ke lapar ke malam-malam ke sinilah kitaorang pi melepak hehehe

sedap tuh RB Float yum yum yumm

Setelah lebih setengah abad bertapak di negara ini, A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sehingga kini seperti RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulu dikenali sebagai Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah berubah rasasejak ia diperkenalkan. 

Salah satu produk A&W yang terkenal di kalangan penggemar ayam goreng ialah Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken. Rasa Golden Aroma Chicken yang tersendiri yang membezakan dari ayam goreng lain dan Spicy Aroma Chicken ermm pedasnya lain macam sungguh yang patut di cuba tau.

Golden Aroma Chicken

Spicy Aroma Chicken

Ayam goreng A&W ni di salut dengan tepung dan herba-herba istimewa dan di masak sehingga kuning keemasan dan terus di hidangkan kepada para pelanggan tau. Mana ada ayam sejuk semuanya dihidangkan panas-panas kat korang tau.

Berita baik untuk peminat ayan goreng sekalian...


Bermula dari 7 November 2017, buat julung kalinya A&W Malaysia mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.


Sempena Chicken Fiesta ini, Golden Aroma Chicken (’GAC‘) dan Spicy Aroma Chicken (‘SAC’) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo dua (2) ketul ayam, enam (6) ketul ayam dan sembilan (9) ketul ayam bermula pada harga RM15.45 sahaja. 

Selain itu, korang pasti akan tertarik dengan RB Mug apabila korang datang ke A&W. 


Buat pertama kalinya, A&W Malaysia menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W. Tawaran yang bermula dari 11 October 2017 itu akan berakhir hujung tahun ini. 


Oleh itu, korang boleh mendapatkan RB Mug tersebut di semua cawangan A&W yang berdekatan dengan segera, sementara stok masih ada. A&W Limited Edition Mug 2017 ini bersaiz besar (20oz) didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar utama A&W Mug di seluruh dunia. Korang boleh mendapatkan A&W Limited Edition Mug 2017 ini dengan harga RM49.90 sahaja! 

Untuk info lanjut, meh klik


Dan LIKE





Jom tengahari kang ke A&W ek ermm sedapnya RB Float tuh....






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com