Showing posts with label Putrajaya Marriott Hotel. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya Marriott Hotel. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

CNY Luncheon di Putrajaya Marriot & Palm Garden Hotel

Hi Korang,

Ingatkan dah lepas raya cina tak delah makan yee sang lagi. Eh ada lagi rupanya


Kali ni di Putrajaya Marriot plak, nasib baik dekat so tak delah rushing sangat sabtu lepas kan. Just nice kitorang sampai Lion dance pun habis ishkkk rugi acik nak tengok singa menari ek..


CNY Luncheon ni anjuran bersama Marriot Putrajaya Hotel dan juga Palm Garden Hotel bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik dari Lovely Nursing Home dan Persatuan Amal Murni Kajang. 

Tak de apa special occasion pun just untuk menghiburkan mereka-mereka ini, biasalah masa ni kita nak beramah mesra dengan mereka-mereka ni.

A video posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Ok lets start makan





Selain acara makan-makan, ada jugak persembahan tarian, nyanyian.

persembahan tarian dari 'Little Angel'

Memang langsung tak bosan malah seronok lagi apabila menyaksikan gelagat mereka-mereka ni menari di atas pentas, memasing sangat sporting. Maybe inilah caranya untuk mereka release tension kan hehehehhe


Of courselah ada pemberian goodies bag dan angpau raya kepada mereka ini kan hehehhehe aku tak delah, dapat makan pun ok dah..

Sebelum balik tuh, ada Lion Acrobatic Show.

A video posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Orang kuat Marriot Putrajaya

Amboi terlompat-lompat ek singa ni, kemain tinggi nau melompat tapi langsung tak jatuh pun. Hebatnya skill diaorang, yelah dah lama praktis kan.


Terima kasih kat Marriot Putrajaya coz sudi mengundang kami (pi dengan Mr Big), hopefully ada lagi media invite lagi ek hehehehe

Monday, September 5, 2016

Popular Malaysian Hawker Village Di Summer Palace JW Marriot Putrajaya

Hi Korang,

Sempena dengan bulan kemerdekaan pada bulan ini, ye sekaligus kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Putrajaya Marriot mengadakan promosi hawker streets food di Summer Palace iaitu salah satu restoran di sini.


Wow pasal makan sedap memang harus jangan dilepaskan ek.

Di antara makanan yang menjadi tarikan di promosi ini adalah Assam Laksa, Curry Laksa, Chicken & Duck Rice, Penang Kuay Teow, Radish Cake, Oyster Omelette, Chee Cheong Fun Yong Tau Foo, Rojak, Popiah, Prawn Mee, Fish Ball Noodle, Nasi Lemak Kukus, Laksa Sarawak, Pan Mee, Cendol dan banyak lagi. 








Ermm tempting ek

Promosi ini berlangsung setiap hari dari 11 am hingga 9 pm dari 29 August ke 16 September 2016, yang berharga RM15 nett untuk satu pakej makanan (1 food item + 1 dessert or 1 drink of your choice).


Di samping itu juga ada pameran ‘Merdeka Gallery’ anjuran NSTP bagi mengenang kembali zaman kemerdekaan kita yang dahulu iaitu pada 31hb Ogos 1957. 








Terdapat pelbagai jenis gambar-gambar kenangan daripada arkib NSTP untuk tatapan umum yang bertujuan untuk memberi gambaran zaman kita hendak merdeka dahulu.


Putrajaya Marriott juga menawarkan aktiviti menarik khususnya untuk kepada guru-guru dan murid sekolah iaitu ‘Teachers and Students’ Co-curriculum Deal’, iaitu RM15 nett setiap orang termasuk 1 pakej makanan pilihan dan complimentary Putrajaya Marriott bus pick up* untuk melawat pameran Merdeka Gallery ini.

* Minimum 20 persons (must include at least 1 teacher), subject to availability at the point of request, minimum 48 hours’ reservation notice to 603-8949 8888 (Cik Azela marcom officer).

Sini aku kongsikan sedikit beberapa menu yang sempat aku cuba hari tuh

Penang Char Kuay Teow

Yam Cake

Pasembor

Oyster Omelette

Chicken and Duck Rice

3 layer tea and coffee

Yong Tau Foo

Laksa Sarawak

Sotong Kangkung

Prawn Mee

Nasi Lemak Kukus


Sedap kan semua, ermm haruslah


Jom kita ke:

Putrajaya Marriott Hotel
IOI Resort City
Sepang Utara, 
62502 Malaysia


Phone: +60 3 89498888
Fax: +60 3 89498999
Sales: 603-8949 8888 ext 1332