Showing posts with label Promotion Time. Show all posts
Showing posts with label Promotion Time. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Kenny's Quarter Lite Meal secara PERCUMA Sempena World Heart Day 29hb September 2014

Hi Korang,

Ada berita baik korang yang kaki makan ayam sihat. Wah ayam sihat bagai kan..

Baca ni



Hah tulah

Ayam sihat nilah.

Sempena 'World Heart Day' pada 29hb September 2014 ni, Kenny Rogers ROASTERS akan memberikan hidangan Kenny's Quarter Lite Meal secara PERCUMA dengan pembelian hidangan RED Hot Meal

Ermm jomlah singgah ke restoran Kenny Rogers yang terdekat dengan korang ek..

Malay food blogger, jom kita pi nak tak?


Tuesday, May 8, 2012

Sepetang Di Gold Coast Morib Resort

Hi Korang,

Rasanya aku cam lembab sket update blog 4-5 hari ni kan. Ermm sebabnya internet tak de dan mood dah ke laut akibat bercuti panjang. 

Semalam semua orang dah start keje tapi ktorg berdua still cuti lagi. Aku memang cuti coz company german aku baik nau kasi cuti yang Mr Bic plak sesaje nak bercuti. Tak tau nak kemana ktorg ke Gold Coast Morib lepak kat water theme park diorg ni.


So tak de lah rushing sangat, drive pun rileks je. Kereta tak banyak so bolehlah enjoy view yang ada kat sekeliling tu kan. Dari Bangi ke Morib lebih kurang 1 1/2 jam gitu, lalu Nilai dan bandar Enstek kan. 


Sesampai je member aku dah tunggu. Actually memang ada janji dengan dia nak hang out sesama, itu yang ke sana tuh. Lepak kat bilik jap beborak then terus ke Water Theme Park. Orang tak ramai so samsung lepak + borak + main air kan.

Nah, korang tengok lah sendiri. Nampak cam best kan.




Comel si abang ni plak aku tengok


Ternyata memang best pun. Aku yang dah tua nie pun teruja sesangat, inikan bebudak kecik kan. Totally enjoy betul lah.

Ada hati nak lempor aku dalam swimming pool kan

Rasanya kalau ada kesempatan lagi, nak hang out ke sini lah coz tak puas main air lah. Walaupun tempatnya cam terpencil sket but view memang menawan sungguh.

May be next month leh lepak sini kot coz tadi tengok booking online murah je dalam RM120 semalam siap 2 ticket adult untuk theme park sekali + breakfast kira ok lah tu kan.

Siapkan duit ye Mr Big, binimu nie nak berholiday lagi..

CLP notes : Dah hidup berdua ni, abiskan masa dengan berjalan je lah.. tak de apa nak buat kat umah kan