Showing posts with label Program "AEON Community Food Share. Show all posts
Showing posts with label Program "AEON Community Food Share. Show all posts

Monday, September 17, 2018

Program "AEON COMMUNITY FOOD SHARE"

Hi Korang,

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFAO) menganggarkan kira-kira 15,000 tan metrik lebihan makanan terbuang dalam setahun di Malaysia dan mengikut skala, Menara Kembar Petronas dapat diisi dalam hanya 18 hari dengan jumlah lebihan ini. Pembaziran makanan menjadi perkara utama yang membimbangkan kerana ia mengeluarkan gas rumah hijau seperti metana, yang menyumbang kepada pemanasan global. 


Oleh sebab itu, AEON mengambil inisiatif untuk menangani isu tersebut dengan melancarkan program "AEON Community Food Share". 

Program "AEON Community Food Share" ini diadakan selaras dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalalm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengurangkan pembaziran makanan, serta berkongsi makanan dan sumber dengan golongan komuniti yang kurang bernasib baik pada setiap hari. Untuk mencapai matlamat ini, AEON CO. (M) BHD. telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk mengedarkan jumlah makanan yang sihat ke rumah-rumah terpilih pada setiap hari. Ia akan bermula dari AEON Cheras Selatan, dan seterusnya ke seluruh AEON di seluruh Negara. 


Program ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Puteri Selangor Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan sukarelawan di Kechara Food Kitchen serta bergiat aktif dengan kempen pengurangan sampah yang dikenali #zerofoodwastage; dan Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. Pada majlis pelancaran ini juga, AEON Ch eras Selatan turut menyediakan makanan untuk dihantar ke rumah-rumah kebajikan yang berdekatan dengan pusat membeli-belah. 


Di majlis itu, Washizawa berkata: "Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh masyarakat yang kurang bernasib baik, oleh sebab itu, program AEON Community Food Share ini menjadi komitmen kami kepada masyarakat. Kami percaya dengan melakukan banyak perkara yang baik seperti ini, akan ada perkembangan yang lebih baik di dalam komuniti dan masyarakat secara keseluruhan. Selain itu, program AEON Community Food Share juga secara tidak langsung selaras dengan salah satu matlamat 'Sustainable Development Goals' oleh UNESCO, yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kebuluran

Pengarah Projek Kechara Soup Kitchen, Justin Cheah berkata: "Untuk menyalurkan lebihan makanan secara efektif kepada golongan yang memerlukan, kami telah bekerjasama dengan organisasi dan syarikat-syarikat korporat seperti AEON untuk mengisi bank makanan kami. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AEON dan berharap skop program ini dapat dikembangkan di mana kami telah membantu ribuan orang kurang bernasib baik selama 15 tahun yang lalu". 



Sebagai tambahan kepada usaha berterusan AEON untuk komuniti, syarikat juga telah memutuskan untuk mengurangkan beban SST dengan memperkenalkan inisiatif "Price Lock" di mana harga barangan tidak berubah dari 1 hingga 30 September 2018 untuk membolehkan pelanggan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan SST.* 

*'Price Lock'- harga barang di AEON tidak berubah dari 1 hingga 30 September 2018, kecua/i barang promosi sebelum September 2018, termasuk, tetapi tidak terbatas pada makanan yang rosak yang terdapat di food court, Delicatessen, La Boheme, item di bawah harga kawalan seperti rokok, tembakau dan alkohol, serta beberapa kategori barangan tertakluk kepada peraturan 6% SST. 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com