Showing posts with label Popcorn Sedap. Show all posts
Showing posts with label Popcorn Sedap. Show all posts

Tuesday, May 2, 2017

Hujung Minggu Bersama Garrett’s Popcorn Di Kampung Halaman Tercinta

Hi Korang,

Siapa yang tak kenal dengan jenama Garrett Popcorn kann!!

Popcorn famous yang sedap walaupun mahal sket dari harga popcorn biasa. Eh barangan premium berkualiti tinggi haruslah kena mahal sket kan, yang penting sedap yang amat. Aku paling suka sekali Almond Caramel Crisp, sanggup beli yang besar sebab sedap hehehhehe

si kaki popcorn no. 1 ni tau

Tapi korang pernah rasa tak Garrett Popcorn perisa tomyam??

Hah special kan.. ada tau.

Di ilhamkan dari negara Thailand yang terkenal dengan rasanya makanannya yang unik,Garrett Popcorn mengabungkan perasa cili padi, limau purut yang segar dan serai untuk menghasilkan popcorn ini. 

Hari tuh masa cuti panjang tuh, aku bawak balik ke kampung Garrett Popcorn perisa terbaru ni ermm merebut-rebut memasing nak rasa.

budak-budak sukalah makan popcorn ni kan, tengok si kecik tuh kemain lagi sibuk gak nak

sambil kacau dodol pun nak jugka merasa Garrett Popcorn ni kan

tukang serve popcorn kat semua orang, senang tak yah nak bangun-bangun hehehe


Ada dua perisa tau iaitu Tom Yum Buttery dan Tom Yum CheeseCorn.

Tom Yum Buttery

Tom Yum CheeseCorn

Diaorang ni suka sangat perisa Tom Yum Buttery tuh. Sekejap-sekejap mintak, sudahnya tinggalkan tin Garrett Popcorn tuh kat diaorang je senang. 

Sekejap aku citer sedikit sejarah mengenai Garrett Popcorn ni ek

“Garrett Popcorn Shops® – A Chicago Tradition from the USA Since 1949“, Garrett Popcorn Shops bermula dari keluarga Garrett yang pada ketika itu setiap keluarga ahli telah dicabar untuk mencipta resipi karamel popcorn. Satu ciptaan lain dari yang lain telah terhasil, dan ia dipanggil CaramelCrisp™ untuk membezakan rasa yang unik dan halus, crème brûlée dari jenis ‘jagung karamel’ telah disediakan pada masa itu. Tahun 1949 adalah pembukaan Garrett Popcorn Shops dan pelanggan berbaris panjang dan semua tidak sabar untuk membeli tin Garrett Popcorn selain resepi Garrett Popcorn yang sedap.

amik kat google.com

Hari ini Garrett Popcorn Shops masih mengekalkan tagline “A Chicago Tradition from the USA since 1949”. Garrett Popcorn dihasilkan secara tradisional setiap hari, dalam cerek tembaga, menggunakan hanya tujuh ramuan berkualiti dan tiada bahan pengawet. Garrett Popcorn Shops melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan Garrett Popcorn Shops di seluruh dunia, bukan sahaja di Chicago. Kini Garrett Popcorn boleh di dapati di New York, Las Vegas, Detroit, Atlanta, UAE, Hong Kong, Jepun, Kuwait, Thailand, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Dapatkan Garrett Popcorn Tom Yum Buttery dan Tom Yum CheeseCorn, yang pertama kali diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai 26hb April 2017 while stock last di semua cawangan Garrett Popcorn Shops di Malaysia. 

Harga Garrett Popcorn Tom Yum Buttery dan Tom Yum CheeseCorn

Harga bermula dari RM13 (small bag) untuk Tom Yum Buttery dan RM18 (small beg) untuk Tom Yum CheeseCorn

Perisa yang sentiasa ada di Garrett Popcorn Shops juga boleh di dapati! Iaitu Chicago Mix, CheeseCorn, CaramelCrisp, Buttery and Nut CaramelCrisp, Macadamia CaramelCrisp dan Almond CaramelCrisp.


Cawangan Garret Popcorn Shops Malaysia


· KLIA2 Lot L2-112, Level 2 gateway@klia2 KL International Airport, Jalan KLIA2/1 64000 KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan Malaysia

· Waktu Operasi : Isnin-Ahad 7AM – 11PM

· SURIA KLCC Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC Kuala Lumpur City Centre Kuala Lumpur

· Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM

· ONE UTAMA Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor

· Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM

· MID VALLEY Level 3, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

· Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10AM – 10PM

Ok moh LIKE Facebook Garrett Popcorn Malaysia untuk korang ketahui anda ketahui apa yang terkini dan trending dari Garret Popcorn.



Tuesday, February 21, 2012

Garrett Popcorn, KLCC

Hi Korang,

Aku perasan ramai nau yang dah cuba Garrett Popcorn dari Chicago ni, dalam hati cakap sedap sangat ke yang sampai semua memuja snacks ni.


Untuk menjawab persoalan yang bermain kat dalam hati ni, aku pun pi lah cuba beli Garrett popcorn ni kat KLCC hari tuh. 


Nasib baik tak ramai orang coz majoriti yang cakap que kat kedai ni sentiasa nau amat panjang but bila aku pi tak de lah panjang sangat, ermm may be tengah bulan kot tak ramai yang pi shopping.


Bila dah beratur aku duk sibuk tanya Mr Big nak flavour apa, dia senang je bedal je mana yang suka dan nampak banyak gula. Hah, ko tak ke nak kena potong kaki tu kan.Bila budak tu tanya nak flavour apa terus je yang terkeluar dari mulut aku 'Almond Caramel Crisp' sebabnya aku perasan almondnya besau-besau dan sebijik2 melekat kat popcorn tuh. 


Untuk sebungkus pek kecik ni harganya RM19 je sebab yang ni ada nuts kan. Kalau yang biasa tuh small pek baru RM16 je. Lepas dah rasa ni, aku memang berhajat yang beli yang dalam tong tuh lebih kurang RM90++ je kot sebab sedap betul. Tunggu lah kalau ada duit terpijak lagi kan. heheheh


Hah, ktorg enjoy makan Garrett Popcorn ni sambil tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah, nasib baik tak tertelan biji almond tu duk asyik tergelak-gelak je kan.

Ternyata memang sedap! Aku terpaksa akui review2 blog yang pernah aku baca pasal Garrett Popcorn ni.

CLP notes : Kalau lah KLCC tu dekat dengan umah, rasanya tiap2 aku pi beli popcorn ni kan, buat kudapan time2 jem dalam kereta. Baru syiok!