Hi Korang,
Betulkan kat Malaysia ni memang agak susah nak cari kedai makanan kesihatan selain daripada kedai vegetarian? Betul kan, kan, kan!!
Nak nak area umah kak lily ni ya ampun memang menangislah kan, kena buat sendiri. Huahauhaua buat memang boleh tapi masa tuh yang tak de. Kita ni kan balik dah malam bila masa plak nak masak-masak bagai kan, tapi kalau orang rajin boleh je buat. Korang rasa kak lily rajin sangat ke? Rajin makan bolehlah hahahahahaha…
Yesza ni kak lily nak share dengan korang nie k!!
Berita baik untuk korang yang gemar menikmati makanan hijau, ringan, lazat dan sihat. Kubis & Kale secara rasmi telah di buka baru-baru ini. Restoran ini diasaskan oleh Chef Aaron Lim - perintis gaya makanan poke bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan dalam mangkuk) di Malaysia - tagline Kubis & Kale "Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl."
Kak lily berkesempatan ke majlis pembukaan Kubis & Kale di Sunway baru – baru ini, macam tak percaya nama kedainya Kubis kann sehingga kak lily sampai ke sini hehehe, betul ko!!
Pembukaan restoran serba baharu ini tepat pada waktu semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan tidak sihat, disertakan banyak laporan media tentang Malaysia sebagai negara yang mempunyai paling ramai warga gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu. Separuh daripada penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, dengan kadar obesiti meningkat 300% dalam masa hanya dua tahun.
Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim, dan sihat. "Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar," kata Aaron.
"Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. "Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat," jelas Aaron.
Menurut beliau, 'poke bowl' tetap menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas nampaknya akan berterusan. Daya tarikannya terletak pada keupayaan orang yang makan untuk menyesuaikan masakan dari Hawaii ini dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos - dengan potongan isi ikan mentah yang diperap, biasanya tuna - yang kemudian diletakkan di atas nasi atau soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya.
Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa 'poke bowl' ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian atau vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat:
• 'Poke Bowl' (mentah & masak)
• Makanan masak
• Menu makanan untuk vegetarian/vegan
Kubis & Kale membawa faktor "makanan sihat" ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa faktar menarik tentang 'Poke' (mentah/segar) dan makanan vegetarian/vegan:
• Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar/sejuk/diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
• Lebih banyak makanan segar/dimasak
• Menawarkan menu bermusim
• Pilihan sos vegan
• Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan
• Pelbagai sos yang dibuat sendiri
Kubis & Kale bekerjasama rapat dengan petani tempatan untuk membawa hasil tani ke meja makan sebagai usaha memberikan pengalaman makan paling menyegarkan.
Kubis & Kale menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karban Janaan Semula Bandar dan Pertanian - Perintis Tumbuhan Karban (teknologi pertaniah terbaharu digunakan di Australia dan Perancis, pertama di Malaysia).
Sayuran karbon mempromosikan amalan makan sayuran hijau yang bersih dan selamat, dengan kandungan nutrien yang tinggi. Penggunaan kaedah pertanian penjanaan semula karbon yang bebas daripada bahan kimia dapat mengurangkan logam berat, menyerap karbon ke dalam tanah, tidak berbau dan merangsang kaedah pertanian jitu.
Pakar diet Indra Balatratnam menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden. Menurutnya, apa yang kita makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita. "Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita.
Korang boleh order menu yang ada protein dalamnya seperti ayam dan daging boleh pilih Grilled Molasses Chicken Breast, Green Chutney Chicken Thigh, Skirt Steak dan Herb Bake Dory dan macam-macam lagi.
Ni kak lily tunjukkan beberapa menu Poke Bowl yang mampu membuka selera korang ek
Keeping Fit and Fabulous
Beathe Easy Pokebowl
Overeating
Calming Meal
Mango Harbenaro Salmon
Signature Salad Bowl
Get up and Go Energizing Meal
Untuk mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November, Kubis & Kale mengumumkan promosi "Beli 1 Percuma 1" dari 1 hingga 3 November 2019 untuk mengorak langkah menggalakkan gaya hidup lebih sihat.
Kemain ahkak ko ni kan, makan sampai 4 mangkuk
Actually portion untuk mangkuk kecil ni takdelah banyak mana pun tapi sangat-sangat penuh perut sampai rasa senak di buatnya masa nak abiskan tau
Jom kita ke:
Kubis & Kale
Lot 2 and 4, Ground Floor,
Jalan PJS 11/5,
Bandar Sunway,
Petaling Jaya
Restoran ini terletak berdekatan dengan station BRT SunU-Monash jadi korang boleh parking kat station tu dan jalan kaki jer lagi mudah.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook :
Instagram :
#KubisandKale
#PokeBowl
#VeganBowl
#Vegetarian
#SupportLocal
#UniqueSauce
#PickYourBowl