Showing posts with label Piazza The Curve. Show all posts
Showing posts with label Piazza The Curve. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Gelanggang Badminton Luar Biasa di MILO® CANS NEXT GAMES Event

Hi Korang,


Dulu aku pernah citer yang aku attend Milo event untuk contest MILO® Cans Next Games tu kan.


Hah dah ada pemenang pun untuk contest yang special lagi unik tuh.


Last week aku sempat attend majlis penyampaian hadiahnya yang berlangsung di Piazza The Curve. Nasib baik sampai on time kalau tidak melepas ooo hehehhe


Gelanggang badminton yang menang direka cipta oleh Aziyah Dahaman, yang menewaskan beribu-ribu peserta lain untuk memenangi hadiah utama peraduan berupa wang tunai RM5,000 dan 10 karton minuman tin MILO® di samping peluang untuk menyaksikan gelanggang yang diilhamkan menjadi kenyataan. 


Sepuluh pemenang telah dipilih setiap minggu peraduan untuk memenangi Peti Sejuk Mudah Alih MILO® Cans Edisi Terhad dan dua karton minuman tin MILO®. Semua pemenang mingguan ini kemudian berpeluang memenangi hadiah utama, atau satu daripada 10 hadiah sagu hati berupa wang tunai RM800 dan lima karton minuman tin MILO®. 

Pengurus Eksekutif Perniagaan bagi Minuman Cecair Nestlé, NESTLÉ (Malaysia) Berhad, Jasmmine Wong, menyampaikan hadiah kepada Aziyah dan pemenang hadiah sagu hati di acara akhir yang diadakan di piazza pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara pada pagi ini. 


Wong turut diiringi oleh Ketua Perhubungan Pembeli dan Pengguna NESTLÉ (Malaysia) Berhad, Lester Kahn, dan Pengarah Komunikasi, Khoo Kar Khoon dan juga pemain badminton negara, Muhd Hafiz Hashim.

“MILO® Cans percaya bahawa pendekatan berbeza kepada sukan dan mentakrifkan semula sesuatu yang sudah dikenali umum akan membolehkan remaja kita melihat permainan ini dari kaca mata berbeza. Mereka yang sudah biasa dengan sukan ini berpeluang menguji kemahiran mereka manakala mereka yang baru hendak mencuba akan dapat menikmati sesuatu yang unik,” kata Wong.


Pemain badminton veteran Hafiz, yang menguji gelanggang yang terpilih berkata: “Saya rasa MILO® Cans Next Games telah mencetus keseronokan dalam sukan badminton. Gelanggang baru ini ternyata unik dan membawakan beberapa cabaran menarik.”





Memang badminton court berpusing tau 360 lagi. Aku sendiri pun naik pening bila tengok game tuh. Ramai gak yang cuba but memasing cam payah nak pukul ke nak smash ke kan. Maybe sebab baru lagi kot, lelama nanti kalau gelanggang ni diperkenalkan kat memana mesti yang dah expert.

selfie jap dengan Hafiz Hashim

Aku? Mana reti main badminton. Pukul gituh-gituh boleh lah. Main petang-petang ikut Mr Big pi main badminton pun fail... hahahahahhaha

Cik Lily Terfikir : Rezeki kakak tulah kan, terrer tuh




Wednesday, May 23, 2012

I Danced For Tropicana Medical Centre Flash Mob For Healthy Living

Hi Korang,

Pernah tak korang bersenam dengan high heels? Haruslah tak kan. Tapi aku pernah. Ni gara-gara aku join flash mob di Piazza The Curve Sabtu lepas. Atas jemputan Ms Ili Nadiah wakil dari Tropicana Medical Centre. Sebab dah lama sangat tak jumpa dia tu yang terjah ke sini kan.


Tujuan LEAP (living everyday actively and progressively) flash mob di adakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang betapa bagusnya hidup secara sihat dan menghindari Obesiti. Yelah asyik makan je kan, bersenam dan beraktiviti haruslah perlu dilakukan jugakkan.


Flash mob ni mesti ada starternya. So dancing group dari Rejuvenate Dance Crew yang jadi tok dalangnya. Ermm tarian diorg ni kaw-kaw hebatnya, ada tergolek, melompat, shuffling dan memacam lagi lah. Tapi tak de lah ktorg disuruh buat begitu. Untuk public to join, diorg buat dance yang simple-simple je dan stepnya agak mudah dan senang untuk dilakukan.


Bayangkan ktorg yang dah cantik melaram dengan heels bagai di suruh buat flash mob kan. Haruslah tergelak-gelak dibuatnya. Aku dengan pakai skirt dan high heels, buat jugaklah.

Meh tengok video ktorg berflash mob ni.




Hehehe, mesti korang bantai gelakkan aku kan?



Aku dah agak dah pun, sebab bila aku tengok video ni balik aku pun duk bantai gelak jugak. Tak per aku tak marah korang gelak pun. Rasanya lebih 20 minit ktorg bloggers nie berflash mob. Walaupun penat dan make-up pun cair but rasa sangat seronok sangat. Keluar peluh menitik-nitik.

Kalau suruh buat lagi rasanya nak jugak kan.


Anyway thank you Ili Nadiah dan juga Tropicana Medical Centre kerana sudi menjemput ktorg ke exercise event ni. Totally best bangat!

Makan + Exercise = Barulah hidup sihat.

CLP notes : Nasib baik aku ni dah biasa berjemurkan, so kira oklah tu.

Pics : Cilok dari FB Ruby coz dia memang rajin amik gambo tau.