Showing posts with label Philips pressure cooker. Show all posts
Showing posts with label Philips pressure cooker. Show all posts

Tuesday, June 12, 2018

Resipi Kek Gula Hangus Menggunakan Philips All In One Pressure Cooker.

Hi Korang,

Hari ni kak lily nak kongsi resipi Kek Gula Hangus dengan menggunakan Philips All In One Pressure Cooker.

Periuk ni kak lily dapat masa kempen raya tahun lepas so bila ada resipi yang baru ni, haruslah kak lily nak cuba kan hehehehe



“Periuk Tekanan Philips All-in-One adalah ideal untuk generasi celik teknologi yang mahukan alat pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai cara memasak yang telah diprogramkan. Memasak boleh menjadi menyeronokkan bila anda tidak perlu memikirkan tentang kemahiran di dapur. Dengan teknologi Periuk Tekanan Philips All-in-One, masakan dipercepatkan sehingga lapan kali lebih pantas, menjimatkan lebih masa untuk orang yang tersayang daripada perlu menghabiskan masa di dapur,” kata Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia. 

Masak dengan berbeza Raya ini menggunakan satu perkakas 

Dengan hanya satu alat, korang boleh memasak perlahan atau menggunakan tekanan, memastikan nutrien dan zat dalam masakan kekal utuh. Cara memasak ini ideal buat sajian Hari Raya seperti rendang daging, gulai kambing, atau kari. Kegemaran ramai musim keraian seperti ketupat yang sesuai dengan hidangan berkuah juga boleh dimasak menggunakan Periuk Tekanan All-in-One, juga hidangan nasi seperti briyani, atau nasi putih.

Dengan Periuk Tekanan All-in-One yang serba boleh, korang juga boleh menggoreng cepat, melayur dan membakar, selain memasak secara tekanan atau perlahan. Manisan Raya kegemaran seperti kek gula hangus dan dodol boleh dibuat dengan mudah menggunakan alat ini, menawarkan pelengkap hidangan yang manis selepas hidangan lauk savuri.



KEK GULA HANGUS 
(Using the Philips All-In-One Pressure Cooker) 

Takes 7 minutes to do the burnt sugar 
Preparation takes 10 minutes 
Bakes 45 minutes in the Philips All-In-One Cooker 
Makes 12 slices 

Bahan-bahan

· 1 ¼ cup (250gms) caster sugar 
· 1 cup (240mls) hot water 
· 1 cup (250mls) condensed milk 
· ½ cup (125gms) butter 
· 5 large (300gms) eggs 
· 1 cup (125gms) flour, sifted 
· 2 teaspoon (5gms) soda bicarbonate, sifted 

Philips All-In-One Pressure Cooker Method 

· Heat sugar on medium heat in a pan till it melts and colour turns to golden brown. 
· Pour the hot water gradually into the caramelized sugar and allow the water to boil and stir till combined. 
· Remove the caramelized sugar from the flame & allow to cool. 
· Beat the butter and egg till light & frothy. 
· Pour in the condensed milk and caramelized sugar and mix well. 
· Add in the flour and soda bicarbonate and fold the mixture in. 
· Open the lid of the Philips All-In-One Pressure Cooker and pour the batter into the greased inner pot. 
· Close the lid back and turn the vent on the top of the lid towards ‘Bake’
· Press ‘BAKE’ and then ‘START’
· When the panel lights up at ‘Keep Warm’, the kek is ready. 
· Turn it out onto a cooling rack before cutting the cake.


Bila tradisi bertemu teknologi - Philips #StandForTradition

Hari Raya ini, Philips mahu korang mendukung tradisi (#StandForTradition) dan menikmati sesi memasak hidangan tradisional menggiurkan dengan cara moden, lalu mengekalkan tradisi di kalangan generasi muda dan celik teknologi. Philips berbesar hati berkongsikan dua resipi Raya tradisional yang boleh disediakan menggunakan Periuk Tekanan Philips All-in-One kek gula hangus. Ajak ahli keluarga dan rakan untuk bersama dalam kembara masakan anda musim keraian ini dan kecapi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang sukar dilupakan!

Petang karang kalau sempat, balik singgah Giant nak beli barang-barang buat kek gula hangus ni lah..









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, July 23, 2014

Resipi Sup Tulang Sedap Dengan PHILIPS Pressure Cooker

Hi Korang,


Kan aku menang hadiah dari PHILIPS masa Philips Ultimate Cook Off hari tuh kat AEON Big Subang Jaya, ermm last week aku bawak balik pressure cooker ni ke rumah mak aku untuk di cuba.

Ini first time, tergagap jugak lah.


Browse dalam buku resipi tu aku ternampak resipi sup tulang. Ermm memang lama dah tak makan sup tulang ni coz lately harga tulang melampau-lampau naiknya kan kat KL ni. Suruh mak aku beli 2kg kat Pasar Jasin tu murah sket.



Mari aku citer sket bahan-bahan untuk masak sup tulang gerenti sedap ni

Bahan-bahan :

Tulang daging lembu tak kira berapa kilo yang korang nak masak

5 ulang bawang kecil - ditumbuk

setengah labu bawang putih ( kira-kira 5-6 ulas ) - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk

1 sup bunjut ( atau lagi senang, beli sup bunjut yang siap ada rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya. Senang! )

Lobak merah di potong panjang

Kentang yang di potong ikut suka

Garam

Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara :

Ni kan first time aku guna pressure cooker ni, so kenalah buat some setting sket. Nasib baik ada manual yang banyak membantu, yelah semuanya main tekan-tekan butang je.


1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di dalam periuk ni


2. Masukkan rempah ratus yang memacam tuh, bunga lawang, kayu manis, buah pelage dan Bunga cengkih ke dalam periuk ni.


3. Masukkan tulang


4. Masukkan air mengikut kesesuaian, jangan lebih dan jangan kurang ek.


5. Masukkan lobak merah dan kentang sekali


6. Barulah di kacau rata tau, termasuk rempah yang dimasukkan memula tadi. Tutup periuk


7. Ok pilih button TENDON/BEEF dan tekan butang START. Ni senang sebab tak yah nak setting apa-apa pun. So tunggu lah selama 30 minit, bolehlah masak lauk lain plak.



8. Lepas 30 minit, kita kena alihkan muncung kat atas penutup tuh untuk keluarkan wap-wap. Ade arahan kat penutup tuh.


9. Nampak tak segala mak neka asap keluar, itulah sebab kalau tuang air ikut suka hahahah. yang keluar tu semua lemak-lemak dari tulang tu tadi. boleh nampak cam berminyak kan periuk tuh

10. Ermm sedapnya bila dah masak, harum baunya.



Di sebabkan terlalu excited dengan sup tulang ni, so time buka puasa hari tuh aku tak sempat pun nak ambil gambar product endingnya.Mana taknya, time buka tu terus ngap makan sup tulang cicah roti kosong je.

Ermm licin seperiuk..

Tapi tak per, semua orang dapat rasa. Nenek aku bukan main sedap lagi sup tulang ni.


Of courselah sedap malah senang pulak tu nak sediakan, just campak-campak, tekan butang then masak. Bukan setakat sup je lah, boleh masak ayam, ikan, bubur, daging dan boleh buat kek lagi.. memacam kan lalalalalalalla…

Next time nak cuba resipi ini plak la..