Showing posts with label Perempuan Cantik. Show all posts
Showing posts with label Perempuan Cantik. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Aku Suka Drum Tao Show @Plenary Hall, KLCC

Hi Korang,

Show apa plak time raya ni kan? 


Orang sibuk pi beraya, aku + Mr Big sibuk pi beraya kat KLCC. Alah orang dah jemput tak kan nak tolak plak. Lagipun ini first time persembahan ‘Drum Tao’ kesenian dari Jepun ni mengadakan persembahan di Malaysia ni.

Nak tau Drum Tao tu ape? Meh baca kat entry yang pernah aku tulis ni ek

Hah, apa macam ? macam teruja tak bila dah baca pasal Drum Tao ni.

Ktorg yang pi tengok ni lagilah teruja. Pertama kali dalam hidup tengok orang Jepun hensem main gendang besar-besar ni kan. Selalu tengok time perbarisan Hari Kebangsaan je.

Bergegas kitorg petang Jumaat tu ke KLCC, nasib baik jalan tak jem tapi parking plak FULL dek kerana ada Book Fest kat KLCC Convention Centre kan, nak tak nak parklah jauh sket.


Collect ticket dulu dari Nuffies Rachel then pi jejalan kat bawah ni sementara tunggu start.





Just nice diorg open entrance kul 8.00pm. Ktorg dapat masuk Door 1. Masuk-masuk je dapat duduk area yang paling depan sekali dengan stage. Best tu tak de lah mendongak sangat kan. Mr Big lagi lah suka, setup dia punya camera dan terus hilang pi amik gambo. Tinggal aku sengsorangkan.



Tak nampak pas tu, show start. Dewan penuh ooo.







Start-start dah best shownya, kesemua 16 orang drummer keluar dengan drum2 yang pelbagai saiz. Dari kecil sampai ke besar. Memang leka di buatnya. Dari satu segment ke segment yang lain semua menarik sangat. Siap ada buat lawak2 lagi. Walaupun diorg ni tak bercakap sepatah pun, but sign dan body language diorg ni yang membuatkan ktorg gelak dan tepuk tangan tak henti-henti.







Show yang berlangsung selama 2 jam tu memang tak terasa langsung. Kejap plak dah nak abis. Leka selekanya lah.


Tak leh nak ambil gambar langsung coz tukang jaga tu melambak-lambak kat kiri kanan hall, but korang taulah Mr Big kan. Asal orang tu hilang je, dia snaplah.


Anyway to Nuffnang for this special invite. Rasanya ktorg je malay blogger yang ada malam tuh. 

Memang enjoy sangat lah dapat tengok performance sebegini. At least tau jugak budaya bangsa lain.


Monday, March 15, 2010

ExBF ku kawin,sedey oooo

Salam bahagia,

Ermm apa nak citer ek? Hah nie pasal semalam aku pegi kenduri kawin exBF aku si apexx nie. Hah kelakar kan? Mesti korang tak caya yang aku penah ade BF time study dulu. Maklumlah masa belajar dulu, aku nie cam setan2 sket so sapelah nak kat aku kan.

Dahlah satu class, ntah cam ne samada aku ke dia ke yang bole tersuka each other. Tapi ktorg being couple dalam 2bulan je. Pas tu, ktorg sesama sendiri mintak break. ala lecehlah couple satu class. Aku nak menggatal dengan budak archi pun susah. Pas clash tu, ktorg dah macam good fren plak. So mcm2 bendelah dia selalu borak2 dgn aku.

Bile dah graduate, ktorg jarang jumpe. Tapi bile jumpe ade je awek2 yang dia bawak tunjukkan kat aku. Mcm2lah budak sekolah, cikgu, yang best tu dia bercinta dgn budak course ktorg dulu, yang paling rapat dengan aku plak tu. Tapi kejap je jodoh x panjang kan.

Tetiba dalam 2 minggu lepas, dia invite aku ke kenduri kawin dia. Teperanjat gaklah kan. Tetiba je dia nak kawin dah, dengan orang Pahang plak tu. Uishk jauh tu, bile aku tanye, dia cume cakap " ko datang jelah kenduri aku, x yah tetanye lagi"

Ktorg pegi semalam kenduri dia dengan one of my best fren masa study dulu, Shila. Dia dgn family dia, aku dgn mrBig lah. Rupanya umah pengantin pompuan tu dekat je dgn Bentong, x yah lalu tol pun. Nie 1st time aku lalu jalan lama nie. Best gak x banyak kereta pun.

Hah inilah apexx, nama sebenarnya lain okeh!

Ktorg sampai just nice, pengantin nak bersanding. So apa lagi duduk pun dekat2 je dgn pelamin coz senang nak tengok muke comel si apex nie.

Memang x fotogenik langsung si apexx nie, geram plak aku. Senyumlah sketkan!

Hah comel gak pengantin pompuan dia, pengantin lelaki bukan main terperanjat bile tengok ktorg siap bole borak2 atas pelamin lagi. Ternyata lauk-pauknya yang cukup sedap, pekena plak dengan air tebu 3-4 gelas seorang, ermm memang superb lah. Pas dah kenyang sambil duk tersandar, apa lagi bercamwhore la plak. Tapi x banyak gambo ktorg amik coz bwk camera kecik kan, camera beso malas nak bawak, tambah plak hujan panas lepas diorg sanding.

Cantikkan! Tapi pelamin tu merah sangatlah, tenggelam perantin tau!

Ko tengoklah mr Big amik gambo. Padahal aku lom ready lagi. Kelakarkan! Bengong arh

Abis tu trus balik jelah. Nama pun dah kenyang kan. Sampai umah trus jadi ular sawa bergolek2, dua2 org ikan buntal yang comel nie tido okeh!

p/s: nanti aku citer lagilah pasal ex-BF aku ek!. Baca citer sebenarnya tau.. Korang nak tau tak?

Friday, March 12, 2010

Aku yang dalam hati ada taman

Salam bahagia,

aku baca entry si Bean tadi pasal lagu untuk pagi-pagi, so aku agak terpanggil lah untuk type pasal lagu2 gak. Tapi 100% tak de kena mengena langsung dengan entry dia, so Bean jangan ko ingat aku nak plagiat entry ko okeh!

Dah selalu sangat aku citer pasal makan, mane taknya muke, perut, peha semua dah cam donut. mrBig lagilah donutnya, cam tayar michelin. Ari nie dah citer pasal tajuk kat atas tulah. Agak kelakarkan sebenarnya.

La bukan apa yang special pun, sesaje je nak merapu di hari jumaat yang mulia nie. Dari aku bangun pagi tadi sampai sekarang nie, aku asyik dengar lagu2 dari dendangan Annuar Zain. Dah kenape agaknya ek? Aku dah kene sampuk dek Annuar Zain ke?

Sebenarnye ini yang terjadi:

Aku dapat download citer dari internet semalam. Best citernya. Pasal 3 cerita yang berkaitan to each other.

Org muda suke kat orang tua

Orang putih nak kawin dengan orang melayu

Orang pekak nak kawin dengan orang buta

Macam2 konflik la, dah nama pun bercinta so banyak2 issue yang timbulkan. Seronok melayan, sampai adelah sedih2 sket, tengok cara2 diorg menyelesaikan konflik2 yang diorg hadapikn.

So duk melayan citer nielah. Itu yang jadi cam angau sket tu.Sampai mrBig pun naik heran, dengar aku melalak2 lagu Anuar Zain dalam bilik air sampai kedapur. Nasib baik solat subuh tadi aku tak terbaca doa Qunut lagu Anuar Zain. Uishk boleh rosak otak aku nie.Dalam kereta dengar CD Anuar Zain, sampai sekarang nie, kat opis nie playlist radio aku semua lagu Anuar Zain. Ini semua citer nie punya pasal lah.

Anyway,kalau korang tergolong dalam konflik2 kat citer nie. Cam ne korang nak settle ek? Kalau aku yang kena agak payah gaklah. Tapi orang kata, Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan.

Oh! Anuar Zain, jom pi lunch nak tak ???Ishk kan ari Jumaat nie, dia nak pi solat jumaatlah. Korang nie!

p/s: Korang yg tak suke Annuar Zain, jangan jeles okeh!!

Thursday, March 11, 2010

Kenape Pompuan Selalu Di Eksploitasikan

Salam bahagia,
(mintak maaf entry nie, ada bahasa english sket, mintak2 paham ye)

Dalam meeting semalam.

Aku salah seorang yang terpaksa masuk meeting yang panjang lebar tu. Biasalah bile project tengah ongoing, mesti ade weekly meeting untuk internal staff kan.

So, tengah-tengah meeting pasal nak recruit staff baru, tetiba:

PM  : we need to get the scheduler ASAP
HR  : we managed to get 3 application for this position
LC  : man or women?
HR  : all man. any suggestion we should get women instead?
Aku : Why you bother? sambil muke pelik2
LC : of course man, in construction, we need some entertainment to release our pressure. if get the pretty ones that's better.(Sambil cakap dalam bah melayu, baru syok ma,cepat sket siap keje)
MK : you doesn't know, its men's talk. you're still young.
PM : duk senyum sengih, muke macam menunjukkan I agree
Aku: muke puzzle..dalam otak terfikir, kecik la

Orang-orang yang dalam meeting tuh, semua pandang aku sambil ada yang tergelak2 dan ade juga yang tersengih dan semuanye lelaki.

PM-orang Germany, HR-Singapore, LC-Singapore tapi boleh cakap melayu, MK-Ireland.

Korang tengoklah, nak jugak pompuan gak kan. Maklumlah site aku nie majoriti foreigner lelaki, pompuan kurang. Discuss pasal nak cari staff pompuan bukan main lama lagi tapi pasal topic keje kejap je kan.

AKu paham maksud tersirat dari ayat2 tuh tapi aku pun nak tau gak apsal diorg leh cakap camtu. So lelaki diluar sangat yang same line dengan aku, tolong komen sket? Yang lelain bidang pun leh komen gak?

p/s: keje dengan orang2 umo pertengahan, so otak pun dah style umo orang pertengahan gak.