Hi Korang,
Taulah kena duk Johor 2 bulan kan.
So aku kenalah pandai cari bahan untuk blog comel aku yang suam-suam kuku updatenya kan hehehehe
Ini nak citer kat korang sejenis makan unik aku rasa.
PEPES
Pepes ni sebenarnya isi ikan atau ayam atau daging yang di campur dengan bumbu atau rempah yang kemudiannya di balut dengan daun pisang dan dibakar hingga masak. Kira-kira macam otak-otak gituhlah tapi intinya variety.
Di sediakan dalam bentuk kecil-kecil je tak macam otak-otak yang panjang kan. Agak-agak rasa macam dah masak tu terus dah boleh angkat.
Pepes isi ayam ni aku beli kat Bazaar Ramadhan Taman Perling hari Isnin hari tuh, nampak unik terus je aku beli lah. Rasa memang unik dan sedap of course. Ratah cam tu dah rasa awesome dah wei.. Alah murah je 10 biji harganya dalam RM7.00.
Ok itu je..
Bazaar ramadhan kat KL tak de Pepes ni kan hehehhe