Showing posts with label Pencarian Model Dari Seluruh Asia. Show all posts
Showing posts with label Pencarian Model Dari Seluruh Asia. Show all posts

Monday, November 25, 2019

Miss Pink Lady Asia Musim 2 – Pencarian Model Dari Seluruh Asia Kini Memasuki Musim Kedua

Hi Korang, 

Pernah dengar Miss Pink Lady? 

Ermm pernah? Ok kalau pernah korang tau yang mana? Produk kecantikan ke program reality?? 

Ye memang betul pun kedua-duanya. 


Miss Pinklady Asia (MPLA) musim 2 merupakan peogram realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia, Hong Kong dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia. Kesemua peserta lnl datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran menjadi Pink Lady of Asia untuk musim ke 2. 

sempat jugak bergambar sebelum majlis bermula

wah ala-ala model gituh memasing ek

Kak lily berkesempatan untuk menghadiri majlis memperkenalkan para peserta yang bertanding untuk Miss Pinklady Asia musim kedua ni yang berlangsung di Forest Valley Hall Cheras. 

Majlis di serikan lagi dengan persembahan nyanyian artis undangan iaitu Bella Astilla dan Naim Daniel sebelum majlis peragaan bermula. 

Sedap suara Bella Astilla ni

Aduimak lagu 'Adakah Kau Menungguku' ni memang favourite kak lily tau


Info Tentang Program Miss Plnklady Asia Musim ke-2 

Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Disitu kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur disamping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan. Antara cabaran yang ada seperti 'catwalk', sesi fotografi' dan juga iklan. 





Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari mereka yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam setiap episod akan ada penyingkiran buat mereka yang tidak berjaya mencapai keputusan yang telah ditetapkan. 

Menurut kata Pengarah program ini dari lcube Studio.En Mohamad Hafiz Naslallizi berkata untuk merealisasikan program lnl bukannya sesuatu yg mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program inr}setanding peringkat antarabangsa. Tambahan lagi ianya mellbatkan tenaga kerja dan perserta peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri vg memerlukan kerjasarna sepenuhnya. 



Sementara itu, En Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan. lanya bukan sahaja program hiburan semata mata sebaliknya ianya turut berkongsi tentang dunia "modelling lifestyle" yg kebanyakan org ramai tidak tahu". 

Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi . Untuk musim kedua MPL ASIA akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program terkenal 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'. 

Penganjuran MPL ASIA musim ini turut mencipta sejarah dimana selebriti, model serta aktivis Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pink Lady Asia bagi edisi kali ini. 

produk Pinklady

Produk Pinklady

Menurut CEO HEIDI EMPIRE TRADING iaitu Encik Heidi Shafiq sendiri, Program MPL ASIA musim ke 2 ini pastinya lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat ASIA dan GLOBAL. lni selaras dgn jenama PINKLADY sendiri yg telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. 


Pemenang MPL ASIA Musim ke2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan RM12,000 untuk tempat pertama, dan RM 8000 untuk tempat kedua. Sementara itu, pemenang tempat ke-tiga bakal membawa pulang RMS,000 

MPL ASIA musim kedua bakal disiarkan untuk 13 episod di saluran penstriman Youtube@pinklady.tv. Orang ramai boleh menonton episod pengenalan MPL ASIA 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 yang akan dihoskan oleh Ikon peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam. 


Untuk informasi lebih tontoni Pink Lady Extra setiap hari Rabu 9 dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv.