Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Nuffnang Bloggers Away Day at Genting Highland Theme Park


Hi Korang,

Last week khamis, cuti lagi coz nak pi outing dengan bebudak Nuffnang bloggers ni. Nasib baik bos tak bising tapi kene ganti keje Sabtunya. Oklah janji happy win-win situation kan.


Cam biasa berkumpul kat Wisma Genting coz Team Genting yang nak banjer ktorg bergembira ni. Ramai gak blogger baru jumpa dan kenal. Diorg bebaik sesangat huahuahauhaua. Kali ni bas on time so kul 9.30am naik bas then sampai pintu depan Genting Highland Theme Park ni sejam kemudian.


Ms KC (wakil dari Genting) selaku tuan rumah kat Theme Park ni trus suruh ktorg masuk. Serius Express Lane ok. Siap ada orang pakaikan gelang lagi. Genting Highland sekarang ni dah tak sejuk sangat but a bit windy. Nasib baik pakai baju 2 lapis kira boleh menampung lah kesejukan kan.

View kat Outdoor Theme Park



First ride is Bumper Boat. Memang nak sangat naik apakan daya, berat tak mengizinkan so tengok jelah orang2 kurus naik je huhuhuhu. Yang tak boleh naik tu ktorg di ajak ke Solero Shot. Dah nama pun adrenaline rush kan, so mestilah main game ni. Aku? Have no guts dengan tetiba rasa jantungku hilang plak. Bagi chance geng2 muda naik. Mak tengok je dari bawah dengan Ruby dan Ryan siap jerit2 lagi tanda semangat.




2nd ride baru lah aku join. Alah main Fun Krat je. Go-Kart lah tu. Dengar briefing sket then terus naik dalam masa 5 minit. Tekan pedal minyak sekuat hati namun duk tang tu jugak.Yelah go-kart mane leh bawah lelaju lah.

Sangat real gambo nie kan.. suker i

Main plak Private Ship. Tengok orang main cam best je kan so paksa semua orang main kecuali Ryan coz dia tukang amik gambo ktorg. Thara pun ktorg paksa main. Masa time slow tu still ok lagi but bila ship tu dah berbuai tinggi hah amek ko kecut perut dibuatnya.



Sambung main Spinner plak. Alah diorg kata cam naik buaian je. Aku pun ok jelah nok. Buaian sangat! Seram sejuk bila buaian tu berpusing sampai atas sampai takut nak tengok bawak. Aku siap jerit2 lagi nak mintak turun, sangat kebudak-budakan kan.


Nak rehat sekejap sambil tunggu geng lelain, ktorg lepak naik kuda pusing plak. Yang je rileks je layan je. Naik kuda yang boleh gerak2. Hebat tu kan. Sempat gak bercamwhoring bagai.

Dah kenyang



Ok lunch time. Ktorg makan seafood lagi. Memang Team Genting ni suka nau bagi ktorg makan seafood kan. Hopefully kadar asid dalam badan ni tak naik lah ye. Yang bab makan ni citer kat entry lain lah, panjang sangat lah.




Nak rehatkan perut akibat makan yang maha banyak, ktorg jejalan kat Dinasourland. Hajat hati nak naik boat ride tu tapi akibat que yang panjang lupakan je hasrat dihati. So memanjat lah pi tengok apa ada atas bukit Dinasourland ni. Ada 2 ekor dinasour beso yang boleh bercakap dan bergerak2. Layan view Genting Highland dari jambatan gantung kat bukit ni. Ternyata amat indah cuma tak sejuk je.




Ok masuk kat Indoor Theme Park plak. But now kita ke Sky Venture Adventure. Hah ko boleh je aku terbang dengan badan yang berat dengan lemak ni kan. Sesampai je kena register dulu dan ikut segal procedure yang diberikan. Alah aku citer nanti lah ek but yang penting I fly without wings tau. Siap dapat sijil lagi. Ko hadoh?


Ok yang nie last, ktorg pi tengok 4D Theater. Citer Haunted Mines. Is actually tengok wayang 4D. Kalau 3D guna spek kan but 4D Movie siap dengan action sekali korang leh rasa. Memang betul2 dalam movies tu lah siap ada rasa air, rasa angin, kerusi gerak2 sambil layan movie dengan spek 3D. Sampai penah nak jerit lah kan.

View dalam Indoor Theme Park



Sebelum balik ktorg dapat dinner kat Coffee Terence kat Genting Hotel ni. Ya ampun, terlampau banyak makanan yang sedap dan favourite aku. Lazat tak terhingga. Segala je mak neka seafoos termasuk 3 keping Osyter aku bedal. Dimsum yang sedap ermm memacam lah.


Naik bas trus melayan mata, ingatkan boleh tidur tak gak diorg nie bantai ajak beborak. So bayangkan lah berborak tadi mata pejam, boleh? Akibat penat dan kekenyangan yang amat.


Anyway thanks to Resort World Genting yang sudi ajak ktorg bergembira lagi di salah satu theme park yang awesome kat Malaysia ni dan tak lupa juga kat mama Thara (Nuffies) yang sudi jaga ktorg yang ala-ala bebudak degil tapi comey nie..


Till next time.. chow

Gegambo cilok dari FB Ruby dan Uzair. Jangan marah ye korang.

Sket gambo dari Samsung Digital Camera DV300F






Tuesday, July 20, 2010

Bergembira Dengan Gajah2 Yang Comel Di Kuala Gandah

Hi Korang,


Tak sabar rasanya nak citer pasal trip ke Kuala Gandah  nie. Memang adhoc plan lah. 2-3 hari je plan, dengan call sana call sini, bincang2 nak bawak apa kan, nak itu nak ini maka dapat jugaklah ke sini.


Tepat pukul 8pagi ktorg sekeluarga adalah orang yang first sampai ke sini. Masa tu pintu gate pun baru je pak guard tu bukak. Bukan apa, sebab nak cop pass all access itu yang datang awal tu. Pas register dan gaduh2 sket dengan adik kat registration counter tu, ktorg pun bercamwhore sana sini dalam small museum tu. Dah penat apa lagi, trus bukak bekal then makan lah. Sorry gambo makan tak sempat nak ambik sebab dah terlalu lapo, maklumlah bangun pukul 5 pagi untuk siapkan segala makan2 kan.

Disebabkan activities start pukul 2ptg, so ktorg melepaklah sana sini. Tengah jalan2 tetiba terdengar bunyi gajah mengaum. (Eh, mengaum ke? ala tak kisahlah). Trus berlari kejar bunyi tuh, then ternampak bayang2 gajah. Apalagi aku melonjak2 suker. Rupa2nya diorg tengah nak mandi, so chief staff kat situ pun panggil ktorg. So dapatlah tengok live, diorg mandi. Sempat lagi bagi makan tau. Best2..

So pukul 10 lebih camtu, ada special activities untuk yang booking under Perhilitan, so ktorg dapat lagi priviliages untuk join activitity nie. Truslah bercamwhore2 dengan gajah2 yang comel nie, si Pandan, si Langsat, si siput dan si selendang dan ramai lagi lah. Diorg nie memang well behave lah, pandai amik hati pengunjung. Seronok tengok telatah diorg nie. Budak2 lagi la suka kan.

So tengahari, ktorg makan kat cafe yang disediakan. Murah, sedap dan cepat. Bermangkuk2 laksa aku bedal. Menunya simple tapi bestlah. Bile dah kenyang, mata plak dah ngantuk trus je ktorg masuk bilik tayangan video pasal gajah. Sambil tengok tu, aku perasan yang tidur ada, yang meleleh airmata pun ada, dan macam2 lagilah gelagat.


Pukul 2pm official activities pun mula. Para pengujung di perkenalkan dengan seekor demi seekor gajah2 yang comel2 tu. Kemudian ada, mini performance la gajah2 nie. Seronoklah. Disebabkan ktorg dapat all access pass, so merasalah naik gajah. Cubalah korang bayangkan, gajah naik gajah. Tergelak2 orang lain tengok ktorg sekeluarga. Memang kelakar.


Acara yang di tunggu2, ialah mandi dengan gajah. Memang syoklah. Majoriti pengujung all access kebanyakan foreigner, ktorg untung lagi. So sanggup beratur panjang2 nie semata nak mandi dengan gajah. Bile turn ktorg, ramai yang gelak2 ktorg sebab memang kelakar.


Rupa2nya ktorg adalah pengujung yang terakhir yang tinggalkan tempat nie. Mestilah bestlah. Dahlah yang 1st datang dan jugak yang last balik. Rasanya nak pi lagilah tak puas main2 dengan gajah2 yang comel nie. Orang kata worth it lah bersusah payah bangun awal semua tu kan, akhirnya terbalas dengan kegembiraan yang superb!(apa yang aku mengarut ni ek..ishk)

Anyway, pengalaman yang sungguh menerujakan lah. Aku suker. At least release tension sket lah kan.

p/s: Gambo terlalu banyak sampai tak tau nak mane satu nak pilih dan edit.Nanti aku citer cam ne nak dapat all access pass nie ek. Kalau sesape nak pegi, aku nak ikut boleh tak?

Monday, March 15, 2010

ExBF ku kawin,sedey oooo

Salam bahagia,

Ermm apa nak citer ek? Hah nie pasal semalam aku pegi kenduri kawin exBF aku si apexx nie. Hah kelakar kan? Mesti korang tak caya yang aku penah ade BF time study dulu. Maklumlah masa belajar dulu, aku nie cam setan2 sket so sapelah nak kat aku kan.

Dahlah satu class, ntah cam ne samada aku ke dia ke yang bole tersuka each other. Tapi ktorg being couple dalam 2bulan je. Pas tu, ktorg sesama sendiri mintak break. ala lecehlah couple satu class. Aku nak menggatal dengan budak archi pun susah. Pas clash tu, ktorg dah macam good fren plak. So mcm2 bendelah dia selalu borak2 dgn aku.

Bile dah graduate, ktorg jarang jumpe. Tapi bile jumpe ade je awek2 yang dia bawak tunjukkan kat aku. Mcm2lah budak sekolah, cikgu, yang best tu dia bercinta dgn budak course ktorg dulu, yang paling rapat dengan aku plak tu. Tapi kejap je jodoh x panjang kan.

Tetiba dalam 2 minggu lepas, dia invite aku ke kenduri kawin dia. Teperanjat gaklah kan. Tetiba je dia nak kawin dah, dengan orang Pahang plak tu. Uishk jauh tu, bile aku tanye, dia cume cakap " ko datang jelah kenduri aku, x yah tetanye lagi"

Ktorg pegi semalam kenduri dia dengan one of my best fren masa study dulu, Shila. Dia dgn family dia, aku dgn mrBig lah. Rupanya umah pengantin pompuan tu dekat je dgn Bentong, x yah lalu tol pun. Nie 1st time aku lalu jalan lama nie. Best gak x banyak kereta pun.

Hah inilah apexx, nama sebenarnya lain okeh!

Ktorg sampai just nice, pengantin nak bersanding. So apa lagi duduk pun dekat2 je dgn pelamin coz senang nak tengok muke comel si apex nie.

Memang x fotogenik langsung si apexx nie, geram plak aku. Senyumlah sketkan!

Hah comel gak pengantin pompuan dia, pengantin lelaki bukan main terperanjat bile tengok ktorg siap bole borak2 atas pelamin lagi. Ternyata lauk-pauknya yang cukup sedap, pekena plak dengan air tebu 3-4 gelas seorang, ermm memang superb lah. Pas dah kenyang sambil duk tersandar, apa lagi bercamwhore la plak. Tapi x banyak gambo ktorg amik coz bwk camera kecik kan, camera beso malas nak bawak, tambah plak hujan panas lepas diorg sanding.

Cantikkan! Tapi pelamin tu merah sangatlah, tenggelam perantin tau!

Ko tengoklah mr Big amik gambo. Padahal aku lom ready lagi. Kelakarkan! Bengong arh

Abis tu trus balik jelah. Nama pun dah kenyang kan. Sampai umah trus jadi ular sawa bergolek2, dua2 org ikan buntal yang comel nie tido okeh!

p/s: nanti aku citer lagilah pasal ex-BF aku ek!. Baca citer sebenarnya tau.. Korang nak tau tak?

Tuesday, December 8, 2009

Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands

Pas gie BOH Centre tu, ktorg ke pasar malam brinchang nie plak.

Pasar mlm nie terkenal sesgt dgn tourist yg dtg kat sini. Semua org suke datang ke sini. Sebab aper?? Barang2nyer jauh lebih murah dari tempat2 lain.Contohnye barang2 yg berlambangkn strawberri spt bantal, selipar, fridge magnet, sarung tangan, stokin.. semuanyer murah..


Makanan? of course lah majoriti berasaskan strawberri. Ice-cream strawberi, strawberi coklat, juices dan memcm lagi lah... Tapi yg paling aku suker sekali udang galah goreng tepung. Banyak dan murah.. Korang tgkla kat gambo tu.. Ktorg beli smpi RM20.. Bukan senang nk dpt tau.. Sekali sekala jumper.. makan puas2.

Sayur2 pun ade jual gak kat sini tapi ktorg tak beli pun coz nk beli kat KEA Farm kat tepi Equtorial Hotel tuh...

Dah penat membeli belah, ktorg trus blk umah coz dah mlm pun...Sambung nanti

Boh Centre Sg Palas, Cameron Highlands


1st place yg ktorg pegi pas sampai kat bungalow DBKL tuh dah pas makan semua, ktorg ke BOH Centre Sg Palas nie. Ala dekat je dgn Equatorial Hotel. Klu dari Simpang Pulai jumpe simpang ke sini dulu.

Ya allah nk masuk tempat nie jalan dia very narrow, kecik sgt. Bile selisih dgn kete lain kene stop dulu yg betul2 kat tepi tebing.. But pemandangan memang superb la.. Cantik sesangat. Lebih kurang 3 km ke dalam baru ktorg smpi kat Boh Centre nie.


Memula sekali melawat kilang proses daun teh nie, machine dia semua takla canggih mane but bole produce anta luar negara.. kagum tau.. Then ktorg tgk video sejarah Boh Centre nie, ada gambo2 pasal sejarah Boh nie lah.. Pas tu ktorg ke souvenir shop, apelagi memborong sakan segala jenis2 teh yang ade. Last but no least melepak kat Boh Cafe sambil menikmati pemandangan yang sungguh indah giler la.. waktu petang kan tak ujan plak tu...

Pas tu sorang2 posing kat ladang teh nie... seronok sakanlah.. coz ktorg ade batch yg last sekali tinggalkn ladang teh ptg tu...

Pas tu ke pasar malam brinchang plak... so tungguuu....

Monday, December 7, 2009

Cameron Highlands Trip

Ya allah.. memang best sgt.. 3 hari 2 mlm yang sangat mencabar, memenatkan tapi seronok utk ktorg.. Sampai skrg nie badan2 still sakit2 lagi..  Yelah mcm2 mende kene buat kan..

Nanti aku citer dan upload gambo kat korang.. Total photo yg ktorg shot masa dlm dekat nak 900pcs.. nasib baik digital camera, klu pakai camera lama tuh mesti dah lebih dari 20 rolls kodak...

Ok nk buat keje dulu... ptg sambung balik tau... lgpun aku ade citer baik dgn MBP .....lagi bertambah seronok... hehehehehhehehehehhehehhehehehhe

Thursday, December 3, 2009

Cameron Highland?? Jom Kite


Weekend nie aku ke Cameron Highlands.

Tak sangka setelah setahun aku tak ke sini, aku akan kembali lagi ke sini atas tujuan family day keluarga mr Big. Macam2 agenda yg aku dengar diorg nk buat, seperti treasure hunt, telematch, indoor game, BBQ, exchange gift, tahlil dan mcm2 lagi. Semuanye akan berlangsung dalam masa 3 hari 2 malam. Aku rasa sempat kot.

Aku sebagai one of the committee, kenalah tolong menolong utk menjayakan family day nie...Of course minggu nie minggu yg sibuk for us..

Tunggu jelah kan...