Showing posts with label Padang Besar. Show all posts
Showing posts with label Padang Besar. Show all posts
Wednesday, June 13, 2012
WW - Suka Kena Tinggal
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
KTMB
,
Padang Besar
,
Thailand
,
TRAVEL
at
12:00 AM
3 comments
:
Thursday, March 15, 2012
Family Shopping Holiday @ Northern Malaysia
Hi Korang,
2-3 hari ni blog aku cam kelam kabut sket. Entry kemana reply komen pun kemana. Bukan apa aku pi bercuti dengan family aku. Mr Big tak ikut coz dia tak dapat amik cuti last minit. So tinggal lah dia kat umah menjaga kak jemah, acai, penunggu gua dan si emas gangster.
Alah mak aku ajak so ikut jelah. Malas nak bising2. Ktorg kemana lagi kan? Langkawi lah. Makcik2 aku ni suke sangat abiskan duit kat sana. Maklumlah duty free zone kan, of course segalanya murah. Baik pinggan mangkuk, coklat, travel bag, perfume dan memacam lagi lah.
Kitorg bertolak sabtu petang dari Melaka dan sampai Jetti Kuala Perlis. Naik carter bus. Senang sket penuh sekeluarga. Sorang kena bayar RM250 je. Siap hotel + ferry + entrance fee masuk tempat2 pelancongan. Kira murah kan. So first day to more on melawat sana sini macam Klim Geopark, Cable Car, Tempat Minyak Gamat, Dataran Lang, Kota Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Air Hangat, Waterworld dan lepak kat Pantai Cenang.
The next day yang best tuh. Satu hari shopping. Dari pagi sampai ke petang. Ktorg ke Idaman Suri, Kedai Hj Ismail Group, Ram Shop dan segala mak neka kedai shopping kat Pekan Kuah tuh. Aku yang tak de menda nak beli ni pun terbabit sama gak kan.
3rd day nak balik tuh tak leh nak cakap apa. Beg dah beranak2. Aku yang bawak backpack ni dah jadi 3-4 bag. Orang lain lagi lah siap 3-4 troli bertambah. Rasanya dalam ferry tu penuh dengan barang2 shopping. Jenuh nak memikulnya kan.
Kemudian, ktorg mesti kena singgah ke Padang Besar. Apalagi sambung shopping kat sana. Barang2 dari Siam haruslah murah2 kan. Aku sempat sambar baju 2-3 helai untuk Mr Big sebagai upah dia jaga binatang kesayangan aku tuh kan. Mak aku haruslah memborong tak ingat. Itu dia beli ini dia beli. Alah sekali sekala kata dia.
Ermm sekali sekala outing dengan family ni memang seronok. Boleh gossip lelama sket pasal itu ini. Yelah kalau jumpa biasa2 pun dapat borak kejap2 je kan. Tukar2 idea, tambah2 ilmu sket dan yang penting dapat amik gambo lompat bebanyak kan. kahkahkah
Aku sempat tanye makcik2 aku berapa dirog bawak duit pi holiday shopping ni kan. Averagenya sorang bawak RM3K untuk trip ni je. Boleh pitam kejap aku dengar lah. Giler banyak tuh. Aku? tak banyak bawak cuma RM1K je. Itu yang leh shopping sket2 je tu kan.
Erm nanti aku citer details lagi pasal tempat2 yang aku pi ek. Kalau semua citer kat entry ni boleh pengsan korang baca kan. Gambo pun aku tak amik banyak coz sibuk nau bershopping.
CLP notes : Lain kali kalau nak pi holiday + shopping sila bawak duit bebanyak ye.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
Beras Terbakar
,
family outing
,
Kedah Jelapang Padi
,
Kilim Geopark
,
Kota Mahsuri
,
Langkawi Destinasi Pelancongan
,
Padang Besar
,
Pulau Langkawi Yang Indah
,
Pusat Bebas Cukai
,
Sempadan Thailand
at
11:40 AM
13 comments
:
Sunday, March 20, 2011
Seronoknya 3 Hari 2 Malam Di Langkawi
Hi Korang,
For sure korang mesti x perasan kan, yang aku pi bercuti last week. Ermm nampak blog berupdate je kan, padahal itu semua schedule post. hehehehehhehe
Ye, ktorg pi bercuti ke Langkawi je dengan all our family sebelah mak aku. Percutian keluarga katakan. Naik bas persiaran reramai, mak aku yang jadi event plannernya dah macam rombongan cik kiah plak aku rasa.Semua generasi ada, atuk nenek, mak sedara, cousin, anak sedara, cucu semua ada lah. Ktorg jalan jumaat malam dari Melaka then singgah amik members kat Sg Buloh then teruskan journey sampai ke Jeti Kuala Perlis pagi sabtu hari tuh. Ingatkan tak ramai orang masyallah ramai gile. Nasib baik semua dah booking so ok lah.
On 1st day tu, ktorg di bawak 'day tour' satu pulau ni. Tak banyak yang berubah but pembangunan semakin rancak. Dah banyak bangunan2 tinggi dan cantik dah kat Langkawi ni. Ktorg sempat singgah ke Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Cable Car Gunung Mat Cincang, Tempat Gamat, Tempat Batik Jawa dan memacam lagi lah. Sampai petang 'day tour' tuh, masuk hotel je trus terbungkang kepenatan.
2nd day tu plak, kebanyakan masa di habiskan dengan lepak2 kat Pekan Kuah sambil mengabiskan duit dengan makan dan bershopping. Penuh van air laut tu lah dengan bag plastic Idaman Suri & Hj Ismail Group. Yang beli pinggan mangkuk lain, beli kuali mahal lain, beli set vantage lain, beli set correlle, vision ermm memacam lagi lah. Yang beli coklat sampai 3-4 beg pun ada.Mak aku pun sama gak, sibuk nak tambahkan koleksi set Vantage dia. Ishkk lotih betul lah..
Last day kat Langkawi, ktorg gerak pagi coz nak ke Padang Besar plak. Sambung shopping kat sana. Kat jeti Kuah, ramai gila manusia semuanya nak balik dah. Yang aku perasan beg ktorg nie dah beranak2 plak. Yelah pegi bawak 1 beg balik dah jadi 5-6 beg. Aku rasa nak meletup plak perut bas tu ktorg sumbat dengan bebarang kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
bebas cukai
,
family outing
,
Gila Shopping
,
makan bersama keluarga
,
Padang Besar
,
pulau langkawi
at
1:32 AM
16 comments
: