Hi Korang,
Last 2 weekend hari tuh, kak lily berpeluang berbuka bersama-sama kengkawan blogger di luar. Yesza Mr Big tak ikut sebab dia pun buka puasa kat luar jugak so kembang sket kepak kak lily ek hehehhe
Pengeluar makanan sejuk beku yang terkemuka iaitu Pacific West telah menganjurkan Makan Malam Bersama dan Majlis Buka Puasa untuk rakan-rakan blogger dan media sosial. Majlis ini diadakan dengan kerjasama PC Studio yang terletak di Damansara Intan, Petaling Jaya.
Wow jenama Pacific West ni memang korang tak perasan tapi bila hypermarket section frozen tuh pasti korang akan perasan jenama ini kerana packagingnya yang sangat kemas dan cantic hehehe.
Selaku tuan punya PC Studio Café, Chef Philip dan Chef Alvin telah bertungkus lumus menyediakan hidangan tersebut bagi kami.
Of courselah memula tuh, kami berbuka dengan buah kurma dan minuman.
Kemudian kami disajikan dengan finger food yang menarik bertemakan bola sepak. Ada Tempura Fish Cocktails Egg Mayo Bites, Tempura Prawn Seaweed Roll, Fruitty Squid Kebab, dan beberapa lagi.
Tempura Prawn Seaweed Roll
Tempura Prawn Roll, Calamari Rings, Fish Cocktail
Fruitty Squid Kebab
Ini baru di kira appetizer tau, korang pasti akan terperanjat dengan hidangan menu main course kami, yelah even kak lily sendiri pun tak larat nak abiskan tau.
Tomato Bruschetta
Som Tam Salad dan Tempura Calamari Rings
2 sup pilihan samada yang sejuk ataupun yang panas
Classic Gazpacho
Mushroom Soup
Untuk hidangan utama 2 sajian pilihan iaitu
Oven Baked Fish Fillet dengan Carb-Free Zoodle
Oven Baked Fish Fillet dengan Flavoured Rice
Pemanis mulut
Panna Cotta dan Sago Gula Melaka
Setelah selesai hidangan makan malam, kami telah diberi penerangan oleh Ms. Joyce Ong tentang kempen peraduan #FOODballFever yang berlangsung dari 16 April sehingga 15 Julai 2018.
Kempen ini bersempena perlawanan World Cup FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada Jun ini. Pacific West komited membawakan makanan yang enak dan berkhasiat ini kepada pelanggan mereka untuk dijadikan hidangan semasa menonton perlawanan bolasepak ini. Di samping mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan rakan-rakan.
Peraduan FOODball Fever
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian, korang berpeluang memenangi pakej pelancongan ke negara pasukan bolasepak kegemaran korang bernilai RM10,000. Juga terdapat 100 barangan FOODball Fever Pacific West untuk dimenangi sebagai saguhati.
Cara-cara Menyertai Peraduan FOODball Fever
Langkah 1 – Beli
Beli minimum satu (1) produk Pacific West dalam satu resit daripada mana-mana cawangan yang mengambil bahagian di Malaysia semasa tempoh peraduan untuk menyertai.
Langkah 2 – Hantar
Hantar penyertaan anda melalui:
POS – Sila poskan borang peraduan anda yang lengkap beserta resit asal ke alamat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati di kedai yang mengambil bahagian.
Aplikasi WHATSAPP – Ambil foto resit asal anda dan hantar ke 019-823 1217. Setiap penyertaan mestilah disertakan Nama Peraduan “Pacific West FOODball Fever“, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, No Telefon, Alamat Rumah, Alamat Emel & Nama Kedai (barangan tersebut dibeli).
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
Mudahkan!
Tunggu apa lagi, jom sertai peraduan FOODball Fever Pacific West SEKARANG!
Produk Pacific West boleh didapati di kedai runcit di seluruh Malaysia seperti Cold Storage, Sam’s Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.
Fakta Menarik Mengenai Produk Pacific West
Mudah – siap sedia di masak dalam masa beberapa minit, langsung dari peti sejuk ke penggoreng / oven.
Inovasi – penciptaan berterusan produk baru yang menawarkan pelbagai pilihan dan rasa.
Kualiti – pilihan premium makanan laut dan bahan-bahan yang mematuhi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan akreditasi dari BRC, IFS, HACCP dan YUM!. Produk Pasifik West juga disahkan HALAL.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pacific West careline di 1800 888 389 atau melayari laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan Facebook Page www.facebook.com/PacificWest.My
Tentang Pacific West
Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang menjadi nama jenama makanan laut kegemaran untuk isi rumah, memancarkan keramahan dan kehangatan. Dinikmati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh dunia hari ini, rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan untuk keluarga. Kami mendapat semangat dan aspirasi yang besar untuk merangkul inovasi dan pembangunan produk berterusan.
Produknya telah menyertai pelbagai acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, World Rugby dan lain-lain. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).
Baru-baru ini, jenama Pacific West telah memenangi Produk Makanan Inovatif Terbaik dalam Anugerah Jenama Asia Halal 2017. Anugerah ini diiktiraf oleh wakil dari JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan ENTREPRENEUR INSIGHT. Dengan peningkatan berterusan dan amalan terbaik kami kepada kualiti dan inovasi, Pacific West menawarkan anda produk HANYA YANG TERBAIK!